Umno Keluar Pas - Keadilan Masuk Umno Semula
Calon-calon BN Barisan Nasional di Parlimen Kuala Selangor dan di ketiga-tiga DUN yang dipertandingkan kian terdesak sehingga sanggup melakukan pembohongan terang-terangan.

Dua hari lalu, 16 Mac 2004 bertempat di Dewan Dato Abu Hassan Kompleks Bangunan Umno Kuala Selangor berjalan suatu majlis pembohongan yang tiada taranya. Pakar pembohong Daud Tarihep juga selaku calon Parlimen BN kononnya menerima kemasukan 308 orang ahli keADILan dan Pas ke dalam Umno.

Dalam majlis pembohongan itu dikatakan seramai 184 ahli Pas Cawangan Assam Jawa dan 124 ahli keADILan Cawangan Seri Jaya telah memasuki semula Umno kerana tidak yakin dengan perjuangan BA.

Mengikut laporan Bernama (Berita Nasional Malaysia) pula seramai 500 orang ahli BA di tempat yang sama telah menyertai Umno. Mana satu yang betul? Satu pihak melaporkan 308 (laman web penjilat Umno) dan satu pihak lagi 500 ?

Jawabannya kedua-duanya berbohong kerana melaporkan berita bohong dari seorang pakar bohong.

Sementara itu seorang jurucakap BA Kuala Selangor berkata: “ Kalaulah seramai itu ahli Pas dan keADILan memasuki Umno sudah tentu di Assam Jawa tidak ada seorang pun pembangkang yang tinggal lagi. Ahli Pas yang berdaftar pun tidaklah seramai itu (184) manakala tidak ada seorang pun ahli keADILan apa lagi cawangan yang berdaftar di situ.”

Sambung jurucakap BA itu lagi : “ Kalau nak berbohong pun biarlah masuk akal. Daud berbohong satu hal lah,memang tak hairan pun,kalau pasal bini dua tiga pun sanggup sorok-sorok inikan pula hal lain. Tetapi apa yang agak musykil mengapa Ustaz Sayuti calon BN DUN Bukit Melawati sanggup merestui pembohongan Daud. Kalau Ustaz pun bersyubahat dengan pembohongan dan fitnah siapa lagi yang nak diharapkan boleh berlaku jujur di dalam Umno ?”

Seorang veteran wanita Umno pula dengan nada sedih berkata: “ Kalaulah betul Encik Daud tergamak merosakkan rumah tangga seorang pemimpin Puteri Umno Bahagian sehingga bercerai berai,makcik betul-betul kesal. Sebagai seorang pemimpin dia sepatutnya jadi pagar yang mengawal tanaman bukan pagar yang memakan tanaman.”

Manakala seorang peniaga keturunan Cina juga pemimpin MCA tempatan meluahkan rasa geramnya kepada Daud: “Belum jadi YB dia sudah banyak act, saya pun dia kasi warning sebab sudah kasi stop supply barang yang dia order. Macam mana saya mau supply… sudah lama saya tolong sama dia tapi satu sen pun saya tak dapat. Ada projek 5 million ringgit,semua dia kasi sama member kamcheng saja,saya langsung tak dapat.”

“Saya beli barang bukan free, semua pakai wang lagi pun saya berniaga kongsi sama abang ipar. Daud sama dia pun machai Mat Nita kalau mau barang pakai order saja,tak pernah bayar. Saya tak boleh tahan..last-last saya cakap sama dia orang, ada duit ada barang. Bila dengar itu, Daud terus marah dan warning saya kalau dia naik nanti jangan harap dia akan tolong saya. Pergi matilah…. selama ini pun saya tak pernah minta tolong dengan dia,saya boleh terus hidup.” tegas peniaga mini market itu lagi.

Seterusnya peniaga mini market itu menjelaskan bukan dia sahaja yang sudah bosan dengan perangai Daud itu malah seorang lagi yang sudah menjadi pengikut Daud hampir 20 tahun bernama Goh dari Pasir Penambang turut menarik diri.

Goh dikatakan telah diberi amaran keras oleh Hj. Jani adik kepada Daud kerana berpaling tadah. Goh bukan berpaling tadah tetapi sudah tidak tahan diperlembukan oleh Daud begitu lama tanpa sebarang faedah.

Bukan sahaja Goh dan peniaga mini market tersebut tidak menyukai Daud,bahkan sebahagian besar daripada ahli-ahli MCA dan penduduk keturunan Cina di Parlimen Kuala Selangor tidak percaya bahawa Daud akan dapat menolong menyelesaikan masalah mereka.

Rata-rata mereka berpendapat: “Kalau kali ini kami kasi undi sama parti lain, mungkin dia orang boleh bikin ini negara lebih adil dan baik.”

- Dollah Dagang  - 18.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN