Timbalan MB Selangor:
Rasuah Khir Toyo Menggugat Umno Selangor
Meskipun sesetengah pihak dalam Umno Selangor menganggap isu rasuah yang dikaitkan dengan
DS Dr. Mohd Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka sebagai gimik politik pembangkang menjelang pilihan raya umum akan datang, tetapi Dato Zainal Abidin Ahmad Timbalan Menteri Besar Selangor menegaskan dakwaan itu harus dipandang serius oleh semua pihak.

Dato Zainal juga selaku Adun Dusun Tua berkata: “Saya selaku wakil kerajaan berpendapat walaupun isu itu sudah lapuk dan basi tetapi dakwaan; Umno Selangor harus dibersihkan daripada rasuah harus dipandang serius oleh semua pihak, agar YAB Dr. Khir tidak lagi menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan.

“Dato Hassan Ali selaku Ketua Pembangkang seharusnya memberi kebebasan sepenuhya kepada badan Pencegah Rasuah BPR untuk menjalankan penyiasatannya jika benar aduan rasuah terhadap Dr. Khir telah dibuat.” sambungnya lagi ketika mengulas isu rasuah Khir Toyo yang sudah sekian lama war-warkan oleh pihak pembangkang.

Kenyataan Zainal yang seolah-olah menafikan isu rasuah Khir Toyo itu, sebenarnya lebih bersifat provokatif. Timbalan MB Selangor itu tahu bahawa pada 23 Oktober 2003 ini pihak pembangkang akan menyambut ulang tahun ke dua sempena Memperingati Laporan Rasuah Khir Toyo Kepada BPR yang dibuat oleh pengamal media Encik Ahmad Lutfi Othman.

Pihak pembangkang dikatakan berterima kasih kepada Zainal kerana peranannya `menghangatkan` semula isu rasuah Khir Toyo yang kebelakangan ini sudah agak dingin suhunya.

Menurut satu sumber yang rapat dengan Timbalan MB Selangor itu, gesaannya yang meminta Dato Dr Hassan Ali agar memberi kebebasan kepada BPR untuk menjalankan penyiasatan, sebenarnya ditujukan kepada pihak lain. Zainal amat memahami Hassan Ali langsung tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi BPR di dalam menjalankan bidang tugasan mereka.

Justeru gesaan berkenaan sebenarnya ditujukan kepada Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka sendiri dan pihak atasan yang selama ini menghalang BPR dari menjalankan tugasan mereka atau telah mengkelabu-asapkan laporan hasil siasatan yang telah pun dibuat.

Tempoh dua tahun sejak laporan rasuah Pengamal Rasuah Terkemuka dikemukakan oleh Ahmad Lutfi kepada Ketua Pengarah BPR Malaysia merupakan suatu jarak waktu yang agak lama. Amat tidak munasabah sekiranya BPR yang sering berbangga dengan ketegasan dan keprofesionalannya di dalam membanteras gejala rasuah masih terkial-kial untuk menangani laporan berkenaan. Sementelah laporan Ahmad Lutfi tadi telah dimuatkan dengan fakta-fakta yang lengkap untuk memudahkan lagi BPR bertindak.

Memang wajar jika Zainal khuatir isu rasuah Khir Tonyok akan terus menghantui sekali gus meletakkan MB Muda itu sebagai liabiliti buat Umno Selangor, selama mana BPR masih terhalang dari menjalankan tugasan mereka selama itu lah Umno Selangor akan terus goyah lebih-lebih lagi apabila terpaksa berdepan dengan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Ada pun tanggapan sesetengah pihak dalam Umno Selangor yang mengambil jalan mudah dengan melabelkan `isu rasuah Khir Toyo` hanyalah gimik pihak pembangkang, dilihat sebagai kenyataan yang bersifat ingin menyedapkan hati dan mengampu Khir sahaja.

“Dengan cara mengambil hati Dr Khir mereka berharap untuk terus dicalonkan semula atau diberi peluang bertanding sebagai calon Umno BN pada pilihan raya umum akan datang. Sedangkan apabila Dewan bersidang sebahagian di antara kami terpaksa berhempas pulas berdepan dengan pembangkang untuk mempertahankan `keterlanjuran` pemimpin, soalnya sampai bila kita harus bersikap hipokrit?” kata seorang Adun Umno Selangor yang kelihatan begitu resah apabila diajak membincangkan `isu rasuah Khir Toyo.`

- Orang Dalam - 12.10.2003 (suntingan M@RHAEN)
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal.

Click Here!