Bedollah Bedawi & Hendun Pasangan Penyayang?
Oleh Ehek 2001


Kenapakah akhbar Malaysia begitu rendah mutu beritanya sehinggakan kisah romantis seorang ‘bakal PM’ (hehe) pun nak dikhabarkan ke seluruh warga? Apakah perihalan sebalik kelambu dan tepuk tamparnya mereka itu boleh menaikkan taraf hidup Marhaen Melayu? Atau mungkinkah pemberitaan sebegitu boleh mengurangkan jenayah rumahtangga atau sumbang muhrim?

Dalam suatu Seminar Keluarga Bahagia Nadi Kesejahteraan Negara yang dianjurkan PENYAYANG yang diadakan sebagai mencari syor  bagi membentuk keluarga penyayang untuk dipanjangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, beberapa selebriti dan politikus hadir. Antara yang ketara ditunjukkan akhbar ialah Abdullah Ahmad yang kebetulannya pula sama nama dengan ‘bakal PM’ itu. Persamaan nama yang secara kebetulan itu tidak menggembirakan anak Ulamak ini kerana Abdullah yang seorang lagi itu ditahan sebagai orang yang berotak komunis ketika itu. Keadaan ini telah menyebabkan laki Hindun @ bakal PM menambah gelaran Badawi di belakang namanya.

Abdullah Komunis pula pernah dihantar bertugas di luar negara setelah minda komunisnya berjaya ‘diterning-oberkan’. Kini ia mempunyai kolum khas di Utusan Meloya yang seringkali dilihat sebagai pakar jurusolek kepada Mahathir dan kerajaan belaannya.

Abdullah Ahmad Badawi @ Bedollah yang suatu masa dahulu pernah gelap karier politiknya gara-gara menyebelahi Tim B yang diketuai oleh KuLi. Selama beberapa tahun, siang dan malam ia menghabiskan masa di luar rumah dan beruzlah di pejabat kawan-kawan yang kebanyakannya pula mengelak bersama di khalayak kerana ditakuti diketahui oleh Raja Kelentong yang begitu ramai sekali tukang repotnya.

Untuk melarikan diri dari maki hamun dan juga bebekan Hindun si isteri penyayang itu, Bedollah sanggup dan rela makan di luar sahaja ditemani seorang dua manusia yang prihatin. MGG Pillai yang ketika itu masih muda adalah antara teman baik dan tempat Bedollah meluahkan perasaan sedihnya.  Siang dan malam mereka bersama. Ketika dalam rewang politik itu lebih banyak masa Abdullah luangkan untuk bersama Peguam dan juga penulis ini berbanding isterinya si Datin Hindun yang kini menjadi Pengerusi Yayasan PENYAYANG!!

Di dalam majlis itu dikatakan Bedollah bergurau dan berinteraksi secara yang ideal dan sedap dipandang sehinggakan timbul ilham berahi bagi Abdullah Komunis mengibaratkan mereka seumpama Merpati dua sejoli yang begitu intim dan melayakkan mereka menjadi pasangan bakal PM!!  Apakah media kini dikerahkan supaya mencatur minda rakyat supaya menerima Dollah sebagai PM tatkala Mahathir mati berdiri dalam tugasannya? Apakah ini juga strategi yang terpaksa mereka lakukan dek statistik dalam internet yang mencorotkan kedudukan bakal PM pilihan Abdullah Komunis itu?

Begitulah akhbar yang telah hilang wibawa wartawannya melaporkan sesuatu peristiwa. Zaman akhbar menjadi penyambung rintihan dan lidah rakyat bagi menegur sebarang kepincangan kerajaan sudah lama berlalu. Minda orang Melayu tidak dapat menyelami semua ini kerana mereka telah lama dirobotkan dan disogok dengan sesuatu yang memenuhi selera pemerintah. Itulah antara tugas penulis seperti Abdullah Komunis, Kadir Jasin ataupun anak buah ZAM. Manakala si Astora Jabat dan Kassim Ahmad beserta beberapa orang lain pula ditugaskan bagi mengkucar-kacirkan pegangan Agama rakyat.

Memenuhi tuntutan pemerintah bagi mendapat kepercayaan rakyat sudah menjadi agenda mereka. Bukannya cerita yang benar ataupun hasrat rakyat dipanjangkan melainkan sebagai alat bagi kerajaan menyalurkan propagandanya juga.

Sekiranya wartawan adalah kelompokyang teliti dalam pemberitaan dan punya rasa tanggungjawab yang besar kepada watan, bangsa dan Agama, tentu sahaja mereka melakukan penelitian terhadap sebarang pemberitaan yang hendak dilaporkan. Sumber-sumber yang mudah didapati wajar diterokai. Sekiranya mereka melakukan penelitian terhadap hubungan Hindun dan Bedollah semasa rewang politiknya, tentu sahaja mereka malu untuk menatap apa yang telah mereka tuliskan sebagai pengetahuan untuk rakyat dalam menyolek hubungan Bedolah-Hindun itu..

Ataupun sekiranya mereka bebas melaporkan tentang penyelewengan kuasa dalam menentukan tender pembekalan makanan untuk Angkatan Tentera Malaysia ATM. Pemerolehan kekayaan secara haram dan bersalahan dari segi moralnya itu tidak mewajarkan mereka digambarkan sebagai contoh pasangan yang akrab serta menjadi contoh pula sebagai pasangan pemimpin yang ideal. Apakah hanya ketika Bedollah hidup kembali bintang politiknya barulah Hindun tersengih bahagia sampai ke cuping telinga!?

Bayangkan pula bagaimana muncung dan mencukanya si Hindun tatkala Bedollah terpinggir dari kepimpinan negara sehingga menyebabkan bakal PM ini sanggup berlibur di luar saja!!

Alahai pasangan Bakal PM !!

Ehek2001 - 08.04.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!