BERTABUR SEJUTA BINTANG
TERMASUK TUKANG FITNAH DAN SI TUKANG KANGKANG

Oleh Hang Nadim (Laman M@RHAEN)



Tun Khalil Yaakub mungkin mengong. Dia mengong kerana tidak mampu mendaulatkan jawatan TYT yang baru disandangnya. Dia mengong kerana pekertinya yang hodoh telah mencemarkan jawatan tersebut. Dia mengong kerana termakan sumpahan Hang Tuah dan Hang Jebat yang tidak rela kebesaran Negeri Melaka diperdagangkan untuk kepentingan peribadi.

Datuk Seri Ali Rastam pula mungkin biol. Dia biol kerana tak sangka boleh menang jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini. Jadi dia pun terkejut monkey. Jadi dia pun dipanah cultural shock. Orang Sarawak kata, dia pun jadi lijah. Macam beruk dapat bunga. Bagai si kodong dapat cincin. Sebab itu, Ali Rastam pun joli habis-habisan. Semua orang yang membantu dia memenangi jawatan Naib Presiden Umno pun dianugerahkan dengan pingat dan bintang-bintang yang bertaburan.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak bintang itu, kenapa ada yang diberikan oleh Ali Rastam kepada isterinya sendiri? Kenapa ada yang diberikan kepada Khalid Jaffri Laknautullah yang telah membunuh politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan fitnah-fitnahnya? Kenapa? Apakah jasa isteri Ali Rastam kepada bumi Melaka sehingga dia layak mendapat bintang Datuk Wira? Apakah jasa Khalid Jaffri Laknatullah kepada bumi Melaka sampai layak dia mendapat gelaran Datuk Melaka? Adakah Ali Rastam yang sedang biol kini telah mewujudkan satu tradisi baru di mana tukang kangkang dan tukang fitnah layak dianugerahi bintang kebesaran Negeri Melaka?

Tun Khalil Yaakub dan Datuk Seri Ali Rastam patut insaf bahawa kecemerlangan Empayar Melaka Purba telah lingkup kerana karenah dan perilaku sultannya yang zalim. Oleh itu, tidak mungkinkah survival kerajaan Melaka Moden akan lingkup akibat TYTnya yang mengong dan Ketua Menterinya yang biol?

Untuk mendapatkan kepastiannya, Tun Khalil Yaakub yang mengong dan Datuk Seri Ali Rastam yang biol kenalah mandi air dari perigi Hang Tuah, kenalah bertafakur di Masjid Kampung Hulu, kenalah berziarah ke Pulau Besar, dan kenalah cari di manakah sebenarnya makam Hang Tuah dan Hang Jebat. Setelah berbuat demikian, mereka perlu melawat Bukit Senjuang dan renunglah A Famosa sepuas-puasnya. Jika mereka sanggup berbuat demikian, dan jika Tun Khalil tidak mengong dan Datuk Seri Ali tidak biol, pasti mereka akan teringat sejarah silam, bahawa bumi Melaka telah diserang oleh Portugis pada suatu tengah hari, hari Jumaat, dengan bantuan sesetengah orang Melaka yang belot akibat marahkan kezaliman sultan mereka pada ketika itu. Oleh itu, insaflah. Raja adil Raja disembah. Raja zalim, Raja disanggah!!!!!!

HANG NADIM - 12.10.2004
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: