Tahniah Sepatutnya Kepada TS Abdul Rashid, Bukannya PakLah
Oleh Dr Nologareng
Memang jelas terbukti betapa SPR itu perlu dikembalikan kebebasannya. Adalah tidak logik untuk ia terus berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apa yang dibimbangkan oleh pemimpin yang peka dari dahulu lagi telah menampakkan kebenarannya. Jelas kepada kita yang punca kejayaan besar BN yang jelas mengkhianati rakyat, autokratik dan angkuh selama ini ialah pelacuran yang dilakukan oleh SPR demi mengekalkan kuasa pemerintah.

Kekalutan dan kehaprakan SPR dalam pelbagai cerita dan mehnah yang dilaporkan memang satu kerja keji. Akan tetapi mereka ini yang mengkhadamkan diri berasa sebaliknya pula. Ramai dari mereka telah ditanam kepercayaan karut betapa hanya UmnoBN yang boleh berkuasa dan mampu memerintah negara. Ugutan yang berkait 13 Mei atau di kalangan kaum Tionghua dikenali sebagai ‘513’ mungkin antara penyebab kenapa SPR menjadi khadam yang setia. Atau barangkali juga mereka diimbuhkan pelbagai habuan yang lumayan.

Tidak pernah dalam sejarah Pilihan Raya Umum dalam negara, keadaan menjadi kelam-kabut, berserabut sehinggakan terdengar suara betapa SPR bukanlah badan yang layak dipercayai seperti yang disiar dalam peti TV. Bermula dari ‘Presiden’ nya TS Abdul Rashid sehingga lah kepada para cukadak di bawahnya, SPR adalah satu Suruhanjaya bertaraf pelacur yang rela diliwat pula.

Kem UmnoBn seluruh negara beraya sakan. Mereka telah menguasai majority besar Parlimen dan juga DUN seluruh negara. Mereka begitu bergembira. Walhalnya mereka tidak pun bersusah payah turun ke bawah menyebar dan berkongsi apa yang berlaku dalam Dewan atau pun mendedahkan penyelewengan di kalangan teman. Memang mustahil untuk mereka melakukan kerja sebegitu. Dalam masa lapan hari para calon BA bertungkus lumus berjumpa dan berceramah dalam memenuhi tuntutan demokrasi, kebanyakan kem BN lebih leka dengan sajian makanan dan kepingan duit yang bertukar tangan. Kelihatan mereka begitu yakin untuk menang sedangkan semua tahu betapa mereka dibenci rakyat terbanyak dari yang tinggal di rumah mewah hinggalah ke gobok buruk.

Kehairanan itu terjawab apabila keputusan Pilihan Raya Umum diumumkan dengan mereka menyapu bersih dengan sedikit saja yang bersisa. Apabila terdapat nama yang hilang dan ada pengundi yang tidak pun dikenali sesiapa dalam lokaliti setempat, hati disarangi curiga. Keadaan kecoh di Selangor dengan masalah senarai pengundi yang pada paginya tiada, tetiba muncul pula di petang harinya sungguh menimbulkan kemarahan rakyat. Keadaan menjadi lebih parah apabila tempoh pengundian dilanjutkan sehingga ke pukul tujuh malam. Kenapa agaknya?

Kejayaan besar BN dalam Pilihan Raya Umum ini yang sekaligus menguatkan kedudukan Abdullah adalah jawapan kepada persoalan itu. Dalam tempoh 4 tahun lalu setelah maruah UmnoBn dicalari, parti itu dengan kerjasama SPR telah membuat kerja makar. Strategi mengundi dua kali di kalangan ahli dan pendokong UmnoBn telah dilakukan dalam kadar yang besar dan ramai. Puluhan ribu pengundi yang mengkhianati Demokrasi ini telah diagihkan secara yang cukup licik bagi mencipta jurang majority yang memeningkan pemerhati. Itu lah punca BN kembali perkasa dan sekaligus berkuasa untuk 5 tahun lagi.
Bukannya kerana factor ketrampilan Abdullah Badawi! Tidak, sama sekali.

Ada pun yang dicanang akhbar dan media adalah untuk mengeliru dan menyediakan mental rakyat supaya menerima kejayaan yang telah disediakan SPR secara khianat itu. Apa yang ditulis ialah apa yang rejim UmnoBn mahu rakyat tahu. Imej PakLah dilakar begitu tampan dan hebat sedangkan anaknya terlibat dengan skandal peralatan nuclear. Malah lebih dahsyat apabila ia telah mengarahkan Petronas menganugerah tender Petronas sedangkan kosnya jauh lebih murah jika ditender secara terbuka. Imej Imam Islam Hadhari yang dicanangnya telah tertempelak dan menjadi hanyir apabila isterinya Endon telah dipeluk mesra dan digomoli pipinya oleh keturunan pemegang saham syarikat judi- Datok Hishamudin Hussein Onn melalui kucupan yang ditayang oleh siaran peti TV!!

Analisa pengundian secara sambil lalu telah membuktikan ada yang tidak kena. Semua jari menuding kearah SPR termasuk oleh Abdullah Badawi dan rakan-rakan Gagasan BN. Itu hanyalah sandiwara sahaja untuk mengabui watak dalang di belakangnya yang juga adalah merupakan diri mereka sendiri! Bukankah SPR di bawah ketiak Abdullah Badawi si Perdana Menteri?

Apa yang dituduh mereka sebagai pemindahan pengundi oleh pembangkang sebenarnya telah dilakukan mereka dengan meluas sekali. Kerja-kerja khianat begitu mudah dilakukan dengan kerjasama akomplis lainnya seperti JKKK dan juga pemimpin Bahagian. Mereka ini lah yang mengambil peranan membersihkan penyokong pembangkang dan menyelitkan nama-nama orang luar sebagai pengganti dan seterusnya berkuasa memilih Wakil Rakyat!!

Sudah tidak lagi emnjadi rahsia apabila nasib dan masa depan penduduk Sabah ditentukan oleh rakyat Filipina yang menjadi pelarian di situ! Begitu juga peranan keturunan Burma dan Selatan Thai yang menentukan pemerintah di Perlis dan Kedah! Khabar yang diterima dari seorang teman telah menunjukkan bagaimana Pekan Lunas yang 95 peratus penduduknya berketurunan Tionghua telah didominasi oleh keturunan India semasa pengundian dilakukan. Ini mendatangkan kehairanan yang amat kepada petugas parti dan juga kakitangan SPR sendiri!!? Jumlah mereka yang begitui ramai dan bertali arus telah menimbulkan kejengkelan dan dendam yang membuku. Tentu ada yang tak kena!

Kalau pun media mahu memuji akan kejayaan besar UmnoBn dalam Pilihan Raya Umum yang baru lalu itu, usahlah mereka menjual temberang membesar dan mengagungkan bapa Kamaludin itu. Buat lah satu slot khas atau dua mukasurat penuh bercerita tentang Presiden komponen ke 15 BN itu, yakni Pengerusi SPR yang juga dikenali sebagai Sial Punya RaSHIT!!

Dr. Nologareng