DO Kuala Selangor Sedang Menggali Lubang Kubur Sendiri
Kasihan sungguh kita melihat Tn. Hj. Shamsuddin Hj. Lias, Pegawai Daerah Kuala Selangor
yang sedang bermimpi akan menjadi wakil rakyat. Lama sebelum dipindahkan ke Kuala Selangor pada bulan September lalu,beliau telah melakukan kerja-kerja sebagai wakil rakyat BN tidak rasmi di Dun Sungai Burong yang diwakili oleh Dato’ Hassan Ali, Naib Presiden Pas.

Bukan menjadi rahsia lagi, beliau telah melabur ratusan ribu ringgit di Dun Sungai Burong untuk menarik perhatian pemimpin Umno dan pengundi setempat. Difahamkan pelaburan tersebut berbentuk pemberian projek-projek PLB (Pembangunan Luar Bandar) di bawah bidang kuasanya kepada kontraktor-kontraktor tertentu - kebanyakannya pemimpin Umno.

Dikatakan juga Hj. Shamsuddin mendapat `sponsor` daripada beberapa orang ahli perniagaan. Di antaranya Hj. Shafik Omar, pengusaha barangan lusuh (besi buruk) di Subang.

Hj. Shafik yang pernah dipecat daripada Umno satu ketika dulu, kini digelar sebagai `Mursyidul Am Hj. Shamsuddin Lias` oleh kakitangan Pejabat Daerah Kuala Selangor yang mana Shamsuddin menjadi big bossnya. Begitulah intimnya hubungan mereka berdua.

Di samping bertindak sebagai `sponsor utama` Hj. Shafik juga hampir tiap minggu turun dari Shah Alam ke kawasan Dun Sungai Burong untuk melakukan kerja-kerja politik Hj. Shamsuddin.

Pengusaha besi buruk ini juga pernah bersahabat baik dengan YB Dato’ Noh Omar, SU Parlimen di JPM merangkap Ketua Penaja Umno Bahagian Tanjong Karang. Dun Sungai Burong adalah di dalam Parlimen Tanjong Karang.

Menurut Hj. Shafik ,dia pernah bersama-sama Dato Noh membelasah seorang remaja Cina sehingga menyebabkan kematian ketika menuntut di Sekolah Menengah Teknik Kuantan akhir tahun tujuh puluhan.

Seperkara lagi, Hj. Shafik amat dikenali sebagai oportunis. Dia tak ragu-ragu untuk melabur wang ringgit seberapa banyak di dalam parti bagi kepentingan dirinya sendiri. Dia juga amat terkenal sebagai pemberi rasuah paling nekad untuk mendapatkan projek –biasanya barangan lusuh dari syarikat dan agensi tertentu – contoh: Kementerian Pertahanan, TNB, Kementerian Pertanian, Telekom dll).

Mungkin Hj Shamsuddin tidak menerima cukup maklumat; latar belakang `sponsor utamanya` itu. Jika beliau tahu sudah tentu beliau akan menyisihkan diri daripada Hj. Shafik.

Di sepanjang penglibatan Hj Shafik sebagai sponsor untuk menaikkan orang-orang tertentu di dalam Umno Kuala Selangor sebelum daripada ini menemui kegagalan.

Bukan setakat orang yang disponsornya gagal, malah Hj Shafik sendiri ditewaskan oleh seorang Pembantu Makmal Estet Sungai Tinggi, En. Rahim Yatim di dalam merebut jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Bhg. Kuala Selangor pada tahun 1998. Ertinya siapa saja yang disponsor, termasuk Hj. Shafik sendiri belum pernah menempa kejayaan.

DO Kuala Selangor, yang sedang dinyanyikan oleh Hj. Shafik dikhuatiri akan menerima nasib malang sekiranya tidak berhati-hati. Tidak mudah buat DO itu untuk mengetepikan veteran-veteran Umno Tanjong Karang yang sudah lama mengidam jawatan wakil rakyat.

Lagipun pengaruh Hj Shafik di bahagian Tanjong Karang boleh dikatakan hampir tidak ada langsung walau pun rapat dengan Dato Noh Omar. Kelebihan yang ada pada Hj Shafik hanyalah sedikit wang dimilikinya dan kaki temberang.

Ada lebih baiknya Hj Shamsuddin menumpukan tugasannya sebagai Pegawai Daerah Kuala Selangor. Kuala Selangor sendiri satu daerah yang agak bermasalah. Kecurian pasir di tanah kerajaan merupakan salah satu masalah besar yang memerlukan komitmen Hj. Shamsuddin.

Jika masih seronok dengan khayalan untuk menjadi wakil rakyat dengan mengabaikan tugas sebenar; dikhuatiri Hj Shamsuddin kini sedang menggali kuburnya sendiri. Hj. Shafik dan siapa sahaja tukang kipas akan lari jauh-jauh apabila kubur Hj. Shamsuddin sudah siap digali nanti…..

- Dolah Dagang  - 22.12.2003 (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: