Hisham Dan Datuk Dia, Adalah Pembelot Sebenar Orang Melayu
Oleh: I - Laman M@RHAEN
Tuan webmaster, assalamualaikum.

hisham dan datuk dia, adalah petualang melayu sebenar..
sebab zaman datuknyalah,
u.m.n.o. bersekongkol dan berpakat dengan penjajah kapir british mengharamkan parti KMM (Kesatuan Melayu Malaya) dan HIZBUL MUSLIMIN yang memperjuangkan kemerdekaan sebenar.


1. Dan Ketahuilah bahawa:

u.m.n.o. Sebenarnya Lemah,

u.m.n.o. tidak kuat,
u.m.n.o. sebenarnya berkuasa dengan penipuan,
TV media bolot sorang,
apa hak u.m.n.o. menggunakan media Kerajaan/media Rakyat untuk publisiti murahan perhimpunannya ???
jika tidak kerana tipunya spr, u.m.n.o. tidak menang mudah pilihanraya lepas,

orang menipu tidak pandai,
u.m.n.o. menang Tipu, Elaunnya Haram,
perjuangan menipu tidak kuat,
u.m.n.o. menipu kerana tahu dia Lemah,

u.m.n.o. merasuah kerana perjuangan u.m.n.o. tidak ikhlas,
u.m.n.o. menekan dan menindas kerana asas u.m.n.o. tidak kukuh.
sebab itu putri, wanita dan pemuda u.m.n.o. Gabra menutup pintu,
takut hilang kedudukan, tahut hilang kuasa, takut hilang projek, takut hilang keistimewaan, takut hilang kemewahan, takut jatuh, takut hilang tali u.m.n.o, takut segalanya.

2. u.m.n.o. politik suku sakat:

u.m.n.o. tidak demokratik dan tiada wibawa,
u.m.n.o. tidak berpaksi pada falsafah perjuangan murni,
u.m.n.o. politik berpuak, yang sangat kuat sentimen kaum.
u.m.n.o. politik salah guna kuasa dan oportunis,
u.m.n.o. politik suku sakat dan kroni,
apabila putri, wanita dan pemuda u.m.n.o. tutup pintu kerana jaga suku sakat dan kroni.

yang meneruskan agenda u.m.n.o. sekarang adalah anak-cucu ahli u.m.n.o,
suku sakat dan kroni,
yang cuba menegak benang basah,
putri putra yang tak faham erti perjuangan Murni,
hanya ikut mak, nenek, bapak yang telah terlanjur dengan penyimpangan u.m.n.o.

contohnya, tengok pimpinan pemuda,
anak madey,
anak husin onn,
anak merican, anak mamak dll yang bukan melayu sepenuhnya,
lidah ular dan pengampu belaka mengikut budaya kasta mereka,
terlalu kuat membodek,
hujah mengampu seperti zambri exco dalam persembahan debatnya di tv1 tempoh hari.
pengampu seperti inilah Petualang Sebenar Bangsa Melayu kerana bila mereka berkuasa nanti, mereka mahu orang lain mengampu mereka pula.
tengok budaya madey dulu, sudah terbukti bodek, jilat dan ampu merata negara.

melayu u.m.n.o. pula masing-masing jadi pengikut,
jadi tukang angguk saja, ketakutan.
Bila tiba ketika nanti masing-masing tunjuk lagak pula,
nak isi tembolok, nak tunjuk kuasa, cabar-mencabar, gaduh dan kecoh merata tempat,
rakyat juga yang susah.

3. Siapakah jaguh Kebenaran dalam u.m.n.o.?

Sekarang, masih adakah jaguh pemimpin rakyat marhaen dalam u.m.n.o. ???
Jelas nampak kedaifan penyambung perjuangan nasionalis sekular u.m.n.o,
mereka tidak tahu erti ketabahan,
tidak faham keikhlasan memperjuangkan Agama Islam, bangsa dan negara,
yang muda semua nak cepat naik untuk pangkat, kuasa dan harta.

tidak tahu erti kesusahan dan kesabaran,
tidak berpegang kepada konsep kebenaran,
kerana mereka diasuh dalam kesalahan,
kerana mereka dari kelompok keluarga yang tidak kira halal dan haram,
(contohnya ada keluarga u.m.n.o. peringkat negeri beraya sakan bila mendapat habuan/kebas 500 ribu dari wang kempen pru, dibelinya perabot mahal, kereta dan untuk bersuka-suka bagi perabis duit tu. Dibuat main-main hidup ini. Sebab panas duit itu, habis begitu saja 500K.)

Rakyat juga yang susah, gigit jari,.. Kesian bangsa melayu ditipu lagi oleh pejuang u.m.n.o.

4. u.m.n.o. telah punah:

u.m.n.o. berjuang di atas landasan tidak jernih,
u.m.n.o. akan kalah juga akhirnya,
kerana awalnya bermuka-muka dengan kapir british,
dan kini landasan u.m.n.o. tersasar jauh dari kebaikan,
seantero dunia sudah tahu,
Tiada ketelusan, akauntabiliti, keikhlasan dan kejujuran dalam u.m.n.o.
mana ada pelabur asing saja-saja nak bawa masuk duit ???
Kini u.m.n.o. dan pemimpinnya tiada lagi wibawa sejati.

u.m.n.o. telah punah dan kian hancur,
sangat susah hendak perbetulkan u.m.n.o. kerana tunjangnya tidak baik dan jujur,
daun, buah dan tunas dari pokok u.m.n.o. berulat,
rakyat yang tiada hubungan kekeluargaan dengan u.m.n.o,
takut menghampiri dan tidak mahu mendekatinya,
apatah lagi putri, wanita dan pemuda teramat Gabra menutup pintu u.m.n.o. kerana mahu menjaga suku sakat dan kroni.

Rakyat tahu pemimpin u.m.n.o. suka berbohong untuk kuasa,
pemimpin u.m.n.o. suka berjanji palsu untuk mengabui Rakyat,
malahan pemimpin u.m.n.o. menipu, menakutkan dan merasuah Rakyat,
u.m.n.o. masih menekan, menindas, mengISAkan Rakyat untuk mempertahankan pemerintahan kuku besinya.
u.m.n.o. telah lali dengan pesta dan maksiat,
u.m.n.o. suka menaja dan menggalak kerja-kerja jahat untuk menyesatkan Rakyat,
penyelewengan, tiada ihsan, tidak demokratik, kawalan keterlaluan dan autokratik adalah u.m.n.o. kini yang mewarisi budaya penjajah kapir british,
Sebenarnya, Tanah Air ku belum merdeka lagi.

5. melayu lain pembelot !

luahan pemuda dan wanita u.m.n.o. tahun 2004 ini sangat jelas menggambarkan berpuak-puak dalam u.m.n.o. yang sangat tebal;
"semua ini aku punya, orang lain tak boleh masuk..semua pembelot!"
"kek negara aku putri, putra dan wanita u.m.n.o. saja nak makan sorang,"
"melayu lain tak boleh, kerana pembelot!"

Telunjuk lurus Kelingking berkait,
itulah pimpinan u.m.n.o. sekarang,
ampu-mengampu, tepok berdiri menjadi adat u.m.n.o,
dulu ampu british, sekarang ampu ketua u.m.n.o. sendiri,
berpura-pura menjadi amalan u.m.n.o. dan telah sebati.

Jangan dekati u.m.n.o. lagi, wahai Bangsaku!

6. siapakah pemimpin pembela dari u.m.n.o. ?

u.m.n.o. tidak membela segera saudara Islamnya ketika teraniaya,
malah telah menghina bekas Timbalan Presiden u.m.n.o. sendiri,
yang telah dianiaya, dihina, diaibkan, difitnah dan dizalimi oleh pemimpin u.m.n.o. sebelum ini,

dan kini tiada pun perubahan, malah sambung-menyambung pula oleh pemuda, wanita dan putri u.m.n.o. menghina dengan kata nesta,
masihkah para pemimpin u.m.n.o. tidak mahu membela segera bekas Timbalan Presiden u.m.n.o. sendiri ketika dihina dengan kata nesta Pembelot! ???

itulah kemuncak kebebalan, kejahatan dan kedaifan u.m.n.o.
Sesungguhnya, orang-orang yang menegur mu ke jalan kebaikan adalah mereka yang sayang kepada mu,
Pandanglah yang benar itu benar, dan yang salah itu tetap salah.
 

7. Ikut Jalan ALLAH dan Ulama' Muktabar:

InsyaALLAH, akhirnya jatuh jua u.m.n.o. kerana kedegilan, kejahilan dan kejahatannya.

Kerana ALLAH itu Maha BAIK.
Segala yang berlawanan dengan ALLAH akan kalah juga,
kebatilan, penipuan, kejahatan, penindasan, penyelewengan akan tewas dan lenyap oleh Kebenaran dan Maha HAQnya ALLAH.

u.m.n.o., pemimpin dan penyambung pimpinannya menghancurkan diri sendiri,
kerana Tamak, menipu, mencaci, seleweng duit negara, mempermainkan hidup orang lain,
pendokong u.m.n.o. kini leka memikirkan kuasa, leka mempertahankan kuasa, leka berebut kuasa dan leka berpesta,
dari memikirkan masalah Agama Islam, Akhlak, Akidah umat, Ekonomi Melayu dan Bahasa Melayu itu,

Sementalah pula, u.m.n.o. tidak mahu berhukum, melaksanakan dan menegakkan syariat ALLAH SWT.

u.m.n.o. akan cepat musnah apabila, memperkecil dan mempersenda Alim Ulama Islam,
meremeh dan memperlekeh hukum ALLAH SWT,

ALLAH U AKBAR!
ALLAH U AKBAR!
ALLAH U AKBAR!

Kiriman: I - 23.09.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: