Gara-gara `Terlebih Sokong BN` 
Nazir Masjid Diserang `Penyakit Terkejut`
Para jemaah Masjid Sultan Ibrahim (Masjid Daerah) Kuala Selangor diberitakan agak terperanjat dengan perubahan yang berlaku ke atas Tuan (Mr) Hj Mokhtar Wahab selepas pilihan raya umum baru-baru ini.

Mr Mokhtar Wahab selaku Nazir masjid berkenaan dikatakan kerap kali terkejut tidak tentu punca. Raut mukanya sentiasa cemas. Jika ada para jemaah bertanyakan khabar, Mr Mokhtar menganggap pertanyaan tersebut seolah-olah memperli beliau.

Apabila ditanya “Apa khabar?” Mr Mokhtar akan lekas-lekas merentap tangan sipenanya sambil menjawab “Apa? Kamu lihat saya tak sihat ke?”

Mr Mokhtar merupakan salah seorang daripada beberapa kerat manusia yang agak berilmu di Bandar Baru Kuala Selangor yang sudah terbukti begitu totok menyokong Barisan Nasional. Pendirian politiknya pernah dibandingkan dengan seorang apek penjual arak di Pekan Lama Kuala Selangor yang menyokong Barisan Alternatif.

Isu yang dihebahkan melalui sebaran Internet sebelum pilihan raya umum lalu difahamkan begitu menyakitkan hati Mr Mokhtar. Sang Nazir itu pernah mengugut akan membacakan Yaasin terhadap penulis yang didakwa menjatuhkan maruah beliau.

Khabarnya Sang Nazir telah menuduh secara serkap jarang individu tertentu (kebetulan penyokong BA) terlibat dengan sebaran tersebut. Akibatnya timbul ketegangan di antara kedua-duanya, mujurlah ada orang tengah yang bertindak menenteramkan suasana. Akhirnya Mr Mokhtar mengakui kesilapannya seraya memohon maaf sebanyak enam kali.

Walau apa pun pengakuan kesilapan itu hanya boleh dipakai ketika itu jua, sebaik-baik saja sampai saat pilihan raya Mr Mokhtar melupai segala-galanya.

Lupa dirinya sebagai seorang Nazir, lupa dirinya selaku Ustaz, lupa diri selaku Imam 2 dan lupa diri sebagai umat Muhammad apabila dia terus bersekongkol dengan parti pendokong kezaliman dan asobiyyah Umno sedangkan apek penjual arak tadi bertambah kuat menyokong BA.

Apabila ditanya oleh seorang ahli jemaah masjid “Bukankah salah hukumnya menyokong Umno!” Mr Mokhtar menjawab “Memang salah! Tetapi saya tidak ajak orang lain mengikut saya.”

Betulkah jawapanmu itu Mr Mokhtar? Tak betul sama sekali! Kerana jawapanmu itu hanya layak diguna pakai oleh orang jahil. Kalau Mr Mokhtar masih berdegil dengan jawapan itu saya cabar mulai esok agar kamu memakai seluar pendek ke mana-mana sahaja kamu pergi.

Apabila ada orang bertanyakan bukankah tidak menutup aurat (memakai seluar pendek) itu haram hukumnya. Bolehkah kamu katakan: “Memang haram! Tetapi saya tidak ajak orang lain memakai seluar pendek seperti saya.”

Fikir Mr Mokhtar jangan mempersia-siakan akalmu itu dan terlebih penting di mana letaknya `Sifat Dua Puluh` yang pernah kamu ajarkan kepada para ahli jemaah dulu?

Tinggal di dalam kitab sahaja atau kamu sendiri pun tidak faham apa yang telah kamu ajarkan itu. Jika begitu darjat mu Mr Mokhtar lebih kurang burung kakaktua sahaja.

Kalau esok atau lusa terdapat ahli jemaah masjid yang enggan berimamkan kamu lagi,jangan salahkan mereka kerana tiada seorang pun manusia Muslim Mukmin yang sanggup berimamkan burung kakaktua di dalam solat mereka.

Hari ini kamu Mr Mokhtar diberi amaran dengan `penyakit terkejut`, cuba bayangkan kalau esok kamu `mati terkejut`.

Bukankah di dalam Khutbah Jumaat sering dibaca ayat Al-Quran yang bermaksud “….Jangan kamu mati melainkan dalam keadaan Muslimun (menyerah diri)”. Bagaimana kalau mati di dalam keadaan Umnowuuun? Tak takut ke Mr Mokhtar?

- Dollah Dagang  - 07.04.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN