Titiwangsa 1: 
Drs Suleiman Dendam, Jentera UMNO Berpecah

Oleh Insan Berguna


Peluang PAS untuk merampas kerusi Parlimen Titiwangsa dilihat cerah dengan perkembangan di Titiwangsa. Ini memandang berlakunya perasaan tidak puas hati dan dendam di kalangan pimpinan dan ahli di sekitar parlimen Titiwangsa.
 
Drs Suleiman tidak terpilih sebagai calon kali ini. Beliau dan para penyokongnya amat bengang dan jelas dilihat boikot jentera pilihan raya BN/UMNO di kawasan itu.
 
Calon UMNO, seorang muka baru, dikatakan bukannya orang aktif di kawasan itu dan dikirakan sebagai orang luar. Hanya kerana ibunya seorang veteran UMNO tidak bermakna para ahli dapat menerimanya dengan hati terbuka. Lebih ramai tokoh lain yang aktif dan berkepentingan di Titiwangsa yang boleh UMNO ketengahkan.
 
Di sekitar Kg Baru (kubu kuat Drs suatu masa dulu) dikatakan lengang tanpa sokongan padu untuk jentera BN/UMNO.  Poster-poster dilihat tidak semeriah BA.
 
Gambar-gambar berikut yang diambil sehari dua lepas jelas menunjukkan poster PAS/Keadilan membanjiri dan menenggelamkan poster UMNO/BN (malah setengah tempat tak ada langsung).
 
Lokasi foto yang diambil adalah di jalan-jalan utama di Kg. Baru seperti persimpangan Jalan Raja Muda menghala ke Jalan TAR, Jalan Raja Abdullah menghala ke Masjid, Jalan Raja Musa selepas pintu gerbang menghala ke flat dan Jalan Raja Alang dari flat menghala ke Masjid.
 
Lihat sendiri dan bersyukur sambil kita teruskan kesungguhan untuk menawan Titiwangsa kali ini.
 
Sekian
Ibrahim Baba
19 Mac 2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com (tidak berfungsi untuk sementara waktu)
Hantar artikel ini kpd sahabat:
Pemandangan sekitar Jalan Raja Abdullah
Pemandangan sekitar Jalan Raja Musa
Pemandangan sekitar Jalan Raja Alang


Sertai Maillist M@RHAEN