Bangangnya Noh Omar: Itulah Timbalan Menteri pilihan Imam Hadhari

Orang bangang memang cepat melenting

Dato Noh Omar Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tidak perlu melenting ketika diminta membuat ulasan terhadap gesaan sebuah pertubuhan Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York agar kerajaan Malaysia menubuhkan sebuah badan penyiasat bebas berhubung dengan dakwaan berlakunya penderaan `ala-Abu Gharaib di Iraq` ke atas tahanan-tahanan ISA di Malaysia khususnya yang dikaitkan (kononnya) dengan kegiatan terrorisme.

Ketika menjawab pertanyaan tersebut di lobi Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu Noh Omar tanpa berfikir panjang dan dengan nada kesamsengan berkata: “Amerika tidak perlu sibuk-sibuk mengarahkan kita buat itu dan ini, kerana apa yang mereka lakukan jauh lebih teruk daripada apa yang kita buat. Mereka tidak berhak bercakap fasal hak asasi kemanusiaan! Kita ada cara sendiri untuk menyelesaikan masalah kita.”

Itulah standard para pembantu yang dilantik oleh Dolah Imam Penipu untuk mentadbir dan mengurus negara. Bertutur tidak menggunakan akal, berakhlak bagaikan penyangak jalanan. Susah sangatkah untuk membezakan mana satu gesaan yang diputuskan oleh sesebuah kerajaan dan mana satu pula gesaan yang dibuat oleh NGO.

Gesaan yang terbit daripada pendirian atau prinsip perjuangan NGO tidak semestinya selari dengan pendirian sesebuah kerajaan.

Seperti di Malaysia. kebanyakan NGO tidak pernah sekata dengan kerajaan pimpinan Dolah Pewaris Kezaliman Mahathir di dalam banyak perkara yang melibatkan hak asasi manusia. Mereka sering mengkritik pencabulan terhadap undang-undang dan hak asasi yang dilakukan oleh kerajaan meskipun kritikan tersebut tidak diendahkan.

NGO lain, kerajaan lain!

Begitulah yang berlaku di seluruh dunia, bukan sekadar di Amerika bahkan di Israel sendiri, badan-badan NGO tetap diberi peluang untuk bergerak dan bersuara untuk menyatakan pendirian mereka terhadap hak-hak asasi kemanusiaan dan ternyata fungsi NGO di negara Yahudi itu sama dengan peranan rakan-rakan mereka di negara-negara lain.

Justeru Noh Omar tidak perlulah mempamerkan kebangangannya kepada rakyat kerana gesaan agar ditubuhkan badan penyiasat bebas untuk menyiasat dakwaan wujudnya kes-kes penderaan mirip Abu Gharaib terhadap tahanan-tahanan ISA di Malaysia datang nya dari NGO di New York bukan dari Rumah Putih.

Pendirian NGO New York itu sama dengan pendirian hampir kesemua NGO dan parti pembangkang di Malaysia. Selepas ini janganlah pula Noh menuduh NGO dan parti pembangkang di Malaysia agen Amerika disebabkan mereka senada dengan NGO di New York.

Apa yang harus ditakutkan untuk menubuhkan badan penyiasat bebas terhadap dakwaan di atas kalau insiden-insiden kejam itu tidak pernah berlaku seperti yang di uar-uarkan oleh Noh dan bosnya Dolah suami Endon Mahmud.

Nampaknya Najib bekas boyfriend Ziana Zain selaku Timbalan Perdana Menteri lebih rasional apabila dia berkata bahawa kerajaan bersedia untuk menyiasat segala dakwaan itu jika laporan tersebut datangnya dari Suhakam. Apakah ini mainan politik Najib untuk memperlekehkan Dolah Lembik atau sekadar untuk mengendurkan tension?

Apa pun kenyataan Najib itu dilihat sedikit bijak jika dibandingkan dengan Dolah Imam Penipu dan Noh BPPGI (bekas Peraba Payudara Gadis India di Pulau Carrey) yang mungkin sudah ditakdirkan bangang sejak dilahirkan ke dunia.

Memang benar kata pepatah: “Bapa borek anaknya rintik – Dolah lembik timbalan menterinya bangang”.

- Inderaloka  - 27.05.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN