Kalau Masih Ada Simpati... Mari Sama-Sama Jenguk Anwar!

Tidak kebulur jika satu hari tinggalkan urusniaga demi Anwar.

Hari ini, 10 Mei 2004, DSAI akan hadir di Istana Keadilan (Palace of Justice) Putrajaya untuk diadili oleh para hakim Hadhariyyun dalam rayuan kes liwat dan permohonan ikat jamin beliau.

Kalaulah permohonan ikat jaminnya tidak ditolak, Anwar pasti akan dapat menikmati kebebasan setelah menjalani pengurungan dan penyiksaan hampir enam tahun angkara kezaliman yang dicetuskan oleh manusia paling bangsat dan pariyah dari sudut keagamaan dan tata susila bangsa. Siapa lagi manusia itu jika bukan Tun Kepala Taik Mahathir Laknatullahi`alaih.

Meskipun harapan itu terlalu tipis tetapi ia bukanlah penghalang buat sekalian pembesar dan penyokong BA untuk menatap wajah seorang wira yang telah berkorban demi memperjuangkan keadilan dan kebenaran. Mungkin ada diantara mereka yang sudah tiada berapa mengenali raut wajah Anwar lantaran terlalu lama tidak bertemu ataupun memang tidak pernah bersua dengan mantan TPM itu sejak 20 September 1998.

Apalagi alasan mereka untuk berberat hati dan kaki; berhimpun bersama-sama para reformis bagi meraikan wira rakyat itu setiap kali beliau dibawa keluar buat sementara dari penjara Sungai Buloh, sebagai tanda bahawa Anwar tetap disanjung dan disokong kerana perjuangan hebatnya.

Mahu dikatakan sibuk dengan gerak kerja p/raya segala-galanya telah berlalu,mahu dikatakan sibuk bersidang; kerusi DUN daripada lebih seratus buah hanya tinggal 35 buah sahaja manakala kerusi Parlimen pula tinggal 8 buah jika dibandingkan 32 buah sesi yang lalu.

Kalaupun kawasan/bahagian, cawangan sedang sibuk bersidang dan bermuktamar kebiasaannya program tersebut dibuat hujung minggu bukan pada hari-hari berkerja (working days).

Jika alasan sukar untuk mendapatkan kelulusan permohonan cuti daripada majikan atau takut padi diladang, buah-buahan di dusun habis dibaham unggas dan perniagaan di pasar mengalami kerugian besar kerana satu hari ditinggalkan – sepatutnya anda merasa malu kepada diri sendiri, famili, rakan taulan dan musuh kerana itu semua bukanlah alasan yang diwajarkan oleh `hukum perjuangan`.

Para pembesar dan penyokong BA tidak akan kebulur atau dikurangkan rezeki mereka oleh Allah swt semata-mata kerana melapangkan masa selama sehari `Bersama Anwar` di Istana Keadilan Putrajaya. Kehadiran mereka sesungguhnya amat bermakna jika mereka benar-benar memahami erti perjuangan dengan hati yang bening jernih.

Mahathir-Dolah- Najib takutkan Anwar, pembesar BA bagaimana?

Lainlah kalau erti perjuangan itu disempitkan kepada beberapa agenda kelompok dan individu seperti mana yang sedang dilalui oleh penganut mazhab Hadhari – Imam Dolah Endon dan Najib bekas boyfriend Ziana Zain. Kedua-dua musibat itu tidak pernah berniat untuk membebaskan Anwar daripada kezaliman tajaan pariyah bangsat Mahathir.

Kombinasi rapuh Dolah-Najib walaupun saling berazam untuk jatuh-menjatuhi di antara mereka tetapi tetap bersepakat dalam satu perkara yakni membiarkan Anwar meringkuk bertarung dengan kesakitan fizikal di dalam kamar sempit,suram dan menyesakkan nafas di Penjara Sungai Buloh hingga April 2012.

Bagi mereka Anwar adalah pengancam dan penghalang cita-cita Hadhariyyun agama baru mereka. Najib bekas boyfriend Ziana Zain itu dikatakan pernah berkata kepada beberapa orang penyangak yang sekelas dengannya: “Tak perlu menunggu satu jam untuk kawasan Lembah Kelang `jammed` apabila mereka (rakyat – termasuk penyokong Umno) mendapat berita Anwar Ibrahim telah dibebaskan”

Kalau Najib yang punya sedikit keberanian itu terlalu takutkan Anwar bagaimana pula Imam Dolah yang sudah lama diketahui tidak memiliki apa-apa kelebihan melainkan berbinikan Endon Mahmud-sudah pasti ketakutannya bukan kepalang terhadap Anwar.

Mahathir pariyah bangsat yang terkenal dengan politik brutal dan tipu takutkan Anwar, Najib dan Dolah juga takutkan Anwar. Untuk menyembunyikan ketakutan itu mereka terus menyeksa Anwar sambil menguar-uarkan bahawa `Anwar sudah tidak relevan.`

Akibat menari mengikut rentak gendang paluan puak-puak Hadhariyyun itu maka sesetengah pembesar dan penyokong BA hingga kini masih mendongak dan bersuara kasar menyergah ke sana sini bahawa isu Anwar bukanlah penyebab kepada kebangkitan dan kemenangan rakyat pada tahun 1999.

Kalau begitulah mentaliti mereka apa bezanya dengan puak-puak Hadhariyyun tadi? Puak sasau itu sebenarnya memang kagum dan mengiktiraf kehebatan Anwar namun kerana kepentingan diri dan politik mereka terpaksa `membunuh` Anwar.

Manakala sesetengah para pembesar dan penyokong BA masih terlalu liat untuk mengakui kehebatan Anwar kerana menganggap diri mereka lebih hebat (walaupun di kaca mata rakyat marhaen martabat mereka persis `jagoan rosterum dan jaguh kampungan` sahaja).

Ringkasnya, jika mahu BA terus dijulang oleh rakyat semua pihak wajib menyemarakkan semula perjuangan (isu) Anwar Ibrahim tanpa sebarang keraguan dan kepura-puraan. 10 Mei 2004 di Palace of Justice Putrajaya merupakan masa yang paling sesuai untuk memulakan kerja murni itu. Kalau pun Anwar tidak juga dilepaskan oleh Mahathir-Dolah-Najib pada hari itu tetapi perjuangan dan semangatnya tetap bebas merdeka bersama-sama rakyat marhaen

Sekiranya 10 Mei ini dilalui oleh sesetengah para pembesar dan penyokong BA seperti hari-hari biasa yang tidak perlu sangat diberi penumpuan, matlamat BA Sifar yang sedang dirancang oleh puak-puak Hadhariyyun pada 2009 tidak mustahil tercapai.

Kami tunggu kehadiran kalian di Palace of Justice untuk menjayakan program `Sehari Bersama Anwar’ 10 Mei 2004! Awas jangan permainkan sokongan rakyat kerana Suara Rakyat Suara Keramat!

- Inderaloka  - 09.05.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN