Pertanyaan Terbuka Kepada Hassan Shukri Dan PAS
Oleh Dr AQ
Beberapa penulisan dalam Internet mempersoalkan tentang pernyataan Haji Hassan Bin Haji Shukri, Naib Presiden PAS, seorang senator (tiket Terengganu), “ulama” lulusan universiti Baghdad, penyumbang tenaga untuk hukum hudud dan negara Islam Malaysia (tenaga utama?) tentang kebebasan Dato’ Seri Anwar bin Haji Ibrahim sekarang. Hassan antara lain berkata:
 “Kita jangan terlaju dalam menerajui isu Anwar kerana jika diteliti secara betul-betul tuduhan ke atas Anwar, dia tetap bersalah, cuma keraguan berlaku tentang tarikh kejadian. Sebab itu dia (Anwar) terlepas. Jika mahkamah bertindak semula, ini akan mengaibkan PAS”
Kami dengan beberapa kawan yang beragama Islam, terutamanya yang mengikuti proses pembentukan negara Islam dengan perkenalan perlembagaan dan HUKUM HUDUD maka kami ingin tahu jawapan dengan beberapa pertanyaan antara lain sebagai berikut :

1. Apa pandangan Tuan Haji Hassan tentang kedudukan Badan kehakiman Malaysia dari segi Islam (Ahlussunnah wa-ljamaah) dan PAS. Terutama jika terdapat perbezaan “fahaman” Islam  dalam PAS?

2. Apa dasar hukum hakam mengenai tuduhan zina termasuk bab liwat?
Ini termasuk semua sudut : kewibawaan hakim, tuduhan, penuduh, pembela, saksi dan juga kewibawaan tiga badan tria-politica negara terpenting?
 
3. Apakah Tuan Hassan Bin Haji Shukri ini secara peribadi berfahaman “secular”  yang dibentuk oleh tingkah laku politik atau ada unsur “profit from it”?
 
4. Apakah Tuan Haji Hassan Bin Haji Shukri mengikuti dan membaca semua penulisan dari  pihak pembela baik ia disebut di mahkamah dan juga di luar mahkamah.  Begitu juga apakah tuan tahu atau pernah membaca tentang “pendapat” Alm. Tan Sri Harun Hashim yang siang-sinag “menolak” cara dakwaan yang berlaku.

5. Apakah tuan memberi “ketentuan” dengan menolak “pembelaan Anwar” dan dengan demikian memperlihatkan kehebatan tuan sebagai seorang ”hakim Islam” dalam Parti ISLAM Se Malaysia atau itulah bayangan bentuk badan kehakiman dalam negara Islam yang PAS/tuan  perjuangkan selama ini?

6. Pendek kata, jika tuan sebagai pemimpin atau hakim atau peguam di dalam ‘negara Islam Malaysia perjuangan PAS’ maka segala keterangan pihak penuduh/pendakwa yang demikian rupa latar belakang mereka  dapat diterima pakai?
 
7. Apakah tuan menolak semua buku dan penulisan tentang pembelaan terhadap Anwar yang ditulis antara lain oleh Presiden PAS, Tuan Haji Abdul Hadi Bin Awang, penulisan dalam Harakah dan lainnya?

8.  Apakah Haji Hassan Shukri sanggup dibelasah 80 kali bersama dengan penuduh/pendakwa dengan pendokongnya dan mereka yang menyokong Haji Hassan kelak di akhirat [mungkin di dunia lagi ada kifarat secara jasmani atau rohani. Allah Yang Mengetahui]  kerana tidak memberikan bukti empat saksi berwibawa dalam tuduhan berkenaan.

9. Tuan mendapat upah/gaji sebagai seorang senator (peluang diberi oleh PAS Terengganu) untuk bercakap dalam Dewan Negara. Apa isu terpenting yang pernah diketengahkan oleh tuan? Sebab kami tidak dapat membaca Harakah setiap kali keluarannya.

10. APAKAH PERNYATAAN HAJI HASSAN ITU SATU  MAQAM “BIJAKSANA” ATAU PUN “BIJAKSINI” POLITIK YANG HANYA BERTARAF  JUALAN PASAR LAMBAK ATAU BARANGAN “LEFT OVER” DARI SUPER MARKET?

11. ALLAH lebih mengetahui apa yang ditentukan hambaNya. Sebab Allah memperingatkan bahawa jika sesuatu yang bathil atau tidak benar itu [orang atau kumpulan] Allah menarik [sedikit] unsur “kebijaksanaan” mereka. Jadi, jika tuduhan seperti yang dilarang Allah itu diserupakan “gading” terbaik, tetapi gading mana yang tidak retak?

-------Dia menerangkan sebenarnya dan Dia-lah sebaik-baik pemberi keputusan.  Al-An’am 57

Perhatikanlah bagaimana mereka mendustakan atas diri mereka sendiri dan telah hilang apa yang mereka ada-adakan itu Al-An’am  24.
**Seterusnya  kami ingin melihat tafsiran bagi mereka yang bercakap atas nama Allah dan Rasul yang mendapat upah yang lumayan (lihat  surah Al An’am 90 dan Yasin ayat 21).

DAN TELAH SEMPURNALAH KALIMAT (RABBIKA) TUHANMU (Al Qur’an) DENGAN KEBENARAN DAN KEADILAN. TIDAK  ADA YANG DAPAT MERUBAH-RUBAH KALIMATNYA DAN DIA MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI.

SEMOGA KITA TIDAK SESAT DAN DISESATKAN. BAGI PEMIMPIN JADIKANLAH DIRI SEBAGAI AIR MUTLAQ YANG SUCI LALGI MENYUCIKAN.

Maaf dan Selamat Berpuasa.

Dr. AQ - Petaling Jaya - 13.10.2004 (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: