Tahniah BPR! Sila Dakwa Dato' Rafidah Aziz Dengan Segera 

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Tahniah !! Cucu ucapkan kepada Badan Pencegah Rasuah ( BPR ) kerana berjaya melaksanakan tugas mereka dengan Cekap, Adil Dan Telus mutakhir ini. Ini berikutan dengan kes Ketua Penaja Umno Bahagian Tapah Datuk Azman Mahalan yang dihadapkan ke mahkamah kelmarin atas dua tuduhan memberi rasuah membabitkan wang tunai RM7,000 dan kes Bekas anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Sharif Jajang yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas tuduhan rasuah dengan menggunakan kedudukan awamnya untuk memperakukan satu permohonan tanah di Sepang pada 1997.
 
Memanglah BPR ini kita akui sejak dulu, kini dan selamanya memang profesional.. Tapi persoalannya di sini, dan yang paling menghairankan Cucu ialah, mereka yang ditangkap dan didakwa adalah "BEKAS" sahaja. Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain seperi Tan Sri Khalil Yaakob, Tan Sri Mohamad Md. Taib, MB Selangor Tan Sri Khir Toyo, MB Trengganu Dato' Idris Jusoh dan begitu juga kes-kes yang melibatkan Tan Sri Eric Chia serta lain-lain kroni tertinggi UMNO selama ini ? .
 
Tak kanlah BPR menutup sebelah mata ajer ? Bukankah dah banyak laporan demi laporan , malahan bukti yang dihantar kepada pejabat BPR dibuat sebelum ini.. Apakah inidividu yang dimaksudkan itu perlu dikapankan juga fail mereka..macam Pak Lah mengapankan Dato' Rais Yatim ke Kementerian yang tidak ada kaitan langsung dengan kehakiman, Mungkihkan Dato' Rais dikeluarkan dari kementerian lama kerana asyik sangat nak membuka fail rasuah orang-orang kenamaan, selepas beliau membongkarkan kes Tan Sri Eric Chia dan Datuk Kasitah Gadam ??
 
Justeru itu, memandangkan BPR sudah kembali aktif semula Cucu melihat inilah peluang untuk badan itu bertindak seadil-adilnya untuk menyakinkan rakyat terbanyak tentang isu rasuah seperti yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.
 
Melihat kepada isu Dato' Sharif Jajang, Bekas EXCO Selangor itu..Cucu rasa ianya ada sedikit persamaan dengan kes Rasuah yang melibatkan Dato' Rafidah Aziz sebelum ini. Agaknya tergamakkah BPR untuk membuka fail rasuah Dato' Rafidah Aziz nii....seorang menteri yang masih dikekalkan dalam Kabinet baru Pak Lah..walaupun dikalangan puak-puak UMNO sendiri tahu isu Rasuah yang melibatkan beliau sebenarnya. Harap-harap BPR dapat membuka kes Rafidah ini dengan segera , dalam masa terdekat ini.
 
Semoga BPR akan menjadi sebuah badan bebas yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang !!! Bukannya macam SPR tuu.. Yang semakin hari semakin Curang, Garang Dan Terbuang !!!

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara .

Salam Perjuangan,
 
CUCU MAT KILAU
019-9625511
Pahang DM
cmk_pahang@yahoo.com - 16.04.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN