Masihkah Ada Keadilan Untuk Anwar?

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Alkisah, Cucu teringat semasa Cucu berjaya masuk ke dalam Mahkamah bagi menyaksikan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Sebagai orang awam yang menyaksikan perbicaraan DSAI secara "Live", sejak dari awal lagi Cucu sudah menjangkakan DSAI akan didapati bersalah dan akan dihukum dengan hukuman yang berat oleh mahkamah. Hakim ketika itu Datuk Ariffin Jaka dan pendakwaraya pula diketuai oleh Mokhtar Abdullah ( Allahyarham ). Dalam perbicaraan yang berlangsung selama lebih 5 jam itu, akhirnya DSAI dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun atas kesalahan meliwat Azizan..dan tarikh hukuman pula setelah hukuman pertama beliau tamat. Inilah yang mengelirukan Cucu sebenarnya.
 
Cukup Cucu perkatakan, segala yang Cucu saksikan di mahkamah ketika itu seolah-olah macam "cerita kartun". Mahkamah dah jadi hancur, disebabkan kenyataan Hakim yang jelas memihak kepada kerajaan memerintah dan tidak mengadili DSAI dengan seadil-adilnya. Alibi-alibi DSAI yang tidak dicabar oleh pendakwaraya langsung tidak diambil kira dalam hujah untuk menjatuhkan hukuman terhadap beliau. Azizan yang kesaksiannya boleh diragui, dianggap sebagai saksi yang relevan. Sedangkan Azizan dilihat banyak memutar belitkan fakta. Lantaran itu DSAI akhirnya menerima hukuman yang dibuat atas skrip "Mahathir" kata DSAI kepada Kak Wan seperti yang Cucu dengan sendiri ketika itu.
 
Segala kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lalu, dan kini DSAI akan menghadapi lagi 3 orang Hakim Junior untuk rayuan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau. Apakah mungkin ada keadilan untuk DSAI? Apakah Hakim yang bertindak mendengar rayuan DSAI juga seperti Hakim Ariffin Jaka dan Augaustine Paul yang kini kaya raya setelah melengkapkan Skrip Mahathir? Sama-samalah kita nantikan episod terakhir DSAI ini.
 
Khabarnya, andai rayuan DSAI ditolak, maka beliau akan menjalani hukuman 9 tahun yang dijatuhkan. Maknanya beliau akan keluar setelah tahun 2010 nanti. Terlalu kejam rasanya untuk manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Sistem perundangan negara yang pincang, telah menyaksikan manusia yang tidak bersalah dijadikan sebagai bahan pemuas nafsu golongan yang tamak dan gila kuasa. Marilah kita sama-sama mendoakan agar DSAI akan dibenarkan ikat jamin dan seterusnya hukuman yang telah dijatuhkan dulu diperbetulkan semula.
 
Harapan Cucu agar Majlis Raja-Raja Melayu dapat memainkan peranan penting untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara. Satu suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat semula perjalanan kes perbicaraan DSAI yang dikatakan telah melanggar segala etika perundangan negara. Kita tidak mahu negara undang-undang yang ada ini terus dirosakkan oleh mereka-mereka yang berkepentingan ini.
 
Sama-samalah kita nantikan keputusan rayuan DSAI ini.. Masihkah Ada Keadilan Untuk Anwar !!! Apa pun keputusan Cucu berharap semua pejuang keadilan agar tetap tabah dalam menerimanya. Buat keluarga DSAI terutamanya Kak Wan, tetapkan hati dalam menempuhi segala dugaan dan rintangan yang dihadapi ini... Salam Takzim dari Cucu Mat Kilau buat Kak Wan seisi keluarga... Lawan Tetap Lawan !!! Anwar Alive !!! Hidup Anwar !!!
 
P/S - Sila lawati Web blog Cucu Mat Kilau untuk berbicara secara online dengan Cucu. Klik http://cucumatkilau.blogdrive.com
 
"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara .

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
019-9625511
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.com - 14.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN