Buat Para Pendokong Reformasi
Oleh Kak Id

Membaca tulisan rakan seperjuangan kita sdr. Songkok Tinggi Kapar (STK) dalam tulisan terbarunya bertajuk ‘Tanpa Rasuwah Umno Dah Lame Rebah - Bhgn 3’, membangkitkan semula semangat ‘reformis jalanan’ yang bersemadi di dalam jiwa ini. Saya begitu tersentuh dengan perenggan yang ditulis oleh beliau seperti petikan di bawah:

Dalam bab nak merampas semule Anwar ni, kite sebenarnye tak ade banyak pilihan, suke ke tak suke ke, rakyat terpakse melalui duwe care saje. Pilihan raye atau pilihan jalan raye. Duwe-duwe group ini mesti bersatu. Yang suke pilihan raye jangan takut dan sayangkan pangkat apebile diajak berpilihan jalan raye. Manekale yang tak berape meyakini pilihan raye, jangan sisihkan diri dari kerje-kerje pilihan raye lebih-lebih lagi megundi apebile sampai saatnye nanti.’

‘Selaku orang lame di dalam politik dan orang baru di dalam menyokong reformasi, saye dapat mengesan memang ade usahe sedang dibuwat oleh keling-keling bangsat Umno BN MMK untuk melage-lagekan di antare `group pilihan raye` dengan `group pilihan jalan raye `di kalangan penyokong gerakan reformasi - BA.  Awas! Kalau sampai berselisih faham sesame kawan; Anwar hanye akan dibebaskan pade 2009! Ketike itu sudah pasti ramai yang mula melupainye! Di saat itu sanggupkah saudare-saudare berdepan dengan kepiluwan … saye mungkin sudah tiyade lagi untuk mengulas dan menangis bersame….! ‘

Sehingga kini banyak tulisan rakan-rakan seperjuangan yang tetap setia dengan perjuangan ini yang bernada kecewa, sedih dan seperti menyalahkan beberapa pihak yang lain. Saya akui adalah tidak salah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kerana kalau dipendam pun hanya akan memakan diri. Masing-masing ada peranan masing-masing yang tidak boleh dinafikan kekuatannya di dalam merealisasikan cita-cita kita. Memang benar, sebagai manusia biasa kadangkala timbul juga perasaan untuk rasa dihargai akan sumbangan yang diberi. Penghargaan itu bukan perlu datang di dalam bentuk kebendaan tetapi memadailah dengan mempamerkan rasa saling memahami dan menghormati pendirian dan cara bagaimana yang disenangi oleh sesetengah pihak.

Inilah yang perlu difahami oleh semua pihak. Walaupun terdapat perbezaan pendapat atau berasa kurang senang dengan sesetengah tindakan yang diambil, marilah kita sematkan di hati bahawa CITA-CITA DAN IMPIAN KITA ADALAH SAMA……untuk mengembalikan keadilan di bumi tercinta ini. Kepada mereka yang mengejar kedudukan dan berkepentingan peribadi, nescaya akan terserlah tembelang mereka dan sudah pasti akan terpinggir akhirnya. Mungkin mereka berjaya menonjolkan diri mereka tetapi semua itu tidak akan bertahan lama. Tiada tempat untuk golongan yang sebegini.

Sama ada golongan reformis jalanan yang mungkin memilih pilihan jalan raya mahupun teman-teman aktivis politik Barisan Alternatif yang mungkin lebih menyenangi kaedah pilihanraya, kedua-duanya sama penting dan saling memerlukan di antara satu sama lain. Jangan berikan sedikit ruang pun kepada musuh–musuh kita untuk melemahkan perjuangan ini.

Terima kasih sdr STK di atas ingatan itu. Marilah kita terus melangkah ke tahun baru ini dengan azam dan tekad yang lebih kuat lagi…….LAWAN TETAP LAWAN!

Kak Id - 17.12.2003

Sertailah
Blog M@RHAEN - Wadah interaksi yang penggunaannya semakin popular pada masa kini.
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.
Hantar artikel ini kpd sahabat:

Click Here!