Bekas DO Dituduh Rasuah: Khir Toyo Mula Gementar

Masih belum terlambat rasanya buat penulis merakamkan ucapan Selamat hari Raya `Idul Fitri, Maaf Lahir dan Batin kepada Sdr Webmaster & krew, rakan-rakan penulis siber yang tidak dikenali serta para pembaca yang dihormati sekelian.

Seperkara yang perlu kita ingat di dalam keghairahan sdr-sdr menganjurkan Rumah Terbuka sempena sambutan Idul Fitri, eloklah rasanya jika pembaziran dapat dielakkan. Pastikan program yang kini menjadi tradisi masyarakat Islam itu, benar-benar menepati matlamatnya. Insya` Allah ianya akan beroleh ganjaran sekiranya nawaitu kita semata-mata kerana Allah bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.

Bekas DO Kuala Langat Dituduh Rasuah

Apabila bekas Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd Yusof Badul 56, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 4 Disember 2003 atas tuduhan menyalahgunakan kedudukannya, mungkin ramai yang menganggap kes tersebut hanyalah kes biasa sahaja.

Mohd. Yusof tidak mengaku bersalah atas tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mengesyorkan kelulusan pemberian milik tanah seluas 50 ekar di kawasan Bukit Cheeding Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat kepada Syarikat Nadi Jitu Sdn. Bhd pada 20 April 2001.

Syarikat Nadi Jitu Sdn. Bhd adalah milik anak lelaki Mohd Yusof, Azril Yusri 20. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Kes tersebut bolehlah disamakan dengan `kes Rafidah Aziz` yang meluluskan pemberian saham kepada menantunya sendiri.

Walau bagaimanapun Mohd. Yusof dibebaskan atas ikat jamin sebanyak RM 6000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 5 hingga 9 April tahun hadapan.

Seimbas lalu, tiada apa yang menarik untuk sebarang ulasan terhadap kes di atas. Malah adalah menjadi kesalahan sekiranya `judgement` awal dibuat sebelum kes tersebut sampai ke penghujungnya. Namun kes ini ternyata begitu menggusarkan Pengamal Rasuah Terkemuka DS Dr.Mohd Khir Toyo, sehinggakan suasana hari raya yang masih meriah dirasai bagai hari berduka nestapa. Apa kaitannya?

Gementar Khir Toyo Bukan Sembarangan

Sebenarnya kes bekas DO Kuala Langat itu adalah merupakan salah satu daripada yang disyaki melibatkan kes-kes rasuah mega Khir Toyo yang telah diadukan kepada BPR oleh Sdr. Ahmad Lutfi Othman pada 23 Oktober 2001.

Selain Syarikat Nadi Jitu Sdn. Bhd milik anak lelaki Yusof, turut mendapat kelulusan pemberian hak milik tanah yang dianggarkan mencakupi keluasan 200 ekar di kawasan Mukim Tanjung Dua Belas Daerah Kuala Langat itu, adalah Kualiti Anggun Sdn. Bhd, Awal Sentosa Sdn. Bhd. dan Semaian Bintang Sdn. Bhd. Kelulusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Insan Menggilai Rasuah (IMR) Dr. Khir Toyo pada 4 Julai 2001.

Yang menariknya, keempat-empat syarikat terlibat mempunyai alamat daftar yang sama di No 20 – M, Lorong Gopeng, Klang, Selangor. Manakala terdapat empat orang Ahli Lembaga Pengarah, seorang bagi setiap syarikat berusia sekitar 20 – 22 tahun ketika permohonan berkenaan diluluskan. Ada di antaranya pula diberitakan tidak tahu tentang permohonan tanah tersebut.

DO Hanya Membuat Syor, Khir Toyo Yang Meluluskan

Penulis tidak berhasrat untuk menyebelahi Yusof Badul. Ditakdirkan mahkamah memutuskan beliau bersalah nanti, bekas DO itu terpaksalah menjalani hukuman yang setimpal di atas kesalahannya.

Apa pun, membiarkan Yusof dihukum keseorangan adalah tidak adil. Harus diingat syor Yusof selaku DO Kuala Langat untuk kelulusan permohonan tanah kepada syarikat anak lelakinya adalah sebahagian dari `pakej syor` kepada syarikat-syarikat lain yang terlibat. Berdasarkan kepada permohonan berkenaan dibuat pada lokasi tanah yang sama maka tiada sesiapa pun yang boleh menidakkan peranan Yusof ketika itu.

Adalah mustahil syor kelulusan permohonan tanah kepada tiga syarikat selain dari Nadi Jitu Sdn Bhd dibuat oleh pegawai bawahan Yusof. Difahamkan bekas DO itu sengaja diberi laluan untuk menyelitkan permohonan syarikat anak lelakinya, sebagai rangsangan bagi melicinkan lagi urusan kesemua permohonan tanah tadi.

Ertinya tanpa pujukan dan suapan dari Dr Khir Toyo,Pengamal Rasuah Terkemuka dan kroni-kroninya tidak mungkin Yusof seberani itu. Lagipun sekiranya Dr Khir jujur dan telus, penggila jawatan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu berkuasa untuk membatalkan sebarang syor dari mana-mana DO jika terdapat keraguan. Jelaslah Khir sendiri yang merancang permohonan tanah terbabit dengan merobot dan merasuah Yusof.

Jika Benar Pak Lah Ingin Memerangi Rasuah,Tangkap Khir Toyo Sekali!

Inilah masanya yang paling sesuai buat Pak Lah mengotakan janjinya memerangi rasuah. Jangan hanya `mengkambing-hitamkan` orang seperti Yusof Badul sahaja, kerana itu belum lagi cukup untuk meyakinkan rakyat Pak Lah tidak double standard seperti Mahathir Kutty.

Mahathir Kutty telah terbukti melindungi perasuah-perasuah hebat seperti Rafidah Aziz, Khalil Yaakub, Rahim Tamby Chik dan ramai lagi pemimpin Umno BN yang khianat terhadap amanah rakyat. Pak Lah harus mengerti bahawa punca merebaknya rasuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan adalah dimulai oleh para pemimpin yang rasuah. Bak kata pepatah; jika guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari!

Andai Pak Lah terus menyimpan perasuah-perasuah hebat termasuk Pengamal Rasuah Terkemuka Dr Khir Toyo, rakyat akan melihat Pak Lah tidak ada bezanya dengan Mahathir Kutty.

Mahathir Kutty pengkhianat agama, bangsa dan tanah air memang sengaja membiarkan perasuah-perasuah hebat mengelilinginya supaya mudah diugut untuk mentaatinya. Itu Mahathir Kutty manusia mahajahil dan mahazalim! Pak Lah yang tahu agama tidak seharusnya mewarisi keterlanjuran Mahathir Kutty!

Sekiranya Pak Lah masih terikat dan terikut stail Mahathir Kutty, bermakna Pak Lah lebih jahil dan zalim dari Mahathir Kutty.

Katakanlah kes bekas DO Kuala Langat itu, sebagai amaran agar Khir Toyo dengan rela hati melepaskan kerusi MB Selangor untuk diisi oleh calon pilihan Pak Lah selepas pilihan raya akan datang, penulis percaya bukan setakat patuh bahkan Khir Toyo sanggup berbuat lebih dari itu, asalkan dia terselamat dari dosa-dosa rasuah meganya.

MB Muda Dr. Khir ketika ini benar-benar gementar, belum pernah pemuda panas baran itu segementar seperti sekarang sejak Mahathir Kutty melantiknya sebagai boss Umno dan kerajaan Selangor lebih tiga tahun lalu. Pak Lah seharusnya mengetepikan sebarang rasa simpati terhadap parasit-parasit parti dan kerajaan jika mahu melihat kewibawaannya dihormati rakyat.

Tunggu apa lagi Pak Lah! Tangkap segera Khir Toyo dan perasuah-perasuah hebat yang sewaktu dengannya. Jika tidak, benarlah tanggapan rakyat bahawa penguasa sebenar Malaysia masih lagi Mahathir Kutty, Pak Lah hanyalah boneka diktator tua itu sahaja!

- Orang Dalam - 06.12.2003 - 3.30 pg (suntingan M@RHAEN)
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: