Kita Pertahankan Lunas, Kita Perebah BeEnd
Oleh Dr Nologareng
Bagi mereka yang begitu memahami demokrasi dan melihat dengan mendalam masalah negeri Jelapang Padi ini, itulah pegangan ringkas yang boleh disimpulkan dalam menyahut seruan demokrasi- mengundi!

Kita sebenarnya sudah kesuntukan masa untuk menyelamat maruah negara dan saki baki ekonomi yang cukup teruk disagat oleh salah pengurusan pemimpin negara dari UmnoBn. Lagi lama dibiarkan kekuasaan di tangan mereka, bermakna akan lebih dahsyat malapetaka ekonomi yang akan menimpa.

Kini negara kita sudah memasuki zon berhutang dalam segala tindak-tanduknya. Khazanah kekeringan, manakala tabungan awam ditimbuni dengan skrip nota dan bons sahaja. Jika dahulu, Tun Mahathir kerap berhutang dengan Jepun secara pinjaman mudah. Sebenarnya itu mudah pada bahasanya sahaja, walhalnya kita sebenarnya sudah pun menjual maruah. Kemudian negara terpaksa menjual Bon (surat gadai lah tu) untuk membiaya pengurusan negara dan juga untuk melunaskan bunga bon yang terdahulu.

Apakah PM baru Pak Lah berupaya menawarkan suatu pendekatan dan kelegaan kepada negara? Tidak mungkin jika dilihat dari sudut sejarah dan ekonomi semasa. Malah lebih dahsyat apabila anaknya telah menyeret negara ke dalam ribut politik dunia dengan penjualan peralatan nuklear haram melalui Syarikat Scope. Kalau kerajaan Pak Lah menyambung dua tahun lagi tempoh tahanan ISA (KMM) yang tidak pun mempunyai bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah, kenapa agaknya anaknya Kamaludin masih bebas lepas menghayun anunya ke sana-sini sedangkan penglibatan syarikat itu amat terang dan nyata!!? Di sini kredibiliti dan ketelusan Pak Lah teruji. Ternyata Pak Lah gagal.

Propaganda akhbar hanya menambah luka parah yang sedia ada kepada kepimpinan UmnoBn. Rakyat kecil tersenyum sumbing dan terpaksa menahan muntah apabila membaca laporan tentang ‘kejayaan’ 100 hari PM baru di atas takhta. Lebih memualkan apabila Najib yang menjadi jaguh kipasnya. Rakyat menyampah apabila melihat akhbar yang mengaku bebas secara terang-terangan menjadi khadam dan suara pemerintah. Tidak terdengar pun rakyat memuji akan gambar intim Pak Lah dan isteri. Begitu juga semasa mereka berdua membaca doa di kuburan ibunya.

Setengah orang mengatakan pembangunan hanya akan berjalan di kawasan yang dimenangi BN. Ternyata telahan itu salah dan datang dari orang yang berjiwa hamba. Pembangunan adalah kewajipan yang perlu dipenuhi dengan peredaran masa. Di Lunas kita, pembangunan terus berjalan, malah lebih ligat dari kawasan yang dimenangi BN sendiri. Dalam masa yang sama masih terdapat kampong yang menggunakan jalan tanah merah dengan tiadanya bekalan elektrik, sedangkan kawasan itu adalah kubu kuat UmnoBn sejak merdeka lagi. Begitu lah caranya mereka menjual temberang dan memperbodohkan rakyat dan orang Melayu.

Apa yang kita perlu ialah sebuah kerajaan yang telus, prihatin dan menerapkan pembangunan fizikal dan insan dengan berhemah. Kita sudah jemu dan muak dengan kerajaan yang boros, cakap tidak serupa bikin dan juga yang rakus memenuhi kantung sendiri. Kita katakan TIDAK kepada BN. YA kepada Barisan Alternatif BA.

Dr. Nologareng - 14.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN