Ruslan nak turun padang....
Oleh: HC (Honda Civic)
Berita BERNAMA: Ruslan kata dia nak turun padang,

"Keduanya, kami menyatakan kami sedia untuk turun ke padang bila-bila masa untuk memberikan bantuan agar apa-apa yang dihasratkan oleh beliau (Abdullah) akan terlaksana," katanya.

>>> Silalah turun padang, wahai Ruslan oi. Tak sabar den nak tengok muko ekau tu atas pentas umno pulak. Agaknya sama tak gaya ekau sekarang dengan gaya ekau dulu. Kalau boleh bagi sama, wa respek la woi.



Mengenai dakwaan bahawa mereka menerima habuan tertentu dalam mengambil keputusan itu, Ruslan berkata perkara itu perlu disertakan bukti.

>>>Ewah...macam majistret pulak dah ekau ni jang. Nak pakai bukti segala. Ops..memang pun ekau bekas majistret, sorry. Tapi Allah punya kuasa, permohonan kau dimakbulkan Allah, tak sampai 12 jam bukti sudah datang. Zoolhilmi is your eye-witness, my lord, and a would-be accomplice to youself. He is not a heresay witness mind you. Please note that in your court proceeding, sir.

Tapi tak apalah, aku percayalah kau masuk UMNO kerana ikhlas tanpa dijanjikan sebarang ganjaran. Mungkin kau tersilap agaknya dulu ketika keluar daripada UMNO tu. Tersilap selama 5 tahun tu jang. Bukannya sokojap tu. Kalau masuk UMNO tu kau kira ikhlas, yang keluar UMNO dulu selama 5 tahun tu nak namakan apa? Ikhlas juga kah? Banyaknya kau punya ikhlas ni Lan.

Jadi kau pun ikhlas lah juga ketika masuk Keadilan dulu kan? Memang lah ikhlas sebab Keadilan dan BA tidak menjanjikan apa-apa, bahkan meminta-minta lagi daripada penyokongnya, itu semua orang tahu. Jadi kau ikhlas masuk UMNO dan kau pun ikhlas juga masuk Keadilan. Memang bagus lah kau ni. Tak pernah aku jumpa orang seikhlas kau ni. Kau memang tergolong di dalam kalangan orang yang al-mukhlisin gitu.

Menjawab pertanyaan lain, beliau menyifatkan kumpulan yang menyertai Umno itu sebagai penggerak utama Keadilan. "Mereka yang saya sebutkan ini memegang begitu banyak jawatan. Ini jelas menunjukkan mereka adalah penggerak utama Keadilan. Jawapan mutlaknya tunggu pilihan raya. Kita tengok berkesan atau tidak keluarnya kami dari Keadilan," katanya.

>>>Garang benar bunyinya tu Lan. Macam nak balas dendam aja. 'Kesan' apa yang kau nak tunjukkan tu Lan oi? Oooo...kau nak tunjukkan bahawa langkah bijaksana kau ni akan menyebabkan lebih ramai pengikut Keadilan keluar parti dan membelot ke arah UMNO? Sebijik macam kau yang belot, tunjuk muka tak tahu malu dalam tv tu?

Jadi kau banggalah bahawa tindakan kau ini akan menyebabkan ramai lagi penyokong Keadilan keluar parti dan masuk UMNO balik macam kau tu? Dah lah kau tu tak tahu malu, kau nak suruh ornag lain jugak jadi muka macam kau? Inikah janji yang kau buat kepada UMNO ketika menerima sampul berisi RM25,000.00 downpayment itu?

Berapa kali kau cuba acting depan cermin nak cakap macam tu Lan? I know you Lan. It must be difficult kan? It's ok. You'll get used to it soon. In fact that was a nice start.

Cuma jangan lupa, nanti dalam ceramah UMNO karang, jangan tersasul suruh orang bertakbir pulak, atau terkeluar pulak REFORMASI! Ingat, masa tu nanti ada Siti Nurhaliza kat atas stage tu. Hilang mood dia nak menyanyi karang. Akibatnya baki lagi RM475,000.00 tu kira burnt dengan kau-kau sekali.

Hai Lan, Lan. Kalau BN menang sekali lagi tak apalah jugak. Tapi kalau BA yang menang karang, susah jugak kan?

Salam,
- HC (Honda Civic)
honciv@yahoo.com - 12.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN