Lagi Soal Nasib dan Masa Depan Melayu Pulau Pinang
Assalamualaikum wbt Tuan Editor dan semua Muslimin/Muslimat yang dihormati

Izinkan saya menyoal dan menjawab sedikit hal nasib Melayu P Pinang yang mana kes baru terjadi di Tanjong Tokong. Sejak dulu Melayu umno/BN berkomplot dengan Gerakan yang memang anti-Melayu (tapi dalam senyap) telah merampas, meroboh dan mencabul tanah-tanah Melayu yang memang kita tahu amat sedikit tertinggal macam sekangkang kera kata pepatah Melayu. Contohnya lihatlah Kg Dodol, Kg Makam, Sg Pinang, Jelutong, Bayan Lepas, Kelawai, Bagan Jermal, Tg Bunga, Batu Feringgi, Telok Bahang, Balik Pulau semua jadi 'target' perosak/perompak ni semua supaya lingkupkan dan gantikan dengan kondo atau rumah mewah yang memang tak mampu dibeli Melayu! Taktik mereka ni serupa taktik 'pecah & perintah ' oleh Zionist Israel dan Amerika terhadap negara Islam !

Bezanya hanyalah yang di Malaysia ini orang Melayu (umno) sendiri berpakat dengan kafirin dalam BN menentang dan merosak perkampungan Melayu yang tinggal sedikit sahaja itu, cakap wakil-wakil umno/BN hendak berjuang demi Islam,Melayu dan negara hanyalah pembohongan semata kerana mereka ingat kata  mamak barua shit madey bahawa Melayu mudah lupa ! Tapi bukan Melayu semua macam mamak madey shit tu kata mudah lupa, ada yang tak mudah lupa tapi ditangkap, diISAkan, dilebamkan mata, malah boleh membunuh jika perlu kalau menentang mereka atau mendedahkan pekong mereka !

Tidak hairanlah P Pinang bakal jadi 'Singapura' atau 'Hong Kong' bila habis kampung-kampung Melayu, tanah-tanah Melayu dirampas untuk projek mereka untuk menunjuk mereka prihatin terhadap Melayu disediakan 'sangkar burung merpati' (flat macam UDA buat di Tg Tokong & Kg Melayu) untuk Melayu huni kerana taraf Melayu hanya layak di sini ! Kondo & apartment mewah hanya layak untuk kroni umno dan Ah Chong,Ah Lim atau Ah Lek !

Jadi sekarang UDA merancang melingkupkan kampung di Tg Tokong dengan menawarkan rumah panjang sementara hingga siap projek flat ! Ketua kampung sudah disogok dan mengaku saja apapun tanpa soal !  Pegawai UDA datang untuk penerangan dan bila pertanyaan bertubi tubi dihujani dari Melayu yang tak mudah lupa maka terus cabut !

Jadi sekarang siapakah agaknya yang boleh diharapkan untuk membela Melayu P Pinang dan tanah sekangkang keranya dari terus dicabuli ?

Adakah kerajaan umno/BN ? atau Zionist/Yahudi atau Amerika ? Tanyalah dan jawaplah sendiri !
In'nalillah hi wai'na ilaihi roji'un, wasalam

Takbir Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar !

- Jingoza - Kg Makam Hj Kasim P.Pinang - 07.05.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN