MENJELANG 100 HARI PAKLAH SEBAGAI PieM:
KERAJAAN PAKLAH MULA MENGGANAS!
Oleh ER
Berikutan tindakan ganas polis

"Isu Anwar menakutkan Abdullah Badawi" - Ezam

TAIPING:  Ketua Pemuda KeADILan, Mohd Ezam Mohd Nor berkata kempen Gerakan Anwar Bebas (GAB) yang didadakan di seluruh negara sekarang menakutkan Perdana Menteri, Dato?Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mengulas tindakan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang merempuh majlis pelancaran GAB  di Pasir Salak, Perak malam semalam.

Dalam kejadian tersebut, FRU yang lengkap dengan dengan peralatan ‘water cannon' merempuh masuk ke markaz KeADIlan dan terus bertindak memadamkan lampu dan merampas alat pembesar suara ketika Ezam sedang berucap.

Polis kemudian bertindak membelasah Ketua Pemuda KeADILan Perak, Zulhelmi Yahya sehingga cedera teruk. Beliau kemudiannya ditahan bersama Ketua Pemuda PAS Perak, Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda KeADILan Selangor,  SD Johari dan Ketua Pemuda KeADILan Kedah, Zamil Ibrahim.

Mereka ditahan di balai polis Teluk Intan sejurus selepas itu sebelum dibebaskan pagi ini.

Menurut Ezam,  sebelum ini  telah banyak kali ceramah diadakan di tempat sama atas isu lain dan tidak pernah diganggu polis.

“Tetapi bila menyentuh isu Anwar Ibrahim, polis dikerah dengan tindakan ala Gestapo walau pun ia diadakan di permis sah parti KeADILan. Tidakan keras
polis yang sudah tentu atas arahan politik ini jelas memerlihatkan sikap panik dan takut Abdullah apabila berhadap dengan isu Anwar.

Sebelum ini polis berindak di saat akhir menarik balik permit pelancaran GAB di Kelang, Selangor serta mengganggu konvoi rakyat di Kuala Lumpur.

Ezam yang sedang menyertai konvoi rakyat dari Taiping ke Ipoh, ketika berita ini ditulis (11 pagi) berkata beliau akan membuat laporan polis dan sidang
akhbar di Ipoh tengahhari ini berikutan kejadian semalam.

Kekejaman polis terhadap pembangkang

Mengulas lanjut tindakan polis tersebut, Ezam menggesa Abdullah mengutamakan isu ini sebagai agenda utama Suruhanjaya Di Raja mengenai Polis yang akan diumumkan minggu depan.

“Saya ingin mengingatkan Abdullah supaya menekankan suruhanjaya tersebut mengutamakan kekejaman polis terhadap pembangkang sebagai isu utama. Tak bererti bagi Abdullah berbicara mengenai disiplin polis sekiranya isu utama ini diabaikan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Beliau juga mengkritik pihak polis yang dianggap tidak tahu memilih keutamaan dalam menjalankan tugas. “Polis sepatutnya menumpukan usaha membanteras gejala sosial. Sebaliknya, ketika jenayah berleluasa, pihak polis mengerahkan sebahagian besar angggotanya untuk menyekat kegiatan
poliitik pembangkang," katanya.

Kempen GAB akan diteruskan di Pualau Pinang bermula 29 Januari ini.

Jadual Gab Pulau Pinang.

29 Januari 2004
Pelancaran GAB Nibong tebal
8.30 malam
Markas KeADILan Nibong Tebal,
Kg. Sg Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang

30 Januari 2004
Pelancaran GAB P.Pinang
9.00 malam
Markas KeADILan Balik Pulau,
Jalan Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang

31 Januari 2004
KONVOI GAB
Jelajah Pulau Pinang
9.00 pagi
Bermula di Pejabat KeADILan
Sg. Semambu, Permatang Pauh.
 

- ER - 23.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN