Kenapa BN Perlu Adakan Pilihan Raya Umum Sekarang?
Oleh Insan Berguna


Pelbagai ramalan dan khabar angin tentang tarikh pembubaran parlimen dan pilihan raya umum telah kita dengar. Dengan pembubaran parlimen yang telah disahkan tengah hari (3 Mac) tadi maka terbuktilah bahawa parti pemerintah yang memegang majoriti di parlimen itu tidak dapat menunggu tempoh penggal yang penuh sebelum terpaksa mengadakan pilihan raya yang lebih awal.

Tetapi mungkin tidak ramai yang mempersoalkan kenapa perlu diadakan sekarang walaupun tempoh untuk wajib diadakan pilihan raya umum masih lebih 6 bulan untuk tamat.

Kalau pilihan raya umum tidak dibuat sekarang, mahu tidak mahu, pilihan raya untuk DUN Sabah terpaksa juga diadakan pada bulan depan. Ini kerana tempoh penggal untuk Sabah yang telah mengadakan pilihan raya lebih awal pada tahun 1999 dulu telah genap 5 tahun.

Dan apabila Sabah mengumumkan pembubaran DUNnya, maka dua lagi DUN yang dikuasai oleh Barisan Alternatif akan turut mengumunkan pembubarannya masing-masing.

BN telah menggunakan keputusan pilihan raya yang memihak kepada mereka pada 1999 untuk menunjukkan sokongan rakyat di Sabah telah pulih kukuh di belakang BN selepas isu DSAI. Ini untuk digunakan advantage untuk mereka apabila pilihan raya umum dilaksanakan pada November 1999.

Namun kini, Kelantan dan Terengganu telah mengatakan bahawa mereka akan menuruti Sabah dalam pembubaran DUN masing-masing.

Maka jika diadakan pilihan raya Kelantan dan Terengganu lebih awal dari pilihan raya umum, yang amat ditakuti mereka ialah PAS/BA kekal memegang kedua-dua negeri tersebut. Dan ini akan membawa implikasi besar kepada pilihan raya umum selepas itu.

Menurut kajian dalaman mereka, BN tidak akan dapat menumpaskan PAS/BA di kedua-dua negeri itu walaupun mereka yakin dapat menambahkan kerusi. Tetapi itu tidak cukup untuk meyakinkan rakyat umum dan terutamanya masyarakat pantai barat dan bandar yang lebih akses kepada maklumat untuk percaya propaganda BN.

Maka, mahu atau tidak, sesuai atau tidak masanya, pilihan raya ini terpaksa juga diawalkan sebelum tempoh DUN Sabah telah menjadi terlalu suntuk.

PAStikan kita gandakan usaha dalam 2-3 minggu ini agar keadilan kekal di bumi tercinta ini.

Sekian.
Ibrahim Baba
3 Mac 2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN