Sungguh Hinanya Mereka 12 Orang
Oleh Insan Berguna


Seperti kata Raja Petra, perginya mereka ber-12 dikeji rakan lama tetapi disyaki pula oleh rakan baru. (The Trouble With Defecting) (Terjemahan) Begitulah kesiannya mereka ini.

Semenjak peristiwa itu, IB sempat bertemu beberapa orang barisan pelapis muda pimpinan UMNO termasuk beberapa orang SU (sulit/politik dsb) para menteri. Tidak seorangpun yang menerima mereka dengan tangan terbuka. Malah ramai dari mereka mencemuh tindakan 12 orang pembelot ini dan kesemuanya mengatakan kesangsian tindakan mereka.

Antaranya ada yang mempersoalkan apa gunanya perjuangan mereka selama ini. Dengan kesusahanya yang telah dilalui. Tekanan dari pelbagai pihak. Yang dipenjara, dipenjaralah. Yang dipukul dan disiksa semasa ISA (sampai lebam dan pelbagai) tak berbaloi kerana akhirnya menyerah kalah. Apa gunanya mengharungi ranjau itu semua kalau akhirnya melutut juga. Baik dari dulu lagi tak bersusah payah. Tak sakit. Tak tertekan. Bisnes pun tak terbungkus.

Sesetengah mereka yang IB berbual itu ada yang mengatakan geng 12 tidak pandai berunding. Kesesuaian masa belum baik. Pokoknya pakej mereka ini tidak berbaloi dan tidak terjamin. Terlalu banyak janji dan syarat yang mungkin tak sampai separuh sahaja dapat apa yang dijanjikan.

Salah seorang dari SU yang IB temui (pernah bersimpati dengan DSAI satu ketika dulu), mengatakan sekurang-kurangnya, aturlah pakej untuk DSAI sekali. Ini tidak. IB tanyakan bagaimana dia pasti geng 12 tidak buat deal untuk DSAI. SU ini dapat beri kepastian 100%. (dan disebut hujah dan maklumat lain yang mana IB tak boleh sebut kerana akan terbongkar identiti SU ini).

Seorang lagi yang IB temui mengakhiri perbualan dengan mengatakan bahawa DSAI amat tepat melaungkan slogan Usah Bicara Soal Perjuangan Jika Takut Akan Risikonya. Begitulah pengajaran buat yang 12 dan lain-lain lagi yang akan turuti langkah para pembelot dan pengecut ini.

Dan kerana slogan inilah DSAI akan kental dan akan meneruskan prinsipnya. Maka agak sukarlah untuk kita percaya khabar angin dan berita palsu yang cuba diperangkapkan bahawa DSAI akan dilepaskan selepas pilihan raya nanti.

Sekian
Ibrahim Baba
18 Februari 2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN