‘ANCAMAN’ GELOMBANG GLOBAL FUNDAMENTALIS ISLAM (1)
Oleh: HC (Honda Civic)UMNO perlu berubah ke arah menjadikan dirinya lebih fundamentalistik dari segi pengamalan Islam, atau sekurang-kurangnya KELIHATAN sedemikian rupa. Mahathir yang pernah mencemuh istilah itu dahulu akhirnya terpaksa mengalah dan mengakui sendiri bahawa Malaysia kini sebuah Negara Islam Fundamentalis. Why all these fundamentalism talk?
Mahathir bijak kerana berpandangan jauh, at least untuk kehidupan atas dunia ini sahaja. Masa depan negara majoriti umat Islam kini berada di tangan para fundamentalis dan pendokongnya. Fundamentalis difahami ramai sebagai satu fahaman yang berpegang kepada asas-asas agama, dalam kes ini Islam. Fundamentalis Kristian pun ada nun di dalam White House sana dengan chicken hawks mereka sedang merancang untuk mengepam minyak Iraq di samping berusaha untuk menjatuhkan saingan mereka iaitu fundamentalis Islam.
Mahathir akhirnya tewas dengan asakan para fundamentalis dan mengaku kalah, tetapi bukan dengan mengangkat tangan, sebaliknya menggunakan formula - if you cannot fight them, join them - hence the declaration. Of course there's no substance in the allegation, tetapi ia merupakan satu pengisytiharan serah kalah dalam satu pertarungan panjang dengan puak fundamentalis negara ini khususnya dan dunia umumnya, sejak tahun 80-an lagi.
UMNO pada era pasca-Mahathir juga mengakui hakikat ini. Maka Pak Lah pun cuba mengeksperimentasikan formula Mahathir - join them - walaupun tidaklah ada impak sangat seperti memperkenalkan semula subjek bahasa Arab di sekolah, berbanding program Islamik lain yang sepatutnya diusahakan seperti mengaktifkan semula kelas-kelas pengajian di surau masjid dan di peringkat universiti.
Penghalang terbesar kepada usaha Pak Lah ini ialah hakikat bahawa UMNO kini duduk di tengah-tengah, antara mengharapkan sokongan dan undi bukan-Islam, dengan mengharapkan kembalinya undi Melayu kepada UMNO/BN. Usaha penggabungan MCA dan Gerakan baru-baru ini tampak merupakan satu usaha untuk menghalang atau mengawal kebangkitan pengaruh fundamentalisme, bukan semata-mata pengaruh Islam lagi di tahap sekarang.
MCA dan Gerakan melihat UMNO perlu dibantu tetapi tidak sanggup pula untuk mengkompromi dengan membiarkan UMNO menjadi sebuah parti yang terpaksa berubah wajah menjadi sebuah parti fundamentalis pula. Memang hampir mustahil kalau ikut akal bahawa UMNO akan menjadi sebuah parti fundamentalis, tetapi pertarungan PAS-UMNO dalam medan Islam sebenarnya akan lebih menjadikan Malaysia ini menuju ke arah negara fundamentalis, daripada hanya sebuah negara Islam bayangan Mahathir. Inilah mimpi ngeri MCA-Gerakan-DAP.
DAP? Mungkinkah DAP juga akan turut melupakan perselisihannya dengan MCA-Gerakan dan turut join the wagon untuk sama-sama melumpuhkan pengaruh fundamentalis ini? Yalah, daripada terus hanyut tanpa arah, kan lebih baik bersama parti sebangsa yang masih bertenaga.
MCA sedar bahawa UMNO sedar bahawa pengaruh dan gelombang fundamentalisme tidak dapat dihalang lagi. Semakin ramai orang Melayu dan Muslim yang berasa bangga dibrand kan sebagai seorang fundamentalis, walaupun ramai di kalangan mereka itu pun sendiri masih tidak jelas apakah yang dituntut daripada seorang fundamentalis. Kebanyakan mereka ini pula muncul di kalangan golongan profesional dan pertengahan yang besar pengaruhnya dalam masyarakat.
Apa yang menjadikan gelombang fundamentalisme suatu yang tidak boleh dihalang ialah hakikat bahawa ianya bukan local-based tetapi ia bersifat global. Dan sesuatu yang global pastinya mempunyai impak yang global. Fenomena inilah yang membuatkan UMNO terpaksa mengakui bahawa ianya di luar kawalan mereka untuk menghalangnya. Apa yang Mahathir cuba lakukan selama ini ialah bukan mengawal gelombang fundamentalisme tetapi menghalakannya ke arah yang lain. Beliau ingat benda ini boleh dialih-alih.
Contohnya mengalih perhatian dunia Arab dan Muslim kepada isu anti Yahudi. Beliau cuba nak menjadi champion dalam isu membela umat Islam dari kekejaman Yahudi, tetapi sayangnya di peringkat nasional ramai tahu beliau sendiri seorang pro-Yahudi kalau pun tidak Yahudi itu sendiri.
Jadi bagaimana Islamic Fundamentalisme ini boleh menjadi satu isu global?
Islamic fundamentalisme mula nampak aktif sejak awal 70-an. Dari beberapa orang abang yang pernah menuntut di Mesir, mereka mengisahkan bagaimana gerakan Ikhwan al-Muslimin ditindas dengan teruk oleh pemerintah Mesir bermula dari zaman Raja Farouk lagi. Ramai pengikutnya dibunuh dan dipenjarakan sejak 50-an lagi. Ada seorang ustaz yang kini pemimpin PAS di Pahang mengisahkan bagaimana pada tahun 1967, bilik tidurnya digeledah oleh para mukhabarat/ SB Mesir untuk mencari buku-buku tulisan tokoh Ikhwan seperti Syed Qutb dan sebagainya yang diharamkan ketika itu.
Penindasan kejam oleh pemerintah@sb Mesir ini telah membawa kepada gerakan hijrah besar-besaran/ exodus tokoh-tokoh Ikhwan ke seluruh pelusuk dunia termasuk yang terbesar ke Eropah seperti UK yang merupakan bekas penjajah Mesir dan negara jiran Arab seperti Jordan dan Kuwait. Benih yang subur kalau dicampak ke mana pun akan tumbuh berbuah, lalu mereka ini menjadi pelopor gerakan Islam Eropah dengan berbagai-bagai nama gerakannya.
Penuntut Malaysia yang ke UK pada zaman 70-an turut menerima bahang gerakan-gerakan splinter Ikhwan ini. Maka timbullah persatuan IRC, ABIM dan sebagainya yang menerima tarbiyah terus atau tidak langsung dari gerakan cebisan Ikhwan ini. Mereka ini telah pulang ke tanahair dan menyebar-luaskan dakwah dan pemakaian Islam khususnya di IPT seperti UM dan sebagainya.
In fact, ada seorang brother Malaysia dari Mesir melontarkan teorinya bahawa para penuntut wanita Malaysia di Mesir masih memakai tudung selendang ketika para muslimat Malaysia pro-Ikhwan dari UK telah pun bertudung labuh. Hasil daripada gabungan tarbiyah Ikhwanisme dengan ilmu Islam peringkat tinggi dari Mesir maka munculnya pula tokoh-tokoh seperti Hj Hadi, Ust Fadhil Mohd Nor, Nakhaie (dulu lah) dan sebagainya.
Pengaruh gerakan Ikhwanisme splinter dari UK ini tidak kecil pengaruhnya juga ke atas pelajar-pelajar lain dari negara Arab. Mereka yang menuntut di Eropah ini akhirnya juga pulang dan menyebar-luaskan fahaman dan teknik dakwah Ikhwanisme, yang pada ketika itu terkenal dengan teori sirriyyatul-Tanzim atau kerahsiaan gerakan. Banyaklah timbul polemik sesama mereka ketika itu seperti samada kita sekarang berada pada tahap dakwah Makkiah atau Madaniah...
Ambo melihat ini sebagai gelombang fundamentalisme pertama yang telah membanjiri negara majoriti umat Islam. (bersambung...)
- HC (Honda Civic)
honciv@yahoo.com - 30.12.2003 (8.15 pagi)
![]()