Dolah Mula Memasuki Zon Pembohongan
Hampir tiga bulan Dolah Badawi menggantikan Mahathir sebagai PM. Di sepanjang tempoh itu tidak ada sesuatu pun yang boleh dilabelkan sebagai `kesan tangan Dolah` sama ada di dalam parti pimpinannya mau pun negara.

Berbeza dengan bekas PM Tua Mahathir di mama dalam tempoh yang sama telah memperkenalkan kad perakam waktu dan menjolok jam bagi menyelaraskan waktu di Semenanjung dan Sabah-Sarawak.

Sekurang-kurangnya ketika itu, Mahathir berjaya membuat sedikit pembaharuan walau baru tiga bulan menggantikan Tun Hussien Onn.

Apa yang mampu dilakukan oleh Dolah untuk dilihat sebagai PM agar tidak dikata sebagai klon Mahathir hanyalah membebel tak sudah-sudah. Pembanterasan rasuah yang diwar-warkannya sebaik-baik memasuki pejabat paling berprestij di Putrajaya, kini kian lenyap dibawa angin berlalu.

Pemulihan imej untuk meningkatkan prestasi dan integriti beberapa buah agensi kerajaan yang turut diagendakan sebagai salah satu visi penting PM baru itu, tidak menampakkan sebarang tanda positif bahkan kian berkecamuk.

Masyarakat antarabangsa pula masih menganggap Malaysia sebagai negara jakun apabila undang-undang barbarik terus dipergunakan untuk mengekang kebebebasan rakyat. Beberapa siri tangkapan baru dan pelanjutan tempoh tahanan ISA terus dibuat sesuka hati.

Budaya bodek dan laporan bohong yang telah diamalkan begitu berleluasa oleh media massa di zaman PM Tua Mahathir tidak sedikit pun mengendur meskipun Dolah beriya-iya mahukan perkara tersebut diberhentikan.

Umno-BN yang sudah retak seribu di bawah cengkaman Tun Kepala Taik menanti saat untuk berkecai.

Tanpa bantuan media massa pembodek perdana yang berperanan menyembunyikan perang dalaman parti pemerintah itu sekali gus menyerang pihak oposisi habis-habisan, nescaya Umno-BN tak ubah seperti sebuah pulau buangan yang menempatkan segala jenis jakun, lanun, perompak dan penyamun.

Terbaru, sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA dan Gerakan di Wisma MCA pada 22 Januari 04 memperlihatkan PM Lembik (sesetengah orang kata PM Mati Pucuk) mula memasuki zon baru di dalam proses menggilap `karismanya.`

Pada sidang media di majlis tersebut Dolah dengan wajah dan tutur-kata tak tentu arah menjelaskan bahawa sistem kehakiman di negara ini adalah yang terbaik. Pihak eksekutif katanya memberi kebebasan sepenuhnya kepada para hakim untuk membuat apa-apa keputusan. Dia sendiri yang telah menemui para hakim untuk memastikan perkara tersebut dilaksanakan.

Kenyataan Dolah itu adalah sebagai menjawab dakwaan DSAI, pihak pembangkang dan masyarakat antarabangsa bahawa PM Lembik itu terlibat mengarahkan Pajan Singh dan dua orang lagi hakim Mahkamah Rayuan supaya menolak permohonan rayuan ikat jamin Anwar Ibrahim pada 21 Januari lepas.

Nampaknya Dolah belum cukup professional untuk berbohong. Tidak seperti Mahathir yang begitu berselamba setiap kali dia berbohong walau di mana dia berada dan dengan `skill pembohongan` itulah dia berjaya memilikdirikan Malaysia selama 22 tahun.

Dolah selaku Imam Umno wajib belajar dengan Tun (Dr. Ir.) Kepala Taik untuk mengimplementasikan struktur dan teknik pembohongan zero-defect.

Bukankah Mahahthir baru sahaja memperolehi Ijazah Doktor Kehormat Bidang Kejuruteraan dan Pengurusan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)? Rugi besar kalau Dolah tak mahu belajar daripada Mahathir.

Cucu Allahyarham Abdullah Fahim sudah pandai berbohong. Mana mungkin dia tidak mengaku mengarahkan Pajan Singh supaya terus menyiksa Anwar, sedangkan keputusan untuk menafikan permohonan ikat jamin tersebut sudah tersebar seawal jam 12.30 t/hari di kalangan ratusan penyokong Anwar yang sejak pagi-pagi lagi berhimpun di Istana Keadilan Putrajaya.

Ertinya Dolah melalui mesyuarat Kabinet pada hari tersebut telah memutuskan untuk menafikan hak Anwar dan Sukma. Jika tidak mengapa Pajan Singh hanya membacakan `keputusan Dolah` itu pada jam 4.00 petang.

Jelaslah sudah satu-satu Imam Umno yang agak betul bacaan Fatihahnya, jika dibandingkan dengan imam-imam sebelumnya (Mahathir kata sesetengah orang tak pandai membezakan –menyebut Ha dengan Kha) lidah bercabang.

Dolah kononnya amat memarahi golongan yang cakap tak serupa bikin. Golongan tersebut jelasnya lagi tidak layak bekerja bersama-sama dengan dia. Tapi siapa sebenarnya golongan cakap tak serupa bikin itu?

Dolah lupa pada dirinya sendiri. Dialah sebenarnya kepala kepada golongan itu malah lebih dahsyat apabila dia sendiri sudah mulai berbohong hidup-hidup.

Dalam pada itu, penulis walau pun meluat dengan Samy Vellu Presiden MIC, namun dia kelihatan `jujur` apabila diminta membuat statement oleh pihak media di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina berkenaan. Kata Samy: “Kita patut meneruskan sambutan seperti ini untuk mengeratkan lagi perpaduan bangsa Malaysia sampai bila-bila pun. Tengok hari ini semua orang hadir, PM baru pun ada, PM lama pun ada.”

`Kejujuran` Samy Vellu bukan dibuat-buat ianya terpacul secara spontan. Ertinya di dalam benak Samy, Mahathir belum pergi lagi. Malaysia kini ada dua PM seorang lama manakala seorang lagi baru. Soalnya siapa PM sebenar? Yang lamakah atau yang baru?

Kalau diamat-amati dengan mata kasar dan mata hati yang lama itu masih lagi cukup berkuasa jika dibandingkan dengan yang baru- kurang berkuasa lembik pula!

- Dolah Dagang  - 10.45 pg - 23.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN