Kisah Ruslan Menjual Maruah: Kuasa Allah Melahirkan Saksi
Oleh: HC (Honda Civic)
Kalau diperhatikan di dalam setiap kes pengkhianatan selama ini, akan ada seorang dua saksi yang dilahirkan untuk mendedahkan apa-apa peristiwa penting yang berlaku itu.

Ketika para pengkhianat agama dan bangsa berkumpul untuk merencanakan kejatuhan dan keaiban Anwar pada 1998, saudara Raja Komando telah diutuskan untuk menjadi saksi di dalam permesyuaratan tersebut. Beliau telah dijemput untuk menyertai komplot peringkat tertinggi itu.

Beliau yang kemudiannya berfikir dan bertafakur serta bermunajat kepada Allah di dalam keretanya sejurus selepas selesai mesyuarat tersebut, terus membuat keputusan untuk tidak menyertai komplot jahat tersebut. Seterusnya beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan peristiwa pengkhianatan tersebut ke seluruh negara.

Kini satu lagi peristiwa pengkhianatan ke atas agama dan bangsa bertaraf tinggi berlaku lagi. Sekali lagi Allah telah melahirkan seorang lagi saksi untuk melakukan pendedahan mengenainya, saudara Zoolhilmi Yahya. Beliau jelas tidak boleh dibeli dengan wang ringgit setakat ini. Tetapi yang penting ialah testimoni beliau mengenai apa yang berlaku terhadap dirinya yang turut dihulurkan wang rasuah untuk menjual diri dan ruhnya kepada syaitan.

Ketika pulang ke rumah sebentar tadi, orang rumah ambo terus menerpa dan memberitahu mengenai apa yang dilihatnya di kaca tv tadi, bagaimana puak-puak pengkhianat perjuangan Islam dan kebenaran ini telah berjabat tangan dan menCIUM tangan Pak Lah, kecuali seorang...Ruslan Kasim.

Pada ketika ini, ambo merasa begitu kasihan kepada saudara Ruslan. Ini kerana seorang yang seperti beliau tidak seharusnya melakukan pengkhianatan seumpama ini, walaupun di sepanjang sejarah perjuangan agama dan kemerdekaan, individu yang jauh lebih 'beragama' dan lebih karismatik daripadanya pernah menjual diri mereka kepada syaitan.

Tetapi masih tidak tergamak nampaknya saudara Ruslan hendak mencium tangan seorang pemuka UMNO ini. Tidak mengapalah, beliau mungkin dalam tempoh peralihannya. Mungkin beliau masih perlu adjust dengan suasana barunya sebagai seorang pengkhianat agama dan bangsa serta prinsip murninya selama ini.

Prinsipnya selama ini bahawa UMNO itu sejenis parti yang tidak boleh didekati, bahawa saudara Anwar itu telah dizalimi, bahawa perjuangan beliau ketika itu adalah yang benar, dan UMNO itu adalah segalanya yang kotor dan jijik. Kini UMNO itulah yang benar dan bersih, UMNO itu Islamik, bahawa saudara Anwar itu tidak dizalimi. Bahawa saudara Anwar itu sememangnya patut dipenjarakan dan ditumbuk sehingga lebam dan tidak harus dikeluarkan dari penjara selama-lamanya. Inilah prinsip baru yang dipegang saudara Ruslan.

Saudara Ruslan kini menjadi saksi yang membuktikan bahawa politik itu sememangnya kotor, bahawa sama sahaja UMNO dengan PAS, dengan Keadilan, dengan PRM. Bahawa tidak perlulah kita nak terlalu beremosi sangat dengan kisah dia masuk UMNO semula...sama sahaja semuanya.

Tetapi setakat siaran tv sebentar tadi, saudara Ruslan masih belum dapat menerima hakikat itu sepenuh jiwanya. Masih ada saki-baki rasa malu dan sesal dalam dirinya terhadap rakyat marhaen hasil pengkhianatan ini, terhadap rakan seperjuangan, terhadap ahli partinya dan ya... pengkhianatannya terhadap marhaen yang dahulunya teruk dibelasah polis dan FRU semasa berdemo di jalanan, disumbat ke dalam lokap dan yang hilang pekerjaan mereka akibat semua itu.

Tetapi tidak lama lagi, saudara Ruslan pasti akan 'get over it'. It's just a matter of time, kata orang kan. Mungkin besok saudara Ruslan sudah jadi orang baru,
kalau tidak pun 'orang kaya baru'. Saudara Ruslan dan rakan-rakan sepengkhianatnya akan berjiwa baru selepas ini. Bersiap-siaga untuk menempuh sejenis perjuangan baru, whatever that is.

Segala kepayahan hidup akan dapat diatasi selepas ini. Ada lah sedikit modal untuk buat meniaga contohnya. Kalau dilaburkan wang sejumlah itu boleh tahan juga kan Lan? Tak payah nak kerja, kutip dividen sahaja. Atau tambah down-line dalam MLM, taja orang bawah dalam Shaklee ke...lumayan juga tu. Ish...pendek kata banyaklah yang boleh dibuat dengan wang sebanyak M500,000.00 tu kan. Takda lah pening lagi macam dulu.

Ya, saudara Ruslan akan menjadi orang baru mulai besok. Seorang PENGKHIANAT perjuangan agama dan bangsa. Peristiwa ini akan dicatit dalam sejarah bangsa kita untuk beberapa dekad akan datang. Betapa seorang yang begitu berani menentang sebuah regim zalim satu ketika dahulu kini telah menjual dirinya kepada regim tersebut dengan hanya RM500,000.00, ansuran.

Bagi kita semua, ini bukan tentang wang dan keselesaan hidup. Tetapi tentang harga diri. UMNO terbukti lagi sebagai sebuah parti yang membeli harga diri manusia yang berprinsip goyah. Inilah Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional yang sangat berjaya. Kaedah membeli harga diri manusia bukanlah satu kaedah yang suci bahkan begitu menjijikkan. Tetapi lebih hina lagi manusia yang sanggup dirinya dibeli sedemikian rupa.

Apa perasaan saudara Anwar di dalam sana, Lan? Saudara Anwar mungkin tersenyum gembira agaknya, kan Lan? Sebab anda akan membebaskannya dari dalam UMNO. Itukah sebabnya anda masuk UMNO semula? Nak bebaskan saudara Anwar? Kalau begitu, apa nak buat dengan RM500,000.00 itu Lan? Pakailah dulu, benda lain nanti kita kira lainlah.

Inilah yang menjadi dilemanya, sebab semua orang dah mendengar pengakuan saksi mata dan telinga saudara Zoolhilmi. Saksi ini menyebut bahawa anda semua telah dijanjikan dengan wang sebanyak itu dan bahawa satu sampul berisi wang telah diberi sebagai downpayment nya. RM25,000.00 tu kira macam 10% kah? Ewah, macam beli kereta pulak rupanya. Boleh pakai ansuran gitu.

Pasal apa Najib bayar downpayment macam ni? Kenapa tak bayar tunai sahaja? Tak caya ke kat puak-puak ni? Yang puak-puak ni pulak boleh percaya ke Najib akan membayar bakinya? Ada sebarang perjanjian bertulis tak? Ish, bahaya tau kalau tak ada perjanjian bertulis. Ruslan tentu arif hukum fiqah (bekas Majistret lah katakan) bahawa apa-apa perjanjian berkenaan hutang, yang besar jumlahnya pulak tu, haruslah dibuat secara bertulis, dak gitu Lan? Besok elok ekau suruh Najib tu tuliskan perjanjian tu jang oi.

Najib nak caya macamana? Najib pun tahu depa tu merupakan para pembelot terbesar dekad ini. Pasal itulah dia bagi downpayment dulu. Kalau bagi cash, besar risikonya kan Datuk Seri? Maknanya Datuk Seri kita ni pun bijak juga orangnya. Takkan senang-senang dia nak caya kat para pembelot macam muka-muka ni semua. Lagi kan perjuangan rakyat marhaen dan harapan rakyat marhaen mereka boleh khianati, ini kan pemimpin UMNO yang muka macam Najib dan Pak Lah tu.

Maknanya Najib dan Pak Lah tahu dan kenal sangat jenis binatang malaun macam Ruslan, Zahid Mat Arip dan yang lain itu. Mungkin anjing kurap tidak bertuan yang sering ditembak Majlis Bandaran belakang rumah ambo tu jauh lebih suci daripada jenis binatang yang tersebut di atas itu.

Wamakaru wamakarAllah...betul tak Lan? Alahai, ekau jugak yang manjang dok baca ayat tu dulu. Tetiba ada pulak saksi mata yang menengok perangai ekau semuo yang tak senonoh ni. Siapo eh yang pembongak sekarang ni Lan? Ekau juo..

Tapi Lan, duit tu kan duit tak halal, kira haram lah tu kan? Takkan Halam pulak. Nak buek apo dengan duit tu? Takkan ekau nak boyi makan anak-bini? Susah jugak nak memikirkannya kan? Tapi takpa, dalam UMNO kan ada ramai pakar yang boleh menjadikan yang haram itu halal dan sebaliknya. Silalah rujuk kepada mereka untuk mendapatkan ketenangan jiwa serta membelanjakan wang tersebut ke arah yang benar.

Sorry lah Lan, aku terpaksa sedikit-sebanyak mengutuk kau dalam tulisan ini. Sebab aku pernah bersembang dengan kau sekejap ketika di pertemuan mingguan Shaklee di Wangsa Maju pada tahun lepas. Kita orang semua yang dok bawah kau ni, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah majoritinya orang BA, memang bangga dengan Ruslan Kasim, ekaulah tu jang. Dapat kereta Merc mata belalang, chewah...tak cukup lagi kot? Tapi sekarang, tak tahu nak cakap apa dah. Kalau kau ingat sipeguam yang ambil kes anak saudara kau tu, tentu kau ingat Lan.

Lan, percayalah...kau sekarang berada pada jalan yang benar lagi suci. Janganlah kau sangsi dan ragu lagi. Teruskan berada pada jalan itu. Nescaya niat murni kau itu akan diberkati.

Lan.... pap! pap! piiiiirah!

Salam,
- HC (Honda Civic)
honciv@yahoo.com - 12.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN