Pencerobohan Kroni umNO 
di Tanah Wakaf Kg Makam Hj Kassim   
Assalamualaikum wbt Tuan Web Editor dan semua Muslimin/Muslimat yang dihormati

Telah lebih sembilan tahun (sejak 1996) pencabulan tanah kubur yang diwakafkan berlalu dengan mendapat restu oleh pemegang amanah iaitu Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang bersekongkol dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, pencabulan tersebut yang mana pembinaan bangunan haram umNO tanpa kelulusan tapi mendapat bekalan elektrik dan air! Walau beberapa kali laporan dan bantahan dibuat terhadap mereka tapi seperti diperamkan saja semuanya!
 
Laporan dan bantahan telah dihantar pada BPR, MAIPP, MPPP, Biro Pengaduan Awam, Polis DiRaja Malaysia, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sahibul Samahah Mufti Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, malah ditelegramkan kepada PM waktu itu (iaitu TKT Mahathir) juga PM sekarang tetapi kerana kuasa politik yang disalahgunakan oleh UMno-BN maka tiada siapa boleh bertindak atau sebarang tindakan undang-undang diambil!
 
Walau mendapat bantahan dari ahli jawatankuasa Qaryah Masjid Kg Makam Hj Kassim, Persatuan Belia Kg Makam, penduduk-penduduk kampong semuanya seperti bercakap pada sipekak dan tuli, atau mungkin terencat akal kelabu asap yang tak mungkin boleh berfikir ! Baik Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga BPR seperti makan gaji buta , tiada tindakan atau siasatan dibuat malah diam membisu walau bantahan dan laporan bercambah diterima!
 
Bangunan haram itu didirikan oleh umNO kononnya untuk digunakan sebagai dewan masyarakat tapi sebenarnya digunakan sebagai kelab umNO untuk mesyuarat mereka, berhibur berpesta sukaria selain latihan boria! Dengan alasan sebagai dewan masyarakat seolah-olah ini adalah halal dan untuk kebaikan penduduk kampong, kita tiada masalah jika dibina di tempat lain tapi jika dibina di atas tapak kubur lama warisan tuan punya tanah yang mewakafkan tanah itu apakah ini dipanggil? Bukankah ini satu kerja biadap dan durjana tanpa menghormati kawasan kubur ! Sedangkan Yahudi pun menjaga kubur mereka (di Jalan Yahudi sekarang jadi Jalan Zainol Abidin dekat menara umNO )sudah beberapa lama! Apakah pentadbiran Yahudi lebih baik dari pentadbiran Majlis Agama Islam? Di Pulau Pinang pula, lainlah Yahudi yang jauh beribu-ribu kilometer pun masih dapat menjaga dengan sempurna kubur mereka siap dengan menggajikan seorang penjaga! Jika tak percaya datanglah melawat dan saksikan bagaimana silaknat Yahudi boleh menjaga kubur mereka lebih baik dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang, yang hanya makan gaji buta tetapi membiarkan pencerobohan di atas tanah wakaf Islam terutama di Kampong Makam Tuan Guru Haji Kassim, Jalan Datuk Keramat.
 
Malah bukan sahaja kelab umNO dibina di tepi masjid di atas kubur, lebih teruk juga dibina bangunan-bangunan dan kedai-kedai haram yang sepatutnya tidak boleh dibina di hadapan kawasan masjid, oleh siapa? Tidak lain ialah ahli-ahli umNO parti mereput kuat rasuah! Malah ada seorang 'Imam' masjid dan ahli kuat umNO mempunyai sebuah kedai yang disewakan sebanyak RM700 sebulan! Yang peliknya yang haram-haram ini semua mendapat bekalan elektrik dan air dengan bantuan dan salahguna kuasa oleh kerana mereka adalah kroni-kroni 'umMO'
 
Setelah sekian lama pencerobohan ini tanpa sebarang tindakan,  sudah tiba masa untuk mengheret mereka ke muka pengadilan kerana penyalahgunaan kuasa, juga mungkin rasuah kerana adalah tidak logik bangunan haram boleh dibekalkan dengan elektrik dan air hanya dengan mencatatkan alamat sebagai - UMno Kampong Makam tanpa nombor? Apakah parti rasuah umNO ini boleh membina bangunan dan apa saja di mana mereka suka? Apakah Malaysia ini tiada undang-undang atau umNO yang punya?
 
Kita akan saksikan gelagat mereka-mereka ini yang terlibat dalam pencerobohan tanah wakaf Kampong Makam Haji Kassim di dalam mahkamah kelak dengan seorang peguam hebat yang telus dan jujur untuk menegakkan kebenaran dari semua bentuk penyelewengan di tanah wakaf tersebut insyaAllah!

Wasalam

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Jingoza
Kampong Makam Tn Haji Kassim
Jalan Datuk Keramat, P.Pinang - 25 Muharam 1426/ 06 Mac '05 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: