Polis Rampas 3 Baldi Wang Syiling RM1 Palsu
Oleh Dr Nologareng
‘Sejumlah wang syiling RM1 palsu yang bernilai RM20,000 telah dijumpai di sebuah kilang terbiar di Sungai Bakap Nibong Tebal. Bersamanya juga dijumpai pelbagai mesin yang berkaitan dan juga beberapa rod tembaga yang merupakan bahan untuk menempa wang palsu itu. Dikatakan dua orang anggota polis telah mengesyaki sesuatu yang kemudiannya pergi ke Balai Polis Daerah untuk mendapatkan seorang lagi anggota untuk dibuat serbuan.  Kedua orang polis itu juga dikatakan telah melakukan pemantauan di kawasan terbabit yang disangka sebagai sarang perjudian.  Akhirnya mereka telah menjumpai 3 baldi duit syiling palsu dengan penjenayahnya terlepas. Walau pun begitu, anggota polis terbabit sempat mencatatkan nombor pendaftaran kenderaan di tempat terbabit.’- Terjemahan ringkas The Star 7 Februari 2004.

Sekali imbas membaca petikan akhbar itu macam tak ada apa-apa untuk dimusykilkan, malah kita secara psikologinya telah dicatur untuk memuji dan mengkagumi tindakan tiga orang anggota polis itu yang berjaya melumpuhkan sindiket wang syiling palsu di negara kita. Apa pun, ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana industri haram itu memang sudah lama diketahui, cuma ianya jarang-jarang sekali yang berjaya dibanteras.

Daripada laporan terbabit, sebenarnya terdapat beberapa fakta yang agak meragukan dan menimbulkan curiga pula pada akhir pembacaan kita. Pertamanya jumlah anggota yang pergi membuat serbuan yang hanya tiga orang itu. Keduanya, cara anggota polis itu memanggil bantuan. Ketiganya, fakta yang tapak kegiatan itu ditinggalkan penjenayah dengan beberapa hasil tangkapan untuk dibuat laporan seperti tiga baldi wang syiling, beberapa peralatan dan juga batang-batang rod tembaga. Keempat adalah harapan palsu yang diberi polis dengan nombor kenderaan penjenayah yang dicatatkan.

Memang menjadi kelaziman untuk anggota polis GD untuk meronda secara berpasangan. Pada kebiasaannya mereka dilengkapi dengan senjata minima- pistol, cotar dan gari serta alat perhubungan walkie talkie. Apabila meragui atau mengesyaki sesuatu, pada kebiasaannya mereka akan menghubungi balai berdekatan atau ibu pejabat mereka untuk bantuan atau tindakan lanjut. Di sinilah kecurigaan pertama yang mahu kita kongsi bersama. Kenapa agaknya mereka perlu untuk pulang dahulu ke Balai Polis Daerah sedangkan alat perhubungan banyak dan berselerak, dari walkie talkie yang sebesar lengan di pinggang, handphone dalam poket mereka (milik peribadi) sehinggalah ke telefon awam yang berderet tepian jalan?? Apakah ianya prosedur baru yang dikeluarkan KPN Bakri ataukah memberi peluang untuk penjenayah melarikan diri?

Kenapa agaknya yang pergi membuat serbuan itu hanya tiga orang sahaja? Kenapa tidak sedozen atau setengah dozen sekurang-kurangnya? Bukankah tempat itu disyaki sebagai sarang jenayah. Semestinyalah si penjenayah itu lengkap bersenjata dan ramai pula jumlahnya. Kalau dalam mengganggu ceramah PAS/ Keadilan, mereka boleh menghantar dua lori anggota dan FRU sedangkan jenayah tidak pun dilakukan, kenapa pula hanya tiga orang anggota buat serbuan? Apakah ianya lebih mudah untuk berkompromi dan berpakat dengan penjenayah yang dibiarkan terlepas itu?

Amat malang sekali bagi anggota yang membuat serbuan setelah catatan rekod dibuat, apabila mendapati penjenayah hilang bersama-sama dengan bahan bukti. Alamat akan kena latu dan cemuhan pegawai atasan mereka yang mungkin berpangkat ASP atau Inspektor. Kenapa pula beberapa peralatan ringan dan wang palsu itu ditinggalkan? Sebagai mengukuhkan cerita dan juga melegakan anggota yang menyerbu supaya tidak dilatu! Mungkin dalam sidang akhbar ditunjukkan segala peralatan yang dirampas, kita tidak pasti. Akan tetapi itu pun boleh dipentaskan mereka jika mahu.

Seperkara lagi yang menimbulkan curiga ialah pengumuman polis bagaimana anggotanya berjaya mencatat nombor kenderaan yang dipercayai digunakan oleh penjenayah cetakan wang syiling palsu itu. Apa maksud mereka memberitahu maklumat itu? Sebagai penawar kepada kegagalan yang direka sehingga penjenayah angkat kaki? Ataukah ianya sebagai sinar harapan palsu kepada rakyat untuk menjungkit imej PRdM yang kini terbenam di dalam lumpur sehinggakan memerlukan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk memulihkannya? Adalah menjadi kebiasaan dan tradisi bagi penjenayah menggunakan nombor kenderaan palsu. Amat malang nanti orang yang tidak bersalah akan terseret ke balai polis untuk diseligi dan disiat-siat. Sering kali juga mereka yang tidak berdosa ini akan teraniaya sehingga ada yang tercabut nyawanya. Perhatikan kes yang berlaku di Balai Polis Butterworth, Sentul dan sekitar Kuala Lumpur. Penjenayah terlepas, orang lain pula yang mendapat getahnya.

Memang banyak persoalan yang timbul dalam kes ini. Kita boleh menganggap keseluruhan operasi itu melucukan lagak sebuah pementasan Senario sahaja. Akan tetapi itulah yang terjadi apabila institusi itu telah disalahguna oleh pemerintah selama ini. Mereka sudah tidak tahu lagi bidang kerja yang sebenarnya. Bukan lagi satu yang mengejutkan atau menghairankan orang awam apabila anggota PRdM terlibat sebagai perompak, pemeras ugut, penyangak mahupun perogol. Inilah legasi yang telah ditinggalkan Tun Mahathir Kepala Taik.

Dan budaya pelik, songsang dan membingungkan ini diteruskan pula oleh PM PakLah Badawi. Seorang penjenayah tersohor rakan akomplis Presiden MCA, Jackie Chan telah dibebaskan setelah hanya setahun ditahan di Simpang Renggam. Ini adalah Taiko nombor wahid samseng Triad Cina di Malaysia. Ketua nombor satu dalam dunia gelap atau underworld. Bedebah yang telah dibebaskan atas keizinan PakLah itu terlibat dengan pelbagai jenayah, daripada yang kecil sehinggalah yang seberat-berat jenayah dalam negara. Pembunuhan adalah mainannya. Ada yang dicabut nyawa atas arahannya secara menanam hidup-hidup. Ada satu keluarga telah ditembak mati di Sungai Petani. Ianya hanya sebahagian sahaja. Soalnya kenapa PakLah telah menandatangani pembebasan itu? KENAPA??

Ternyata benar seperti kata sesetengah orang yang PM hari ini adalah seorang yang lembik, lemah dan tiada keberanian. Ia hanya berani kepada bangsa Melayu yang masih bersabar diasak dan dihina. Tetapi ia harus merasa waspada. Setiap kesabaran ada hadnya. Gelombang di bawah akan timbul juga di permukaannya akhirnya nanti. PakLah dengan mudah telah dicatur oleh Presiden MCA- DS Ong Ka Ting yang meningkat dalam MCA dengan pengaruh samseng Triad. Soal kita kenapa orang yang begitu busuk dan hanyir reputasinya boleh dibebaskan semudah itu? Kenapa pula untuk DS Anwar Ibrahim, ‘anggota’ KMM- al Maunah, JI serta pelajar Agama Islam di Pakistan lain pula cara mengendalinya? Barangkali kerana mereka tidak membunuh orang!

Apakah cukup dengan testimoni Najib untuk mengatakan PakLah sebagai PM yang cemerlang? Atau bolehkah kisah wang syiling tiga baldi itu memantulkan imej Polis yang kusam itu?

Memang haru.

Dr. Nologareng - 08.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN