Pekedai Arak Sokong BA,Nazir Masjid Daerah Sokong BN
Seorang pekedai menjual barangan antik dan aneka jenama arak adalah di antara ratusan pengundi dari kalangan masyarakat bukan Islam di Pekan Lama Kuala Selangor khususnya kaum Tionghua yang telah berjanji akan memberi sokongan kepada calon Pas (BA) pada p/raya umum akan datang.

Hal tersebut berlaku apabila BA Kuala Selangor menganjurkan program kempen dari premis ke premis kepada kumpulan masyarakat berkenaan akhir Februari lalu. Program tersebut dibantu oleh Encik Goh yang didatangkan khas dari Kelantan.

Masyarakat Tionghua lokal amat mengalu-alukan kehadiran Goh kerana ingin tahu dari mulut wakil masyarakat Cina Kelantan itu sendiri perkembangan sebenar kerajaan dua buah negeri di Pantai Timur Semenanjung di bawah pimpinan YAB TG Dato Nik Abd. Aziz Nik Mat dan YAB TG Dato Seri Hj. Abd. Hadi Awang.

Walaupun kebanyakan mereka belum lagi berpeluang melihat sendiri keadaan sebenar di Kelantan dan Terengganu, tetapi mereka kelihatan amat berpuas hati apabila Goh menjelaskan situasi di sana amat berbeza dengan apa yang dipropagandakan oleh media Umno BN.

Hairan ya! Seorang manusia bukan sahaja belum Islam malah menjual arak pula, tanpa dipaksa oleh sesiapa sudah berani berjanji akan memberikan `undi solid` satu keluarga (seramai 6 orang) kepada calon Pas (BA) di dalam DUN dan Parlimen Kuala Selangor.

Tetapi seorang lagi manusia bukan sahaja Islam sejak lahir malah bergelar ustaz dan berjawatan Nazir Masjid Daerah, Masjid Sultan Ibrahim masih takut untuk menyokong BA.

Bukan sahaja sipenjual arak yang menyatakan kesediaannya untuk menghalang BN dari terus menyalahgunakan kuasa,bahkan ramai lagi yang seiya-sekata berikrar di hadapan bakal-bakal calon dan jurukempen BA: “Kami masyarakat Cina tidak mahu hanya untung sehari tapi mahu senang lima tahun,oleh itu encik-encik jangan susah kami akan berikan undi kami kepada BA.”

Sang Nazir itu pula bukan saja tidak menyokong BA (Pas) bahkan menerima pula jawatan sebagai AJK Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor. Tiada siapa pun yang memaksa beliau menerima jawatan itu jika bukan dirinya sendiri.

Ustaz Hj Mokhtar bin Abd Wahab selalu membebel bahawa Masjid tidak boleh dijadikan gelanggang politik sehingga beliau sanggup memarahi sesiapa sahaja yang cuba mengedarkan risalah berbau politik kepartian di kawasan premis berkenaan.

Contohnya Jumaat lepas 27 Februari 2004 beliau memulangkan semula sehelai `pamplet` Ke Arah Selangor Baru yang diterimanya dari seorang penyokong BA kepada seorang lagi penyokong BA (Pas) sambil berkata: “Apa ini? edarkan risalah politik di dalam Masjid?”

Bagaimana pula nanti jika ada risalah propaganda Umno tersebar, apakah Ustaz Mokhtar akan melenting juga? Jawabnya tidak! kerana selama ini sudah terlalu banyak propaganda Umno seperti Memo Palsu dan Marahkah yang diedarkan di Masjid Daerah itu,tetapi sengaja didiamkan oleh Hj. Mokhtar dan geng-gengnya.

Soalnya siapakah yang lebih rasional, Si Nazir kah atau seorang Cina bukan Islam penjual arak?

Si Penjual Arak walaupun kesahihan sokongannya hanya akan ditentukan selepas pengiraan undi dibuat pada p/raya umum nanti, setidak-tidaknya dia telah mula berani menyatakan sokongannya kepada BA (Pas).

Akan tetapi Si Nazir yang kerap berpesan “It-taqullah…..” pada setiap Khutbah Jumaat di mana beliau menjadi Khatib ,masih lagi takutkan manusia tak sudah-sudah.

Kalau beliau sendiri yang takut boleh saja dibiarkan tetapi masalahnya beliau turut mengajak orang lain agar menjauhi perjuangan BA (Pas). Apakah Islam Hadhari tajaan Umno BN itu lebih hebat dari Islam yang berpandukan Al-Quran dan As Sunnah? Jawablah wahai Sang Nazir!

- Dollah Dagang  - 03.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN