Kes pelaku maksiat cemar imej Islam
Oleh GuagStation![]()
Assalamualaikum,Ini saya petik dari BERITA HARIAN - 06/07/2004
Surat & emel: Kes pelaku maksiat cemar imej Islam
SEPANJANG perbicaraan satu kes agak menarik baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu budaya baru dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, kehidupan bebas tanpa batasan yang jelas mengikut budaya Barat yang kotor dan menjijikkan.
Dalam kes berkenaan kita dipaparkan dengan jelas dan terperinci bagaimana GRO yang hidup dengan penuh kemewahan dengan tekak dibasahi arak diakhiri dengan bersekedudukan pula dengan lelaki asing.
Perzinaan juga dibuktikan secara saintifik melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) air mani dalam kemaluan wanita.
Serentak itu juga, kita disajikan kisah betapa segelintir wanita sanggup menjadi hamba seks dan melakukan adegan hubungan di depan kamera tanpa segan silu.
Saya bukan hendak menghukum mereka tetapi sekadar menimbulkan persoalan apakah tindakan dan langkah diambil Jabatan Agama Islam Negeri bagi membendung gejala sosial atau lebih tepat lagi maksiat berleluasa di tengah masyarakat bandar hari ini?
Akhbar perdana banyak mendedahkan kes Mahkamah Syariah yang membabitkan khalwat dan bersekedudukan. Majoriti pasangan dalam kes berkenaan ditangkap ketika serbuan dibuat ke atas premis yang disyaki berikutan laporan orang ramai.
Pihak pendakwa di Mahkamah Syariah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kes berkenaan.
Dalam kes yang sudah dibentangkan di mahkamah sivil semuanya didedahkan dan disahkan pula oleh pakar forensik.
Saya yakin jika semua yang terbabit itu didakwa pula oleh jabatan agama sudah pasti mereka didapati bersalah.
Bagaimanapun, mungkin oleh kerana mereka sudah didakwa di mahkamah sivil maka mereka tidak lagi boleh diheret pula ke Mahkamah Syariah. Cuma apa
yang pasti setiap pelaku itu mencemari agama Islam yang suci.Mereka menjatuhkan martabat Melayu dan Islam. Mereka telah menyebabkan Melayu dan Islam dipandang serong oleh agama lain. Mereka menyebabkan
sesetengah masyarakat Melayu Islam kita amat marah, sakit hati yang teramat sangat dan malu yang tinggi menggunung!Sebenarnya, mereka amat sesuai tinggal di Amerika - bapa segala budaya Barat. Itulah ikutan mereka, budaya Barat yang mementingkan hiburan dan
kepuasan seksual semata-mata.Di Amerika, mereka sebenarnya berilmu dan berpendidikan tinggi. Mereka mempelopori dan menguasai segala bentuk teknologi terkini. Mereka maju dan
mempunyai ekonomi yang tiada tolok bandingnya.Pendek kata, merekalah segala-galanya, tetapi mereka mempunyai akhlak dan moral amat kotor dan keji.
Mengamalkan seks bebas atau lebih sesuai disebut bebas berzina sudah menjadi semacam satu lumrah kehidupan kpeada mereka. Budaya ini nampaknya
sudah menjalari masyarakat Melayu kita yang beragama Islam!Baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan aksi tarian bogel gadis Melayu kita. Saya amat sedih apabila membaca di akhbar gadis Melayu ini dikenakan hukuman denda RM25 selepas disabitkan kesalahan menari bogel mengikut rentak muzik yang dimainkan.
Lebih menjijikkan apabila mereka menari bersama pasangan lelaki Melayu juga tanpa seutas benang ditubuh mereka. Lebih memilukan lagi apabila diselongkar bahawa majikan mereka adalah bukan Muslim.
Dan lebih mengguris hati apabila majikan mereka hanya dikenakan hukuman penjara dua minggu.
Bagaimana pula jika mereka ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam negeri atau pegawai syariah tidak mampu atau belum diberi kuasa membuat
serbuan seumpama itu.Apakah kes melakukan tarian bogel tidak termaktub di dalam undang-undang syariah kita? Apakah Mahkamah Syariah kita mengendalikan kes cerai dan khalwat saja?
Saya berpendapat, penari dan penzina amat wajar dikenakan hukuman yang berat kerana mempermainkan dan menjatuhkan maruah agama Islam. Saya juga berpendapat, konsep Islam Hadhari ini juga perlu merangkumi komponen 'nahi mungkar' dengan lebih menyeluruh.
Mungkin juga sudah tiba masanya undang-undang syariah di negeri dihapuskan dan diganti dengan satu saja Undang-undang Syariah iaitu Undang-undang
Syariah Malaysia. Dan undang-undang ini hendaklah merangkumi aspek kehidupan Islam sebagai Ad-Din yang lebih luas dan menyeluruh.Apa yang saya perhatikan, konsep Islam Hadhari yang dilaksanakan sekarang menekankan aspek 'amar maarof' dengan cemerlang dan amat baik sekali.
Bagaimanapun, sedikit 'kebocoran' dalam melaksanakan aspek 'nahi mungkar' yang memerlukan perhatian dan pemantauan.Saya tidak mahu konsep Islam Hadhari ini hanya tinggal sebagai konsep semata-mata yang banyak ditulis dan dibahaskan tetapi pencapaiannya tidak
ke mana.Saya tidak mahu ia tinggal sebagai nama yang hilang bersama tiupan angin sebagaimana saranan ke arah Masyarakat Madani yang pernah diwar-warkan
suatu masa dulu.LEBAI PULAU LIMA, Pasir Puteh, Kelantan.
Kiriman: GuagStation
guaqstation@yahoo.com - 08.07.2004
![]()