Ditegur Mengamuk, Tak Ditegur, Beginilah Jadinya...
Kiriman Jamil Bin Ismail (JK)
 

Sifat-sifat manusia kebanyakanya pelik. Itulah sifat manusia, tak ditegur mereka tidak berubah dan lupa daratan, tetapi apabila ditegur mengamuk bagaikan anjing gila menyalak bukit. Sampai bila ahli politik dan penyokong pemimpin politik nak berubah? Sifat-sifat membodek, mengampu, tidak dapat dipisahkan dari sifat-sifat pemimpin dan ahli politik tak kira dari mana-mana fahaman, demi memastikan keuntungan dan kesenangan dapat kepada mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menunjukkan muka, seperti satu hal yang akan saya ceritakan.
 
Kasihan saya melihat Sdr Tan  Soi Kow, baru saja keluar dari hospital kerana menghadapi berbagai penyakit, terpaksa menerima kerja untuk menjayakan majlis makan malam MEMERDEKAKAN ANWAR, yang akan diadakan di MARKAZ TARBIYAH PAS MELEWAR. Beliau terpaksa mencari pembeli kerusi dan meja makan bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Walaupun majlis tersebut dibuat tanpa mengaut keuntungan tetapi menerima berbagai masalah. Saya sendiri berbincang dengan beliau. Walaupun beliau tidak meminta saya menulis tetapi saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk pengetahuan semua.

Masalahnya meja dan kerusi dijual dengan harga yang berpatutan, untuk sepuluh orang bererti satu meja berharga RM200/ sahaja. Satu kerusi atau satu tiket berharga RM20/ sahaja. Tetapi untuk mencari pembeli-pembeli begitu susah, berbagai alasan yang diberikan, tiada dalam negeri lah, tiada masa lah, ada meeting lah, orang dah belikan, berbagai-bagai lagi. Jawapannya pada saya senang sahaja, siapalah TAN SOI KOW? Beliau bukan seorang pemimpin parti, bukan orang berpangkat, bukan seorang yang ada title, bukan seorang tokoh koperat, tetapi hanya seorang REFORMIS yang bekerja kuat untuk reformasi, dan majlis tersebut tidak dihadiri oleh Presiden parti atau Menteri Besar.
 
Tetapi satu lagi majlis yang akan diadakan di tempat sama pada tarikh yang saya lupa, yang mana tetamunya Menteri Besar Terengganu TUAN GURU DATO SERI HJ HADI AWANG dan juga Presiden parti Keadilan DATIN SERI DR WAN AZIZAH tiket yang dijual begitu laku sekali, walaupun sebuah meja sepuluh orang berharga RM700/ berbeza dengan meja yang dijual oleh sdr TAN SOI KOW hanya RM 200/ sahaja. Meja yang berharga RM700/ dapat dijual dengan mudah. Inilah perbezaanya atau sifat pilih bulu yang masih diamalkan dalam parti kita, kerana nak tunjukkan muka kepada Menteri Besar Terengganu dan Presiden parti Keadilan harga RM700/ pun mereka sanggup bayar.

Mereka hanya memandang sesuatu yang hanya akan menguntungkan mereka baru mereka sanggup mengeluarkan wang. Inilah sifat manusia yang masih tak akan berubah, termasuk jugalah sekelompok golongan yang mengaku diri mereka reformis jalanan. Berapa meja yang mereka beli untuk membantu sdr Tan Soi Kow?

Saya tahu, apabila saya menulis begini, saya kan menghadapi berbagai risiko, tapi saya peduli apa, salah tetap saya tegur, apa mereka nak buat saya tidak akan ambil kisah. Saya menulis hanya pada kebenaran. Mana tahu mungkin selepas tulisan ini akan ada VCD terbaru di pasaran tentang Jamil Ismail JK. Tetapi untuk menutup mulut saya atau membuat saya berhenti dari melakukan REFORMASI, kamu semua silap. Saya anak Melayu, anak Melayu tulen, bukan campuran. Bagi anak Melayu, sekali melangkah berpantang undur. Lawan Tetap Lawan.
 
TIAP MALAM TIDUR BERDENGKUR
SELALU TERMAKAN NASI BASI
KALAU KESILAPAN TAK BOLEH DITEGUR
KENAPA MENYOKONG REFORMASI
 
BAWA KERETA PERGI KE SELAMA
BERHENTI MEMANCING IKAN TILAN
KALAU MASIH BUAT PERANGAI LAMA
TAK PAYAH BERCAKAP PASAL KEADILAN
 
KALAU TANAM SI POKOK KOKO
JANGAN TANAM PISANG BERANGAN
KALAU TAKUT DENGAN RISIKO
JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN
 
http://groups.yahoo.com/group/JKreformasi2003/

SAYA YANG BENAR
JAMIL BIN ISMAIL JK, REFORMIS
CHERAS KUALA LUMPUR - 23.09.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!