PLKN: Program Loklak Kelentungan Najib?
Najib Bapa PLKN

Ketika membahaskan rang undang-undang Program Latihan Khidmat Negara di Dewan Rakyat tahun lalu, Najib bekas boyfriend Ziana Zain selaku Menteri yang bertanggungjawab; telah mengecam habis-habisan wakil Barisan Alternatif (BA) yang menggesa agar kerajaan tidak tergopoh-gapah di dalam melaksanakan program tersebut .

Wakil BA menyarankan supaya pandangan semua pihak termasuk pembangkang,NGO dan orang perseorangan diambil kira dalam merangka kokurikulum latihan agar program itu benar-benar berbentuk kenegaraan bukan untuk faedah politik Umno BN.

Seterusnya BA juga mendesak supaya nilai-nilai keagamaan, akhlak dan moral tidak diabaikan malah di tekankan sebagai aspek penting dalam program berkenaan.

Najib bukan sahaja tidak menghiraukan gesaan BA itu malah dengan angkuhnya menyuarakan bahawa kerajaan Umno BN tidak perlu mendapat nasihat daripada `orang luar` kerana segala kepakaran yang mereka miliki sudah mencukupi.

Lebih daripada itu, Najib sempat melabelkan golongan yang meragui kemampuan dan keikhlasan niat kerajaan menganjurkan program berkenaan sebagai pengkhianat dan tidak patriotik.

PLKN dan kelam-kabutnya

Belum pun intake (pengambilan) pertama program kenegaraan itu menamatkan latihan mereka, situasi sudah kelam-kabut. Cuba para pembaca perhatikan catatan kecelaruan dan kepincangan berikut:

1. Seawal sehari sebelum pendaftaran memasuki kem latihan para pelatih dan kaum keluarga mereka terpaksa berdepan dengan kelemahan pihak penganjur di dalam menyediakan kemudahan logistik.
2. Terdapat kem-kem latihan yang masih belum siap sepenuhnya.
3. Pelatih lelaki menjalani latihan bersama dengan pelatih wanita, sedangkan di negara jiran Singapura latihan dijalankan secara berasingan.
4. Seorang Pembekal makanan serta-merta ditamatkan kontraknya kerana didakwa menyerahkan urusan tersebut kepada pihak kedua untuk mengaut untung berlebihan.
5. Pelatih beragama Islam tidak digalakkan bersolat jemaah. Fungsi surau tidak di manfaatkan sepenuhnya.
6. Berlaku beberapa siri pergaduhan yang melibatkan pelatih Melayu dengan bukan-Melayu.
7. Kalangan para pelatih wanita bimbang tentang tahap keselamatan persekitaran kem latihan mereka (asrama kediaman).
8. Terdapat beberapa kes yang melibatkan perbuatan yang dikatakan perlakuan sumbang di antara pelatih lelaki dengan pelatih wanita.
9. Seorang jurulatih dilaporkan merogol seorang pelatih wanita. Mungkin lebih dari satu kes.
10. Terdapat beberapa kes jurulatih membelasah pelatih.
11. 10 orang jurulatih meninggalkan kem latihan kerana mendakwa tidak dibayar gaji.
12. Terdapat kes para pelatih merusuh merosakkan harta benda orang awam kerana tidak senang dengan tindak tanduk penduduk tempatan.
13. Para pelatih berdemonstrasi kerana tidak puas hati dengan sikap jurulatih mereka.
14. Para pelatih wanita diserang histeria.

Mungkin ada sesetengah pihak, khususnya penganut Islam Hadhari, menganggap kes-kes yang berlaku di sepanjang program latihan yang baru bermula itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan bilangan peserta yang mencecah angka 80,000 orang.

Pengerusi Majlis Program Latihan Khidmat Negara Kol. Prof. Kangkong Dato’ Ahmad Fawzi Basri masih mahu menegakkan benang basahnya apabila meminta para ibu bapa pelatih supaya tidak mempertikaikan kredibiliti pihak penganjur. “Semuanya masih terkawal” demikian kata Fawzi.

Bekas boyfriend Ziana Zain pula menjelaskan bahawa pihak penganjur memang tidak punya masa yang secukupnya untuk menapis setiap orang jurulatih yang berjumlah lebih seribu orang.

Di masa yang sama pihaknya juga tidak menentukan sebarang kriteria untuk memilih para pelatih. “Remaja yang baik pun diwajibkan menyertai program dan yang bermasalah pun tidak akan terlepas.” begitu kata Najib ketika diminta mengulas kes pelatih merusuh di kem Sintok Kedah yang terletak di bawah batang hidung Fawzi Basri.

Program Loklak (*) Kelentungan Najib

Lihatlah betapa mudahnya Najib dan Fawzi mencari helah untuk menutup kelemahan mereka. Kalaulah anak gadis kedua-dua orang penganut Islam Hadhari itu turut sama menyertai program latihan apakah mereka akan menuturkan alasan yang sama?

Jawapnya tentu tidak! Sebab mereka pasti sayangkan anak gadis mereka. Tak taulah kalau Najib dan Fawzi merelakan anak gadis mereka dirogol demi menyempurnakan program khidmat negara!

Jelas apa yang digesa dan disanggah oleh wakil BA ketika membahaskan rang undang-undang PLKN di Parlimen dulu adalah betul.

Namun kini setelah suara-suara garang Hassan Ali, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar dan beberapa orang lagi jagoan BA lenyap dari Parlimen akibat penipuan Dolah Badawi-SPR pada PRU lepas,siapakah lagi yang mampu memulangkan paku buah keras kepada Najib? Mampukah Salahuddin Ayub, Dr Hayati Othman dan Abd Fatah Harun mengejek Najib? Mudah-mudahan mereka mampu!

PLKN itu lebih layak dipanggil Program Lagho Kelentungan Najib kerana semuanya jelas direncana sebagai persiapan bekas boyfriend Ziana Zain itu untuk mengambil alih tampuk Umno dan kerajaan dari Dolah Badawi menjelang p/raya umum 2009 nanti.

Cuba para pembaca bayangkan dalam tempuh setahun PLKN akan melahirkan 320,000 pelatih yang sudah diUMNOkan minda mereka. Darabkan jumlah itu dengan sekurang-kurangnya 3 siri latihan sebelum 2009 - jumlahnya hampir 1 juta. Dengan bilangan pengundi muda seramai itu dicampur dengan pengundi hantu apakah susah untuk BN mengekalkan kuasa menerusi pilihan raya?

Setakat ini PLKN telah menghabiskan RM 500 Juta wang rakyat! Kalau bukan Najib yang untung siapa lagi?

Apakata kalau Ziana Zain diundang sebagai artis jemputan untuk meraikan upacara tamat latihan para pelatih PLKN itu di mana-mana lokasi yang dipilih oleh Najib setelah dipersetujui oleh Rosmah Mansor, tentu tambah meriah!

- Inderaloka  - 21.04.2004 - (suntingan M@RHAEN)
(*) Loklak (loqlaq): Bahasa pekat Utara membawa maksud 'terlalu merapu', 'merepek' atau 'mengarut'
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN