Isu Serangan Peribadi: Di Mana Ulama-Ulama Ini Semasa DSAI Dihina?
Oleh Insan Berguna


Sepanjang tuduhan fitnah ke atas DSAI dulu seluruh negara dijaja malah di merata dunia. Fitnah ini dilakukan oleh Mahathir dengan sedar dan berniat jahat dan dibantu oleh beberapa kuncunya. Mereka tidak henti-henti menaburnya dan disambut dengan ghairah oleh media-media utama negara.

Persoalannya ialah di manakah pergi para ulama UMNO yang kini galak membela pemimpin mereka dalam pilihan raya kini dalam isu fitnah-memfitnah juga. Dalam berita malam ini, Ismail Ibrahim, Noh Gadut dan beberapa lagi memberi beberapa hujah betapa salahnya fitnah-memfitnah itu.

Kenapa para ulama ini takut hendak tegur Mahathir dan pimpinan UMNO bahawa tuduhan fitnah yang mereka lakukan terhadap DSAI itu adalah berdosa - dosa besar. Disebut dalam Quran.

DSAI dihina siang malam. Dihina secara live oleh PM Mahathir sekali dengan aksi tangannya. Bukan setakat itu sahaja, malah dibuat pelbagai gambar dan VCD untuk diedarkan seluasnya bagi membenarkan tuduhan palsu mereka.

Ditambah lagi terdapat ramai sekutu-sekutu mereka baik dari pihak polis, pendakwa, saksi-saksi rekaan termasuk mereka yang akhirnya disiksa dan diugut untuk mengiyakan fitnah mereka.

Namun Allah Azzawajalla telah pun menyebut dengan jelas dalam ayat yang melarang manusia membuat tuduhan zina (liwat) terhadap seseorang tanpa bukti dengan hukuman sebat dan mereka yang membuat fitnah ini tidak boleh kita dengar lagi cakap mereka selama-lamanya (Allah menyebutkan perkataan ‘abadan’ (selama-lamanya) selagi mereka tidak bertaubat dan memohon maaf dengan orang yang mereka fitnahkan.

Maka bagi IB mudah sahaja, semua orang yang sekongkol dengan Mahathir dan UMNOnya dulu yang bersungguh membuat fitnah itu masih belum bertaubat dan memohon maaf dari DSAI. Maka sayugialah kita mematuhi ayat Allah bahawa mereka ini kita tak boleh percaya selama-lamanya. Sampai sekarang. Dan apa-apa janji mereka dalam pilihan raya ini lagi JANGAN percaya. Ini termasuk Pak Lah. Ini termasuk sesiapa lagi yang percaya dengan tuduhan fitnah rekaan Mahathir dan UMNO dan menyebarkan cerita itu.

JANGAN PERCAYA MEREKA ABADAN (selama-lamanya)

Sekian
Ibrahim Baba
16 Mac 2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN