Kedah Lanie: Nak jadi pengeluar daging halal dan produk hilirannya?
Assalamualaikum,

Sedarkah kita semua betapa harga sekilogram daging babi di negara ini jauh lebih murah dari daging lembu. Sekilogram babi ialah RM8 sedangkan daging lembu menjangkau RM 15 untuk berat yang sama. Bekas Menteri Besar dahulu yang terkenal dengan projek ‘Mat Jenin gila’ adalah juga seorang Menteri Pertanian sebelumnya. Sanusi hanya gah dan hebat di dalam akhbar akan tetapi tidak bersungguh dalam memajukan pertanian negara. Dia lebih leka dan asyik dengan program yang akan disiarkan dalam media dan TV seperti tanam orkid di tiang lampu, tanam padi atas bumbung dan pertandingan lembu cantik. Memang lembu sungguh manusia bernama Sanusi ini. Akan tetapi manusia pendek yang bejat ini amat pintar dan cerdik dalam memperkayakan diri sebagaimana ketuanya Mahathir yang mempunyai harta di luar negara termasuk Argentina!!

Memang gah dan menyeronokkan apabila Pak Syed ini berkelentong tentang hasrat visinya untuk menjadikan Kedah negara pengeluar daging halal dan produk hilirannya melalui Halal Food Hub di Kompleks Paya Pahlawan, Kubang Pasu, Kedah. (satu lagi projek politik yang akan menambah jumlah kerugian kepada kerajaan negeri) Begitu jugalah seronok dan megahnya kita suatu masa dahulu apabila projek Sate Ria diumumkan dahulu untuk dipasarkan ke arena antarbangsa. Tanya Mahathir apa sudah jadi?? Siapakah tuan punya Aman Agro Sdn. Bhd itu?? Kita tahu bahawa Sanusi Joned mempunyai lesen bagi mengimpot daging beku dari India, apakah manusia derhaka ini berada di sebalik kepentingan itu?? Alasan itu juga menerangkan kenapa tiada usaha besar-besaran dari kerajaan untuk menternak lembu kambing. Lebih mudah mereka mengimpotnya.

Kita menjangkakan projek negeri yang sebaik ini akan kantul akhirnya kerana ia lebih bercorak politik sepertimana juga kantulnya Sate Ria, Perwaja dan dasar Penswastaan negara. Mampukah mereka mengotakan janji untuk membekalkan daging dalam pasaran secukupnya? Bolehkah mereka menjadikan harga daging lembu supaya setara daging babi yang jauh lebih murah? Alasannya ialah kenapa daging impot sekilo hanya RM 5 sedangkan daging segar RM 15? Kenapa ikan bawal tambak segar berharga RM 38 sekilo dengan yang dinginbekunya juga bertanda harga yang sama?? Nampak tak politiknya di sini!! Siapakah yang mengawalnya?

“Progresif Adil Sejahtera”
BA tawan Kedah 2004…Insya’Allah

Kiriman: GuagStation
PAS tawan Kedah 2004
guaqstation@al-islam.com - 15.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN