Ayuh Mulakan Semula Langkah Kita..
Assalamualaikum,

 
Sekarang saya rasa sudah tiba masanya kita membuang rasa sedih dan perasaan bermurung durja akibat daripada kekalahan dalam pilihan raya tempo hari. Marilah kita kembali muhasabah diri kita dan bertanya pada diri kita ini “Apakah yang patut aku lakukan untuk memenangkan PAS dan memartabatkan ISLAM di muka bumi Allah swt ini”.
 
Marilah kita memikirkan adakah apa yang telah kita lakukan sebelum ini adalah mencukupi atau sekadar melepas hantuk di tangga. Fikirkanlah wahai jemaah sekalian bahawasanya apa yang berlaku pada kita ini sudah tentu ada hikmahnya. Janganlah kita hanya menuding jari kepada pihak lawan kita tetapi sesungguhnya sedarkah kita bahawasanya ada 4 jari lagi sedang menuding kepada kita semula.
 
Sesungguhnya kita sudah tahu akan tipu daya serta helah lawan kita dalam perlawanan ini tetapi apakah tindakkan kita? Adakah kita juga bersedia dengan kelengkapan senjata yang canggih serta moden untuk menghadapi lawan kita itu.? Dari sini sahaja saya rasa kita sudah dapat menilainya akan kesediaan kita untuk bertarung di gelanggang. Oleh itu marilah kita memikirkan kembali akan kelengkapan kita untuk bertarung… jika lawan sediakan hantu… kita sediakan ‘penangkapnya’…. jika lawan guna kan media TV serta akhbarnya… kita perkemaskan media kita…jika lawan guna undang-undang rimba.... kita sediakan apinya untuk membakar rimba itu… apa susahnya…kan segala yang diciptakan Allah di dunia ini ada pasangannya jadi setiap perkara yang dilakukan itu tentu ada penyelesaiannya.
 
Dari apa yang saya perhatikan semasa pilihan raya tempoh hari saya rasakan kita perkemaskan lagi jentera kita untuk menentang kerajaan HARAM BN. Antaranya:
 
1- Sampaikan maklumat kepada rakyat dengan secepat mungkin. Memandangkan kita tidak ada peluang muncul di media akhbar dan TV kita gunakan teknologi maklumat yang ada di Malaysia ini seperti memperbanyakkan laman web yang dikemas kini 24jam dan diperhatikan sentiasa agar pihak musuh tidak mencerobohnya, adakan sidang webTV seperti mana yang dilakukan oleh Presiden PAS semasa menenteramkan para penyokong di seluruh Negara selepas pilihan raya tempo hari dan memperbanyakkan VCD dokumentari untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang kita jalankan dari semasa ke semasa.
 
2- Pertingkatkan majlis usrah untuk semua golongan dan lebih cantik dan menarik lagi kita ujudkan secara terkini seperti menyewa hotel untuk dijalankan kuliah itu dan dalam majlis itu kita sampaikan akan keindahan agama Allah ini… insyaAllah jika dari sini kita sampaikan dengan sebenarnya yang berteraskan Al-Quran & Hadis dan tidak menyentuh hijau biru, sudah tentu ia akan menarik minat semua golongan dan jika mereka sudah kenal betul-betul apakah itu Islam barulah kita bagi mereka membuat pilihan sendiri perjuangan manakah akan diikuti adakah yang hak atau pun yang bathil.
 
3- Kepada pimpinan parti sila perkemaskan diri masing-masing, jangan hanya dapat tengok muka waktu ceramah sahaja, sentiasa turun padang dan pastikan kedatangan ke MTD ke UPU ke Markas dan rumah-rumah ahli setiap masa dalam setiap bulan.
 
4- Jika boleh sila perkenalkan calon-calon dari awal supaya masyarakat dapat mengenali dengan lebih dekat dan dapat menilai akan peribadinya dari mula dan tidak hanya dalam masa 7 hari berkempen.
 
5- Kepada pimpinan tertinggi sila pastikan anda tidak terjerat oleh manipulasi para media pihak lawan, jaga tutur kata dan jangan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu gugat parti.
 
6- Mulai sekarang kita hendaklah mendekati pihak lawan kita dengan menyampaikan dan memberitahu akan matlamat perjuangan kita, janganlah kita memulaukan mereka. Kita sampaikan sahaja jangan kita memaksa mereka kerana tugas kita hanyalah menyampaikan dan untuk memberikan hidayah kepada mereka untuk mengikuti perjuangan kita adalah Allah swt sendiri… insyaAllah jika hari-hari kita sampaikan, akan terbukalah hati mereka itu… terutama sekali golongan muda.
 
7- Akhir sekali yang penting adalah diri kita sendiri….bermuhasabahlah dan FIKIRKANLAH di manakah kita berada untuk memperjuangkan agama Allah ini. Adakah kita juga serupa dengan pihak lawan kita…umpamanya kita masih lagi terjebak dengan judi, arak dan sewaktu dengannya… jika ini tidak Alhamdulillah tapi cuba selidik lagi akan amalan kita adakah ianya sudah sempurna… jika tidak marilah kita sama memperbetulkannya…. janganlah nanti bila lawan jumpa kita mereka akan berkata "KITA SERUPA".... InsyaAllah… di waktu itu nanti Allah swt akan kurniakan kemenangan kepada kita bertetapan dengan janjinya bahawa ISLAM ITU PASTI MENANG.
 
Saya berharap marilah kita sama-sama memperkuat jentera kita memperkukuhkan iman kita dan memulakan gerak kerja kita…. Ayuhh pejuang-pejuang semua… mulakan hari ini untuk mendapat akan kejayaan hari esok…
 
Wassalam
 
InsyaAllah KeADILan PASti datang…
ISLAM PASti menang….Allahuakbar….

Kiriman: GuagStation
Daahhh Laamaaa Daahhhh
guaqstation@al-islam.com - 06.04.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN