GRO mengaku menari bogel: Apa komen Ulama YB Dr. Mashitah Ibrahim?

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Cucu amat tertarik dengan satu laporan yang dibuat oleh akhbar Arus Perdana Berita Hairan ( Berita Harian ) edisi 17 April 2004. Berita sensai yang pastinya sungguh memalukan umat Islam itu berlaku di Kotaraya Kosmopolitan Kuala Lumpur iaitu berkenaan dengan seorang pelayan pelanggan (GRO) yang mengaku menari bogel dalam bilik di sebuah kelab hiburan , dikenakan hukuman penjara empat hari dan denda RM25 oleh Mahkamah Majistret .

Penari tersebut yang nama ISLAMnya Siti Rohaiza Abdul Rahim, 23, mengaku menari mengikut muzik yang dimainkan dengan hanya memakai seluar dalam nipis warna hitam dan tidak memakai coli di Kelab D Boss, Wisma Pan Dynasty, Jalan Loke Yew . Menurut laporan itu lagi  , ketika ditahan polis kira-kira jam 12.35 pagi 8 April lalu, tertuduh didapati menari dalam keadaan mengghairahkan di hadapan pelanggan dan pelayan lain.Dia dituduh mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman maksimum penjara 14 hari atau denda RM25 atau kedua-duanya sekali.

Apa dah jadi dengan Negara Islam Malaysia Tanahairku ? Inilah dia padah laungan keramat MALAYSIA BOLEH yang sering diucapkan selama ini. Bagi Cucu, apa yang berlaku ini bukan sahaja mencemarkan imej umat Islam di Malaysia, malahan turut menjatuhkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Logikkah, seorang wanita Islam yang menari bogel "Mendedahkan Aurat" hanya dikenakan penjaran 14 hari atau denda RM25 sahaja !!!! Mungkin selepas ini ramai lagi GRO akan mengikut jejak langkah Siti Rohaiza aganknya. Bagi Cucu kalau setakat RM25 dan penjara 14 hari, berbanding dengan wang yang diterima olehnya setiap  malam iaitu RM300 untuk tujuan tersebut. Bukankah ini sesuatu yang tidak masuk akal !!!! Cucu tahu kebanyakkan GRO di seluruh negara kita ini terdiri dari anak-anak gadis Melayu, yang dipelihara oleh Tokey-Tokey Cina yang bertujuan untuk mengaut keuntungan yang lebih. Dalam hal ini yang menjadi mangsa ialah anak-anak gadis Melayu Islam !!! Kalau setakat RM25 ..hukuman tersebut, bukan sahaja boleh dibayar oleh Tokey Kelab tersebut, malahan denda tersebut melucukan..walaupun beliau katanya menangis ketika dijatuhkan hukuman. Mungkin agaknya..menangis kerna seronok dengan jumlah denda yang ditawarkan !!
 
Apa yang lebih mengecewakan, kesalahan beliau itu pula dibicarakan di Mahkamah Majistret..dan bukannya Mahkamah Syariah !! Inillah yang terjadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu, kes beliau tidak dibicarakan di Mahkamah Syariah walaupun ia berkaitan dengan kes Liwat iaitu satu kesalahan jenayah Islam.
 
Cucu amatlah sedih dengan fenomena yang berlaku ini. Justeru itu disini Cucu amatlah berharap Ulamak UMNO yang tersohor iaitu YB Dato' Dr. Masitah Ibrahim dah Dato' Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara untuk memberikan sedikit komen terhadap isu GRO terbabit dari segi hukum Islam ? Kerana Cucu tahu orang seperti mereka tentu arif akan hal-ehwal Islam dan menyokong kerajaan kononnya sudah melaksanakan Islam. Cucu amatlah berharap agar YB Dato' Dr. Mashitah dapat mengupas perkara ini dari sudut pandangan Islam, dan menyatakan kebenaran dan kebatilan , dan apakah hukuman itu berlandaskan hukuman Islam yang sebenarnya..
 
Inilah dia akibat kerakusan untuk menbangunkan negara, hinggakan akidah umat Islam tersu terabai. Cucu tidak mahu menyebut keadaan yang berlaku di Kuala Lumpur, kerana Cucu tahu umat Islam di sana lebih terdedah kepada unsur-unsur maksiat yang boleh merosakkan akidah mereka. Di Kuantan misalnya, Cucu amat sedih melihat kebanyakkan Pusat Hiburan seperti Kelab Malam, Pusat Karaoke, Disko, Kelab Dangdut, Pub, Lounge dan banyak lagi, dipenuhi oleh anak-anak muda Melayu yang cukup menyedihkan. Mereka buka sahaja minuk arak, berpelukan, malahan memakai pakaian yang menjolok mata ..seolah-olah mereka itu bukan lagi orang Melayu dan Islam.
 
Pada malam keputusan Pilihanraya Umum yang lalu juga, Cucu melihat gelagat puak-puak UMNO yang merayakan kemenangan mereka dengan berkunjung ke kelab-kelab hiburan yang bertebaran di bandar Kuantan terutamanya di Jalan Wong Ah Jang. Cucu sendiri menyaksikan beberapa orang rakan Cucu yang datang dari Jengka merayakan kemenangan BN Dun Chenor dan Parlimen Maran dengan menyajikan minuman Carlberg dan arak kepada rakan-rakan mereka yang hadir pada malam tersebut. Katanya wang untuk menampung belanja hiburan tersebut diberikan oleh YB kawasan terbabit.. Punah ranah !!!  Inilah dia yang dimahukan oleh UMNO/ BN.. sebenarnya..
 
Sudahlah negara ini dirosakkan, akhlak umat Islam juga diracuni dengan unsur-unsur yang melanggar batasan agama. Apakah ini namanya ingin melahirkan negara Malaysia yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang !!
 
Buat semua , jadikan isu ini sebagai satu pengajaran untuk kita, dan ingatlah walaupun kita kalah dalam Pilihanraya Umum yang lalu..Namun kekalahan kita itu adalah satu kekalahan yang disemai dengan sebuah kebenaran..Berbanding dengan puak BN yang menang ...dalam kedurjanaan... Teruskan usaha..ISLAM pasti kan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang...

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.

Salam Perjuangan,
 
CUCU MAT KILAU
019-9625511
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.com - 16.04.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN