Keberanian Dalam Kebodohan Tiga Abdullah
Oleh Husayn Rowhani
Keberanian Pak Lah yang bodoh (barua Dr. Mahathir) membiarkan proses undang-undang berjalan telah memukau kelibat sebahagian besar pemimpin pembangkang. Penentang Pak Lah kini telah kehilangan kata-kata mereka. Mungkin situasi ketika ini, Ustaz Hadi dan Wan Azizah agak serba salah untuk memilih antara terus mengasak atau bertolak-ansur dengan Pak Lah ekoran sedikit keberanian Pak Lah memukat jerung-jerung seperti Kasitah Gaddam dan Tan Sri Eric Chia atas pertuduhan rasuah.

Namun saya berkesimpulan selagi Pak Lah gagal/enggan membawa Dr. Mahathir (dan dirinya sendiri) ke muka Mahkamah di atas pelbagai pertuduhan; rasuah, penyalahgunaan kuasa, perang Memali dan yang terpenting seperti pandangan Hishamuddin Rais, dosa yang paling akbar UMNO/BN ialah memperbodohkan rakyat! Maka selagi itulah segala tindakan Pak Lah hanyalah sekadar kosmetik untuk satu persembahan pentas bagi mendapat tepukan gemuruh dari rakyat.

Wahai Pak Lah, kami tidaklah sebodoh Salahuddin Ayyub yang mengiakan kezaliman Ezam Mohd Nor ke atas teman-temannya dan kami juga tidaklah sepenakut seperti Ustaz Hadi yang gementar dengan penjara. Tindakan kosmetik ini sesekali tidak akan mengabui mata kami bahawa kehadiran Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah petunjuk kuat bahawa dunia sekarang di ambang kezuhuran Imam Al-Mahdi. Pemimpin yang bernama Abdullah adalah oposisi kepada legitimasi kepimpinan Imam Al-Mahdi termasuk Pak Lah.

Sebelum kezuhuran Imam Al-Mahdi, akan muncul beberapa pemimpin dalam dunia Islam yang bernama Abdullah sebelum akhirnya dinoktahkan dengan pelantikan Putera Mahkota Abdullah sebagai Raja baru di Arab Saudi mengantikan King Fahd. Dan, kesemua kepimpinan negara di bawah mereka yang bernama Abdullah pada akhir zaman pastinya akan membawa watak pengkhianat terhadap perjuangan Islam angkara kebodohannya.

Jika Abdullah Jordan sanggup berdamai dengan Israel dan Abdullah Arab Saudi mengemukakan cadangan pendamaian bodoh dengan Israel manakala Abdulllah Malaysia telah mengkhianati amanah sebagai pengerusi OIC dan NAM. Pak Lah sekadar melepek (pinjam kata-kata Lokman Noor Adam) sambil menunggu kecaman dan kritikan tanpa ada satu sikap proaktif ke arah membebaskan Baitul Muqaddas. Inilah namanya pengkhianatan halus terhadap perjuangan Islam. Sewajarnya Pak Lah berani bertempur dengan Bush-Blair selaku Pengerusi OIC bukannya cakap benda yang remeh-temeh yang langsung tidak mengerakkan kebangkitan ummah di seluruh dunia. Malulah sikit dengan Syria, Iran dan Libya!

Pemimpin spiritual Republik Islam Iran (negara pendukung kepimpinan Imam Al-Mahdi), Ayatollah al-Udzma Sayyed Ali Khamenei dalam satu kenyataannya yang dipetik dari IRIB telah menempelak kepincangan kepimpinan Pak Lah selaku pengerusi OIC yang disifatkan gagal menyuarakan suara dunia Islam. Saya sebagai rakyat Malaysia merasa amat malu bagaimana negara kita langsung tiada kredibiliti untuk memimpin OIC yang sebelum ini Malaysia dilihat bertungkus-lumus dalam merebut jawatan ini. Dan, yang lebih memalukan lagi kita sedang dipimpin oleh seorang pemimpin yang bodoh (maaf, sebenarnya amat-amat bodoh!).

Pak Lah ingat dengan mendakwa Eric Chia dan Kasitah Gaddam (yang langsung tidak popular itu) boleh menafikan label bodohnya. Sesekali tidak! Pak Lah boleh menipu Barisan Alternatif tetapi bukannya insan seperti saya. Pada saya, berjuang untuk membawa Malaysia ke arah meletakkannya dalam peta negara pendukung Imam Al-Mahdi adalah satu ibadah. Mudahnya, menentang Pak Lah yang dungu adalah ibadah selagi mana kepimpinan negara tidak terarah di bawah legitimasi kepimpinan ilahi –Imam Al-Mahdi.

Saya sebagai anak muda mencabar Pak Lah untuk melaksanakan dua perkara mendesak:-
1. Antarabangsa; letak jawatan sebagai Pengerusi OIC atau ambil satu sikap proaktif ke arah membebaskan Baitul Muqaddas.
2. Nasional; membiarkan proses undang-undang berjalan bagi mendakwa anak-anaknya atas pertuduhan rasuah dalam pemberian kontrak makanan ATM, mendakwa Dr. Mahathir di atas kezaliman Memali dan penyalahgunaan-kuasa, mendakwa Khir Toyo dan 2R (Rafidah dan Rahim) atas pertuduhan rasuah.
Jika tidak, sahlah Pak Lah memang bodoh! Saya akan menunggu tindakannya…

Husayn Rowhani
husaynrowhani@yahoo.com  - 16.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN