Pak Lah Suruh BPR Bertindak - Indah Khabar Dari Rupa
Oleh Insan Berguna


Sedap dibaca bila tajuk akhbar memaparkan Pak Lah arah BPR siasat dan bertindak terhadap dua orang UMNO yang ditangkap cuba merasuah calon BA untuk tarik diri.

Namun, jangan kita tertipu. Ingatlah bahawa mereka ini telah tidak boleh kita percaya selama-lamanya - selagi mereka tidak bertaubat dan minta maaf dengan DSAI dan keluarganya kerana menuduh DSAI liwat tanpa bukti. (http://marhaen.web1000.com/mar_a_ib31.html).

Jangan kita tertipu: hendaklah BERHATI-HATI dengan taktik mereka seterusmya.

Kemungkinan 1:
Malam sebelum pilihan raya, BPR akan umumkan siasatan telah dibuat dan mereka ini sebenarnya diupah oleh orang BA untuk menyamar sebagai ahli UMNO dan untuk ditangkap ketika hendak merasuah. Boom! Tak sempat kita nak counter. Rakyat tertipu lagi.

Kemungkinan 2:
Mereka berdua ini, diugut dan dipaksa membuat pengakuan dalam TV, bahawa mereka diupah untuk menyamar dan merasuah calon BA kemudian bila tertangkap tuduh UMNO yang suruh.

Kemungkinan 3:
Pelbagai lagi yang mungkin akan direkakan oleh jentera BN/UMNO untuk memutarkan suasana yang kini merosakkan imej mereka supaya dapat dilontar kesalahan dan memfitnah BA pula, dan tak sempat nak dijawab.

Oleh itu bersedialah.

Yang menarik kita dapat lihat bagaimana Rashid SPR telah membuat kenyataan yang menyebelahi mereka yang kena tangkap bahawa mereka ini tidak melakukan kesalahan akta pilihan raya.

Kita sudah nampak Rashid cuba mengalih pandangan dari isu sebenar. Dan cuba membersihkan nama UMNO. Cepat-cepat Rashid pertahankan sumber rezekinya.

Awasi TAKTIK KOTOR ORANG-ORANG YANG TIDAK BOLEH KITA PERCAYA selama-lamanya.

Sekian.
Ibrahim Baba
18 Mac 2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com (tidak berfungsi untuk sementara waktu)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN