Pek Ha Pendera Kecil, Dolah Hadhari Pendera Agung
Kes Nirmala Bonat
Siapa pun tidak dapat menahan sabar apabila melihat Nirmala Bonat pembantu rumah keturunan Indonesia diperlakukan begitu kejam oleh majikannya. Semua pihak nampaknya sepakat mendesak kerajaan agar bertindak tegas terhadap pendera yang tidak berperikemanusian itu.
Yim Pek Ha selaku majikan Nirmala sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan pada 22 Mei lalu Walau pun proses perbicaraan sebenar masih belum bermula setidak-tidaknya ketegasan mahkamah sudah pun terserlah apabila Hakim Akhtar Tahir tidak membenarkan Pek Ha di ikat jamin.
Perbicaraan akan disambung pada 26 Julai 2004 nanti. Jika sabit kesalahan Pek Ha mungkin akan dihukum penjara 67 tahun.
Samada ketegasan Akhtar Tahir itu adalah respons daripada desakan tadi atau ingin menjaga hubungan baik dengan Indonesia atau pun sekadar mahu mempamirkan konon mahkamah Malaysia dijamin ketelusan dan ketegasannya mendokong hukum (undang-undang) demi mempertahankan kemanusiaan,hanya hakim itu sendiri yang berhak menjawabnya.
Akhtar Tahir sang hakim berhati baik?
Kalau Akthar Tahir bukan setaraf dengan para hakim beruk Augustine Paul,Ariffin Jaka, Peter Malanjun,Pagan Singh Gill,Hashim Yusof,bekas-bekas Ketua Hakim Negara Eusof Chin, Dzaiddin dll, sayogia ketegasannya itu patut dipuji.
Namun saya berhak meragui ketulenan Akhtar itu,kerana kalau tidak silap ingatan saya hakim tersebut terlibat di dalam mengadili` kes membuat pengakuan palsu di dalam mahkamah` yang dikenakan terhadap Azmin Ali Naib Presiden keADILan. Kalau kenyataan ini silap tolong perbetulkan ya!
Hukuman 18 bulan penjara yang telah dijatuhkan keatas Azmin masih belum berkuatkuasa kerana keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan tidak diperolehi lagi.
Sebelun Nirmala sudah ada hampir 150 kes penderaaan pembantu rumah.
Berbalik kepada penderaan keatas Nirmala meskipun gempita bunyinya,namun pada hemat saya itu bukanlah satu-satunya sahaja kes yang patut di fokuskan sedangkan sejak 2001 sehingga Mac 2004 lebih 150 kes seumpamanya telah dilaporkan berlaku.
Apa yang telah terjadi kepada pendera-pendera lain itu, adakah mereka telah di hukum atau sekurang-kurang sudahkah proses pengadilan dikenakan terhadap mereka. Kalau sebahagian daripada mereka sudah terhukum mengapa insiden yang serupa terus berlaku? Kurang berkesankah hukuman tersebut sehingga perlakuan kejam itu berterusan?
Jawapan tepat tidak mungkin diperolehi selagi kelompok yang menguasai tampuk pemerintahan `buta keadilan dan kebenaran. `
Imam Dolah Hadhari pewaris `takhta taik` tidak layak sama sekali untuk membuat komen terhadap sebarang bentuk penderaan dan kekejaman selagimana dia mewarisi kezaliman Tun Kepala Taik Mahathir.
Nurbahiyah Cakar Harimau Barua Umno?
Manakala pencacai-pencacai wanita ( betina ) seperti Rafidah @ Rasuah Aziz,Shahrizat Jalil,Ng Yen Yen dan Ustazah @ Dr Shit bukanlah pejuang atau pembela `wanita yang didera` sebaliknya hanya sibuk dengan agenda peribadi masing-masing - mengampu semahu-mahunya sang penguasa demi memanjangkan hayat politik mereka.
Pendakwah profesional Ustazah Nurbahiyah Cakar Harimau itu sejak mutakhir ini kelihatan hebat juga, motivasi sana motivasi sini namun hasilnya masih terlalu awal untuk dinilai apa pun kalau diamat-amati Nurbahiyah sedang di dalam proses untuk menobatkan dirinya sebagai salah seorang lagi pencaci besar Umno BN selepas Ustazah Shit MP Baling.
Pemimpin BA Melatah?
Saya sedikit pun tidak merasa pelik kalau ada dikalangan para pemimpin BA turut melatah terikut-ikut stail pihak-pihak tertentu yang mendesak kerajaan pimpinan imam zalim Dolah Hadhari agar lebih komited menangani gejala perlakuan kejam seperti diatas.
Pemimpin BA yang bersikap begitu, saya lebih suka mengumpamakan mereka sebagai golongan buta sebelah mata terhadap hakikat keadilan dan kebenaran , apa pun mereka lebih baik daripada golongan Umno BN yang buta secara total.
Saya katakan demikian kerana golongan berkenaan hanya meneropong kezaliman itu dari sudut penderaan fisikal semata-mata. Kalau peneropongan itu dibuat dari sudut yang lebih tepat nescaya definasinya tidak terhenti setakat itu.
Dolah pendera agung.
Pek Ha adalah penzalim kerana dia mendera Nirmala tetapi dia sekadar pendera kecil jika dibandingkan dengan Bapak Anjing Rahim Noor yang membelasah Anwar Ibrahim di dalam lokap Bukit Aman lebih 5 tahun dulu.
Ertinya Rahim Noor adalah pendera besar berbanding Pek Ha. Aziz Shamsuddin,Megat Joned,Tengku ( Celup) Adnan Mansor,Daim Zainuddin dan para konsopirator lain yang menganiayai Anwar adalah pendera lebih besar berbanding Rahim Noor.
Peguam Negara,segala jenis pendakwaraya dan para hakim yang mengadili kes Anwar pula ternyata `pendera bermartabat tinggi ` dari segala yang disebut terdahulu.
Tidak ada pendera yang lebih terkutuk melainkan mereka kerana sanggup menginjak-injak undang-undang demi memuaskan nafsu rakus pembayar gaji (pemberi makan) mereka.
Terbaru hakim-hakim beruk di Mahkamah Persekutuan Palace of Jusice Putrajaya bernama Abd Hamid Mohammad,Rahmah Hussien dan Tengku Baharuddin Mahmud telah mencapai kata sepakat menolak permohonan ikat jamin Anwar dan Sukma Darmawan sementara menungggu keputusan rayuan terhadap kes liwat mereka.
Abd Hamid ( Hamid Gurkha berpuluh-puluh kali mulia dari beruk yang seekor ini) ketika menolak permohonan ikat jamin itu mempertikaikan kesahihan Seksyen 89 Akta Mahkamah-Mahkamah Keadilan yang memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk menetapkan ikat jamin bagi kes jenayah.
Menurut hakim yang pernah mempermain-mainkan Tuhan di awal kes rayuan Anwar di dengar pada 10 May lalu itu: “ Selepas diteliti ternyata akta tersebut kabur dan tidak masuk akal serta kemungkinan ada perkataan yang hilang daripada keseluruhan ayat di dalam akta tersebut.”
Kalau bukan penderaan terang-terangan terhadap undang-undang, apalagi yang harus dikatakan terhadap putar belit lidah hakim yang jelas bercabang itu!
Jika Akta berkenaan kabur dan tidak masuk akal sudah tentu hakim-hakim terdahulu (termasuk Allahyarham Tun Suffian, Allahyarham TS Harun Hashim,Tun Salleh Abbas dan beberapa orang hakim lain yang amat berwibawa ) akan menolaknya awal-awal lagi. Siapalah Abd.Hamid jika dibandingkan dengan hakim-hakim yang amat berwibawa itu!
Terdapat desas desus bertiup kencang mengkhabarkan bahawa setiap orang penting yang mengendalikan kes rayuan terakhir Anwar itu disogok RM 500 Ribu seorang bagi mempastikan mantan TPM terus terpenjara sehingga 2012. Kalau perkhabaran itu benar semoga laknat Allah swt segera menimpa mereka yang terlibat! Amiin!
Apa pun, pencetus kepada segala gerakan mendera `kemanusian ` ditanahair tercinta itu adalah musibat paling tidak berguna didunia dan akhirat – Mahathir Iskandar Kutty namanya,tetapi Dolah Hadhari dilihat lebih teruk kerana kesanggupannya menadah dengan kedua belah tangan segala kezaliman dan kehaprakkan peninggalan anak Kutty itu.
Walaupun penulis tidak meminati Najib bekas boy friend Ziana Zain,tetapi jika dia bersedia melanggar Dolah Hadhari untuk jawatan Presiden Umno itu adalah lebih baik….
- Inderaloka - 25.05.2004 - (suntingan M@RHAEN)
![]()