Kedah Lanie: Apa sudah jadi dengan Amanah Saham Kedah
Assalamualaikum,

Tahukan anda berapa harganya Amanah saham Kedah (ASK) pada masa ini? Jika dilihat akan perancangan Kedah Maju 2010 sudah tentu kita akan menyangkakan harga saham itu berada pada kadar sama dengan harga saham ASN iaitu pada RM0.66 seunit. Tetapi malangnya ianya indah kabar dari rupa kerana harga ASK sekarang ini berada pada kadar RM0.31 iaitu lebih murah dari harga Tea ‘O’ panas atau roti canai sebiji.
 
Ingatkah kita semasa ianya mula dilancarkan dahulu, dimana seluruh rakyat telah dicanangkan akan ASK ini sehinggga ada petani-petani dan penoreh-penoreh di kampung sanggup membuat pinjaman semata-mata ingin membeli akan saham ini dengan harga bukanya pada RM 1.00 seunit. Tapi cuba bayangkan akan nasib yang melanda dengan harga yang telah jatuh sehingga 3X ganda itu, apa sudah jadi dengan pinjaman yang telah dilakukan itu… fikirkanlah?

Apakah tindakan kerajaan negeri Kedah untuk menyelamatkan nasib-nasib pembeli ASK pada masa ini…dari apa yang dilihat ianya macam sunyi sepi aja…macam tak ada apa-apa yang berlaku… tetapi jika kita lihat akan kerajaan Negeri Selangor dan Johor sekurang-kurangnya mereka menawarkan kepada pembeli saham-saham negeri mereka dengan tawaran untuk membeli semula dengan harga belian dahulu atau dengan kata dollar to dollar.

Untuk pengetahuan kerjaan negeri Terengganu yang mana mereka juga menguruskan amanah saham negeri sendiri (ASDI) yang mana mereka telah mampu memberikan pulangan yang meningkat setahun ke tahun dari mula memerintah pada tahun 1999 hingga ke 2003 dengan kadar bonus dan dividen juga meningkat.

Jika dengan masalah saham pun kerajaan tak mampu nak menyelesaikannya bagaimanakah hendak menjadi Kedah Maju 2010……fikirkanlahhh????

“Progresif Adil Sejahtera”

BA tawan Kedah 2004…Insya’Allah

Kiriman: GuagStation
PAS tawan Kedah 2004
guaqstation@al-islam.com - 09.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN