Masuk PAS Masuk Syurga Arahan Siapa?
Oleh KarimSelamat
..


Skrip baru UMNO menjelang pilihan raya dengan rasminya dilancarkan di sekitar pekan Pendang. Poster yang bertulis kalimat Masuk PAS Masuk Syurga diberi liputan penuh di TV1 dalam berita jam 8. Seperti biasa mengikut prosedur kerja laporan berita propaganda, visual menayangkan bagaimana poster-poster itu tertampal di pokok-pokok dan diikuti dengan pendapat "orang ramai" seolah penduduk Pendang ditemui secara rambang. Dengan cara itu persepsi yang cuba diwujudkan terhadap penonton ialah percaya bahawa PAS telah melakukan satu kerja yang salah dengan penampalan poster-poster tersebut.

Keseluruhan sketsa lakonan UMNO dengan mudah dapat kita kesani hanya dengan menyaksikan bagaimana poster-poster itu ditampal dan barisan "penduduk" pekan Pendang yang ditemui. Analisis pertama ialah cara penampalan poster itu dilakukan. Sekian lama PAS mengadakan aktiviti ceramahnya di mana-mana tempat sekali pun, kita lihat cara ia ditampal tidaklah seperti yang berlaku di Pendang itu. Poster-poster itu kelihatan ditampal dalam keadaan tergesa-gesa hingga ada yang ditampal menutupi poster-poster lain yang sedia tertampal mempromosikan sekolah atau pusat tuisyen. Tidak pernah ada mana-mana poster pengumuman ceramah yang ditampal menutupi poster-poster lain.

Kedua, dalam barisan orang yang diminta pendapatnya muncul muka Hj Kamal Saidin. Hj Kamal ini cukup terkenal dengan permainan politik dan kerja-kerja menipu. Telah banyak bisnes yang beliau lakukan atas dasar menipu. Sebelum aktif politik beliau pernah membuka sekolah swasta yang dikenali sebagai Akademi Nusa di pekan Bakar Arang Sungai Petani. Sekolah tersebut tidak bertahan lama kerana beliau bermain politik dengan guru-guru yang bekerja di bawahnya. Gaji dibayar lambat dan tercatat dalam rekod bahawa guru yang bekerja dengannya telah melaporkan salahlaku beliau dalam peraturan caruman KWSP para pekerjanya.

Mengenali watak dan peribadi Hj Kamal Saidin adalah tidak mustahil kerja menampal poster Masuk PAS Masuk Syurga adalah rekayasa beliau. Sebagai seorang yang terlalu amat ambitious dalam politik, dengan sedikit bekalan ilmu agama yang ada pada beliau, kerusi Pendang dilihat sebagai satu potensi rezeki mendatang. Inilah masanya untuk menonjolkan prestasi supaya dapat menarik perhatian Putrajaya.

Hj Kamal Saidin rupanya salah seorang Melayu yang mudah lupa. Ramai di antara pelajar terkandas yang pernah menyambung usaha belajar di sekolahnya kini telah dewasa. Merekalah yang bakal mengundi dan menentukan nasib orang-orang UMNO seperti Hj Kamal. Penipuan yang beliau pernah lakukan dan apa yang berlaku di Pendang dengan poster bodoh itu sebenarnya menghidupkan kembali ingatan bahawa masih hidup lagi rupanya Cik Gu Kamal yang pandai sejarah. Silap haribulan, Cik Gu Kamal bukan saja akan menjadi sejarah, malah dengan kerja jahatnya ini, budak-budak Pendang boleh pelangkong mukanya seperti yang terjadi kepada Datuk Abd Rahman Ariffin

Oleh Karim Selamat <blogku@redhat.polarh> - 13.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!

Sertailah Kumpulan M@RHAEN