Seloka: Perihal Surat Khabar di Malaysia
Setiap kali membacanya aku selalu termenung
Kenapa bala tidak sudah-sudah datang berkunjung
Dari jenayah, kemalangan, tanah runtuh dan ancaman Along
Sehingga keruntuhan akhlak dan ajaran agama yang dah terpesongBunuh membunuh sudah jadi statistik harian
Dari buruh kasar hinggalah pragawati sambilan
Kasihan kepada keluarga yang telah ditinggalkan
Bukan setakat sedih malah juga diaib dan dimalukanKemalangan jalanraya menjadi berita tetap
Nasihat PM dalam radio "Biar lambat asal selamat"
Buatlah kempen, cogankata dan lancarkanlah Ops Sikap
Namun setiap musim raya, kemalangan maut semakin meningkatSekarang ni pulak heboh serta kecoh dengan kes rogol
Budak kecil setahun jagung golongan paling ramai kena sondol
Undang-undang atau hukuman yang ada dah tak dapat nak control
Inilah jadinya kalau Negara yang kununnya "ISLAM" diisytihar oleh samdolHukuman sebat mula diperbincang
Tak mustahil ianya akan dicadang dan dibentang
Tak mustahil juga ianya akan ditentang dan ditendang
Mana taknya, takut nanti dikata meniru "HUDUD" pembangkangKadang-kadang aku meluat baca gelagat orang politik
BPR baru hendak mula siasat, Menteri ni dah mula panik
Jangan pula lupa buka kes Rafidah dan Rahim Tamby Chik
Pak Lah kena buat sesuatu sebab penyakit rasuah begitu kronikYang aku tak boleh tahan bila baca kolum Astora Jebat
Bagaimana perosak agama Allah ini boleh mendapat tempat
Dia kata pakai tudung haram, dan siksa kubur itu di buat-buat
Kalau di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dulu, dah lama kena sebatAku hairan penulis yang menghina Islam tidak diambil tindakan
Ada yang kata mufti bodoh sebab oksigen tak masuk dik serban
Yang paling jahat menuduh Rasulullah berzina dengan gundik pilihan
Astaghfirullahal 'Azim, bangunlah umat Muhammad untuk memperjelaskanHabis macam mana semua jadi tak ketahuan????
Bangun pagi kena baca surat khabar dengan kopi secawan
Tak percaya pi duduk kedai dari pukul lapan hingga sembilan
Aku hairan kenapa surat khabar dipercaya, AlQuran dipinggirkanSekarang baru aku sedar kenapa bala datang menimpa
Kita redha dengan golongan yang sering menghina agama
Ulama' terus dicerca dan dihina, artis-artis pula dipuji dan dipuja
Dari Bollywood, Hollywood, Mollywood malah seluruh pelusuk duniaPaling menyedihkan ialah iklan arak di akhbar tempatan
Hairannya Malaysia Negara Islam, kenapa arak dibenarkan
Malah Malaysia mempunyai kilang terbesar pembuat air setan
Industri kriminal bukan membawa keuntungan tetapi kebinasaanYa Allah, sedarkanlah hambaMu ini
Dari keasyikan tidur yang dibuai mimpi
Datanglah mengetuk dan membuka pintu hati kami
Agar sentiasa bersedia membela agamaMu yang suci murnip/s: e-mail ini saya dapati dari seorang kawan yang tak dikenali, jadi saya siarkan untuk renungan kita semua.
Kiriman: GuagStation
PAS tawan Kedah 2004
guaqstation@al-islam.com - 25.01.2004