![]()
KADIAQ SHEIKH FADZIR
Oleh Ehek 2001
Seorang ahli Parlimen yang pernah terpelanting dan hampir tercicir pada PEMILU tahun 1999. Nasib menyebelahinya apabila tangisan dan sendunya berjaya meletakkan ia semula dalam senarai Calon. Bintangnya terus menyinar dengan menjawat Kementerian (Bollywood) Kesenian dan Pelancongan.Dalam satu bulan puasa suatu masa dahulu beliau pernah dikunjungi oleh ahli Umno Padang Serai yang memujuknya untuk menghadiri Majlis berbuka puasa. Ketika itu ia baru sampai dari Kuala Lumpur sedang melayani belaian anjing belaannya dengan tangannya memegang sepinggan mee goring yang panas sambil mengunyah. Wakil Umno Bahagian terbabit memujuk meminta kepastiannya untuk menyertai Majlis Berbuka petang itu sedangkan ia sendiri tidak pun berpuasa! Kejadian itu telah menyebabkan seorang lain yang mengiringi wakil tersebut merasa sungguh tertipu dan terus meninggalkan parti Umno yang dipenuhi kelompok Kelentong sepertimana Kadiaq tadi.
Ada orang yang mengatakan golongan Mamak meringan-ringankan puasa mereka atas alasan mereka adalah keturunan ‘musafir’ kerana berkelana di bumi Malaysia. Ada satu lagi Mamak yang dikatakan pergi melawat Pulau Terumbu Layang-Layang tanpa mengusik sedikitpun sejadah yang disediakan dengan penuh muslihat. Mamak itu juga berkelana seharian di atas belakang kuda tanpa ada cerita solat semasa bercuti ke Argentina baru-baru ini. ni jugalah manusia yang disarankan oleh suara nakal dalam Umno untuk dilantik menjadi Pengerusi Majlis Ulamak yang bakal ditubuhkan!!
Adik Kadiaq, Aziz yang pernah menggemparkan dan mengancam keselamatan Negara sambil berbaju Melayu ala-pemain kompang kerana mengugut anggota Suqiu juga ada ceritanya. Beliau dikatakan pernah menyediakan perempuan dalam sebuah rumah di Pulau Pinang untuk diratah ahli Umno yang rapat dan menjadi hantunya.
Cuti-Cuti Malaysia (CCM) yang terbatal matlamatnya
Rakyat marhaen Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum terutamanya kakitangan Awam amatlah terhimpit kewangan mereka. Kenaikan harga barangan yang tiada hentinya dan kenaikan terbaru harga minyak Petrol terus menjerut perbelanjaan mereka. Umum mengetahui seorang Menteri akan mengulas kenaikan itu sebagai amat kecil berpatutan serta tidak membebankan rakyat. Kemudiannya akan diikuti oleh beberapa pelawak yang akan bersetuju dengan harga minyak yang baru.
Setelah itu ditambah pula dengan kemungkinan menjadi mangsa samun PDrM di jalan raya. Menjadikan alasan mencegah kemalangan, rakyat dirompak secara perundangan yang belum tentu sah menurut sarjana Undang-undang. Kewajaran bagi PDrM adalah menyiasat bagaimana mungkin keadaan jalanraya Malaysia menjadi begitu teruk sekali walau baru saja digunakan.Ini tidak pun dilakukan,anggota polis sanggup bersembunyi di dalam hutan, kereta persendirian atau celahan pembahagi jalan bagi memerangkap pengguna jalanraya.
Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh keadaan jalan yang teruk. Lubang-lubang yang dalam, permukaan yang tidak rata dan di tambah gradien jalan yang mencuram mneyumbang kepada masalah kemalangan. Fakta itu juga wujud di lebuhraya yang kini diswastakan kepada PLUS!! Keadaan bertambah serius dan merbahaya pada hari hujan dengan takungan air yang terbentuk.Apakah polis menyiasat laporan kemalangan yang menjurus kepada syarikat pembinaan jalan yang dikuasai oleh politikus kerajaan??
Bagaimana mungkin kempen CCM akan berjaya sekiranya rakyat berhadapan dengan berbagai kesulitan dan halangan sepanjang perjalanan? Bolehkah marhaen menikmati percutian yang indh sekiranya ia dibayangi oleh berbagai hadangan dan masalah yang dicipta oleh kerajaan sendiri??
Kenapa mempermainkan urusan mencegah kemungkaran?
Apabila kerajaan PAS Terengganu menguatkuasakan pakaian yang lebih sopan untuk pengunjung pantai, Kadiaq pula melompat menentang arahan yang jelas selari dengan Islam itu. Untuk tidak kelihatan menentang Islam secara berhadapan Kadiaq menggunakan istilah ‘ala Taliban’.
Menteri yang sewajarnya mengeluarkan kenyataan mengulas isu tersebut adalah Penasihat Agama Hamid Osman ataupun Hamid ‘boo’ Zainal Abidin. Juhalak seperti Kadiaq sewajarnya menutup mulut dari membicarakan urusan Agama. Lepaskan Ulamak Barua tambatan yang sering menasihati Mahathir dalam menghakis Nilai-nilai sebenar Islam untuk berhujah. Rakyat marhaen ingin melihat apa pula pandangan mereka tentang masalah itu. Para ilmua pula menanti Ayat ,Hadis,Ijmak atau Qias yang berkaitan bagi membatalkan arahan TG Hj. Hadi selaku pemimpin yang bertanggungjawab sehingga ke akhirat bagi persoalan negeri Terengganu.
Apa tujuan pula kaitkan dengan Taliban? Apakah untuk menghalalkan rampasan pemerintahan negeri seumpama di Kelantan dahulu? Sudah adakah Ibrahim Ali versi Terengganu bagi menjalankan sandiwara ‘huru-hara’ untuk menghalalkan darurat?
Alasan peraturan tersebut akan menggagalkan usaha kerajaan melalui Kementerian Bollywood bagi menarik pelancong adalah suatu jenaka murahan Parlimen. Kelentongan mereka sampai ke tahap sedemikian walau sehingga menghakis nilai-nilai Agama anutan mereka lantaran kejahilan yang amat sangat.
Sepurnama yang lalu sebuah majlis anugerah Bintang Bolltwood telah diadakan di Tanah Tinggi Genting.(Genting Highland!!). Kadiag sebagai Menteri penaja telah membohongi rakyat Marhaen bahawa kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan un bagi majlis itu yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Swasta. Akan tetapi ia terlupa untuk memperjelaskan bagaimana pula syarikat terbabit memperolehi keuntungannya kerana mereka bukanlah sebuah badan kebajikan!! Kelentongannya terlondeh di situ dan mendedahkan anunya..
Tentu sahaja syarikat terbabit dikecualikan Cukai Pendapatannya atau mendapat pengurangan yang setimpal. Lantas akan mengurangkan pendapatan percukaian Negara. Seterusnya merugikan wang Negara yang juga adalah wang rakyat. Hanya untuk memuaskan hati mereka untuk bersalam dengan Amitabh Bachan, Salman Khan dan berbagai lagi pelakon India, pemimpin Umno khasnya Kadiaq mengkhianati Negara. Desas-desus mengatakan syarikat terbabitlah yang menaja percutian ke Khutub Antartika tempohari.
Kelmarin Kadiaq berlagak pula sebagai Ulamak Umno apabila mengatakan suara nyanyian perempuan adalah tidak salah di sisi Agama. Apa hujah dan Qias yang dia pakai? Sudahkah dia berbincang dengan Hamid yang berdua orang itu??
Inilah dia tahap Menteri di zaman Mahathir yang hampir kesemuanya adalah manusia hipokrit dan kaki kelentong juga. Bukankah ketuanya kencing berdiri??
Ehek2001 - 12.05.2002
![]()
FREE - An online program to make a huge income. more info![]()