Anwar: Sebuah Hikayat Yang Perlu Dibukukan !!

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Begitulah hakikatnya kes Mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dengan keputusan "Bengong" yang dibuat oleh hakim-hakim haprak Mahkamah Persekutuan yang menyatakan bukan bidang kuasa mereka untuk meluluskan ikat jamin DSAI, jelaslah kepada kita bahawa di belakang hakim-hakim ini memang sah dan nyata... ada tangan-tangan yang masih membelenggu badan kehakiman di negara kita. Maknanya Anwar akan kembali ke Sungai Buluh, dan terpaksa menunggu pula masa untuk penentuan rayuan beliau ..yang kita sendiri sudah boleh mengagak keputusan yang bakal dibuat sebenarnya.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang masih percaya kepada kedaulatan undang-undang, Cucu merasakan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Dato' Abdul Hamid Mohamad adalah jelas bertentangan dengan prinsip dan kedaulatan undang-undang itu sendiri. Kes DSAI sememangnya telah menjadi sejarah tentang keburukan undang-undang yang diamalkan di negara kita. Cucu tidak mahu mempertikaikan tentang undang-undang, kerana Cucu tak berapa arif tentang persoalan tersebut.. namun begitu bagi Cucu apalah gunanya undang-undang lagi sekiranya awal-awal lagi kita sudah tahu keputusan yang akan dibuat oleh hakim-hakim.

Jika kes melibatkan kroni-kroni UMNO Haprak ataupun individu yang ada kepentingan dengan pemimpin politik, walau dibicarakan sekalipun kita boleh tahu keputusan yang akan dibuat oleh panel hakim. Bahkan di Malaysia kesalahan membunuh nyawa manusia pun dibenarkan ikat jamin inikan pula kesalahan DSAI, iaitu satu pertuduhan yang direka-reka oleh musuh-musuh politik beliau. Sedih Cucu menerima perkhabaran tentang keputusan perbicaraan DSAI ini. Tapi apa yang boleh kita buat, kita tidak mempunyai kuasa untuk merubah segalanya. Kuasa yang ada hanyalah pilihan raya, tetapi apa yang berlaku pilihan raya pula dinodai dan dicemari oleh mereka.

Cucu juga cukup hairan dengan hakim Mahkamah Persekutuan, yang secara jelas menyatakan bahawa Azizan adalah saksi yang relevan. Satu kenyataan yang sama dibuat oleh Hakim Ariffin Jaka semasa Cucu ikuti perbicaraan DSAI dulu. Munasabahkah, Azizan yang merubah-rubah cerita diterima sebagai saksi yang relevan. Sedangkan setahu Cucu sebelum kita ingin membuat sebarang kenyataan sebagai saksi kita akan bersumpah bahawa segala keterangan adalah benar belaka di hadapan hakim. Masakan Azizan dibenarkan merubah-rubah tarikh berlakunya kejadian liwat terhadap beliau. Kalau setakat perubahan masa dari segi minit atau jam, bagi Cucu itu tak mengapalah !!! Ini tidak.. tahun yang diubah-ubah !!! Bukankah ini sesuatu yang di luar batasan undang-undang? Sedangkan selama ini, Cucu pernah melihat perbicaraan di Mahkamah Majistret Temerloh, Pahang.. Seorang pesalah didapati salah mencuri ayam di sebuah ladang ternakan ayam, tetapi dalam pertuduhan kejadian dikatakan berlaku pada pukul 10.30 malam, sedangkan ketika itu pengawal keselamatan di ladang tersebut masih ada meronda-ronda dan mengaku bahawa pada pukul 10.30 malam tidak ada sebarang kejadian yang mencurigakan. Kejadian mungkin berlaku antara pukul 1.00 pagi hingga 3.00 pagi. Yang mana akhirnya pesalah terbabit dilepaskan dari hukuman, kerana pertuduhan yang dibuat terhadap beliau kabur dan alibi yang dikemukakan jelas beliau tiada di tempat kejadian.

Tapi, begitulah nasib malang Dato’ Seri Anwar Ibrahim agaknya.. Walaupun perbezaan tarikh hingga memakan tahun, dan alibi-alibi yang dikemukakan oleh DSAI yang beliau tiada di tempat kejadian, disertakan pula dengan diari aktivitinya sehingga ke tarikh kejadian... beliau masih didapati bersalah. Dan Hakim bangang Datuk Hamid, entah dari mana dapat sijil jadi hakim... dengan mudah pula mengatakan bahawa kesilapan persaksian adalah perkara normal yang berlaku terhadap saksi... Walhal dulu masa Ariffin Jaka, Cucu ingat lagi... beliau mengatakan tarikh yang berubah-ubah oleh Azizan akibat kesilapan menaip.

Bagi Cucu, kisah DSAI ini dah boleh dijadikan sebagai satu hikayat dalam sejarah Melayu untuk generasi akan datang. Samalah seperti apa yang berlaku kepada pahlawan Melayu Melaka dulu Hang Tuah. Beliau difitnah, dan akhirnya dihukum bunuh oleh Sultan Melaka. Mujurlah Datuk Bendahara, masih bersikap terbuka dan menyorokkan Hang Tuah di hulu Melaka... Maka akhirnya Hang Tuah menjelma kembali setelah rakannya Hang Jebat mengamuk kerana menyatakan keputusan hukuman terhadap Hang Tuah tidak adil.. Tiada keadilan, beliau tidak dibicarakan seadil-adilnya. Sultan menerima bukti dan saksi yang mereka-reka cerita hingga Hang Tuah dihukum. Tapi akhirnya Hang Tuah sendiri yang membunuh pula rakannya Hang Jebat setelah dikatakan menderhakai Sultan Melaka.

Maka, kini terjadi pula kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.. Seorang pejuang yang mempunyai semangat yang kental untuk melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan di negara ini, akhirnya dihumban dan disumbat ke dalam penjara. Bahkan apa yang berlaku kepada DSAI lebih buruk lagi dari apa yang berlaku kepada Hang Tuah. Hang Tuah dikatakan curang dengan dayang istana, kira OK lar tu..Tetapi DSAI dikatakan meliwat...iaitu satu pekerjaan terkutuk di luar tabie manusia... Dan saksi-saksi yang dikemukakan pula, hampir semuanya telah diupah dan dibeli untuk mereka dan mengada-adakan cerita.. maka kita terpaksa menunggu hingga Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan mengikut prosedur biasa.

Cucu masih ingat lagi kata-kata DSAI kepada Cucu semasa ketika dalam mahkamah dulu, antara lain beliau berkata "Kamu orang muda, yakinkan rakyat bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah bersalah dalam kes ini, semua ini adalah satu konspirasi jahat yang dibuat untuk memalukan, mengaibkan serta menjatuhkan maruah saya, teruskan perjuangan"... Itulah kata-kata keramat yang sempat Cucu simpan hingga ke hari ini. Apa yang penting REFORMASI harus diteruskan .

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
019-9625511
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.com - 22.05.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com/

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN