Pak Lah: Khir Toyo MB Bundle! 

Pengamal Rasuah Terkemuka DS Dr. Mohd Khir Toyo terus terkial-kial dalam usahanya untuk menambat hati Pak Lah agar memberi laluan sepenggal lagi untuk kekal di kerusi MB Selangor.

Kedegilan dan sikap tebal muka Insan Menggilai Rasuah itu, menjadi bahan senda gurau kalangan sebahagian besar pimpinan dan ahli Umno Selangor. “Tak sangka pula Dr. Khir tak tahu malu. Sepatutnya beliau memahami hasrat Pak Lah yang tidak selesa dengan pemimpin yang dikaitkan dengan amalan rasuah. Apakah Dr Khir perlu menunggu Pak Lah berterus terang mendedahkan tembelangnya, baru beliau sedar diri?” ujar seorang pemimpin kanan bahagian yang dikatakan rapat dengan Pak Lah.

Khir Toyo Guna Taktik Meraih Simpati.

Suatu gerakan perang saraf telah pun dilaksanakan oleh Dr. Khir melalui kroni-kroni beliau untuk mempastikan status qounya tidak tergugat. Mungkin gerakan tersebut merupakan usaha terakhir MB Terkaya itu, setelah menyedari Pak Lah tidak lagi menaruh sebarang minat kepadanya.

Perang saraf yang sudah tersebar luas di Parlimen Tanjong Karang dan Parlimen Sungai Besar (kawasan baru) itu amat menarik sekali. Khir Toyo dikatakan sudah tidak lagi berminat untuk mempertahankan kerusi Dun Sungai Panjang pada pilihan raya umum akan datang. Pada mulanya ramai juga ahli Umno yang terperanjat dan bersimpati dengan keikhlasan Pengamal Rasuah Terkemuka itu.

Setelah simpati terhadap `keikhlasan` Khir berjaya diraih daripada kalangan ahli-ahli Umno yang kurang matang itu, barulah jarum halus dicucukkan: “Tetapi kalau Dr Khir bertekad untuk tidak mempertahankan kerusinya, siapa lagi yang layak jadi MB. Setakat ini belum ada lagi tokoh Umno sehebat Dr Khir mampu memimpin Umno dan BN di Selangor” begitulah skrip diutarakan oleh para kroni Khir yang dikepalai oleh Encik Salamat Dolah SU Sulit MB Selangor.

Motif perang saraf tersebut adalah untuk mencetuskan suatu `public oponions` bahawa khidmat Khir masih diperlukan lagi. Insan Menggilai Rasuah dan kroni-kroninya mengharapkan satu `memorandum rakyat` akan dikemukakan kepada Pak Lah untuk membolehkan beliau kekal di kedudukannya sekarang.

Apa pun, taktik murahan anak Wak Toyo itu sehingga kini tidak menampakkan sebarang hasil positif. Kata Encik SA yang merupakan bekas penyokong kuat Dato Aini Taib: “Itu merupakan taktik lama. Pak Lah tak sebodoh yang Dr. Khir sangka. Itulah masa baru mula naik dulu tak mau dengar pendapat orang lama, bila dah tersepit… buat kerja yang tak masuk akal dan memalukan Umno sendiri”

Pak Lah: Khir Toyo Menteri Besar Bundle!

Cerita Pak Lah menempelak Khir Toyo sebagai Menteri Besar Bundle sudah pun tersebar luas di seluruh negeri Selangor.

Ianya bermula apabila Pak Lah dikatakan mendapat laporan dari beberapa bahagian Umno di Selangor yang tidak berpuas hati dengan sikap rakus Khir Toyo mengagih-agihkan projek kerajaan negeri kepada kontraktor-kontraktor tertentu sahaja yang dikenal pasti sebagai kroni rapat Pengamal Rasuah Terkemuka itu.

Sebut apa sahaja projek dari Sebutharga serendah RM10 Ribu sehinggalah Tender mencecah RM2-3 juta, kesemuanya dianugerahkan kepada `orang Khir Toyo. Campur tangan Khir secara langsung memaksa pegawai-pegawai kerajaan untuk memberi projek-projek berkenaan kepada kontraktor yang dikehendakki beliau adalah jelas.

Menurut seorang Pengerusi Kontraktor-Kontraktor Bumiputra Daerah, sikap Dr. Khir itu mungkin didorong oleh keyakinan bahawa beliau sudah tidak lagi berpeluang untuk kekal sebagai MB. “Jadi sebelum dia berangkat dari Selangor, lebih baik disapu seberapa banyak yang boleh” kata PKKBD juga merupakan `orang kuat` kepada klik yang tak sebulu dengan Khir di Selangor.

Bagaimana agaknya perasaan Khir apabila PM sendiri yang diketahui jarang-jarang terlepas cakap menggelar beliau sebagai Menteri Besar Bundle? Kalau kulit mukanya tidak setebal kulit ba**, sudah tentu dia bersiap-siap untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi empuknya di tingkat 23 Bangunan SUK Shah Alam!

Tetapi persoalannya, masihkan Khir Toyo memiliki sedikit kemaluan? Wang ringgit dan pangkat selalunya mengatasi maruah dan nilai murni. Lebih-lebih lagi wang yang senang-senang diperolehi melalui penyelewengan dan rasuah.

Tip Top Meat Sdn. Bhd. Sumbang `Bantuan Raya`?

Tip Top Meat Sdn Bhd. pengusaha Pusat Penyembelihan Babi Terbesar di Asia Tenggara berlokasi di sempadan Batang Berjuntai-Rawang, yang akan memulakan operasinya pada bulan Disember nanti dikatakan telah menyumbang sebanyak RM500,000 melalui orang tertentu (kroni Khir Toyo) untuk `duit raya`.

Wang sejumlah itu diberitakan telah diagih-agihkan kepada beberapa bahagian Umno yang ngam dengan Khir Toyo. Jika perkara ini benar, sudah tentu ia amat mendukacitakan. Kurangkah sumber lain sehingga tergamak wang dari sumber haram itu dijadikan alat untuk memancing sokongan rakyat yang berselindung di sebalik bantuan kepada golongan fakir-miskin?

Pusat Penyembelihan Babi itu menimbulkan kontroversi kerana difahamkan akan menjejaskan kualiti air Sungai Selangor yang dibekalkan kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang hasil kajian terperinci oleh pihak-pihak tertentu termasuk Jabatan Alam Sekitar dan PUAS (Perbadanan Urusetia Air Selangor). Malangnya Dr Khir, Pengamal Rasuah Terkemuka aka Insan Menggilai Rasuah tidak mempedulikan kajian pakar tersebut.

Apakah sumbangan sebanyak itu sebagai satu justifikasi untuk menutup mata rakyat dan yang terlebih utama kebersihan serta keselamatan penggunaan air sebagai keperluan asasi manusia?

- Orang Dalam - 20.11.2003 (suntingan M@RHAEN)
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Sila berikan respons/komen kepada artikel ini.
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: