Hikmah Di Sebalik Penolakan Rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim

Keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim tanpa sebarang alasan dan sebab-musabab sesungguhnya adalah satu lagi episod sedih dan durjana institusi Kehakiman negara. Cucu melihat rakyat perlu melakukan sesuatu demi mengembalikan semula imej sistem kehakiman yang terus dicemari oleh manusia-manusia yang zalim dan tidak bermaruah seperti ini.

Sudah sekian lama kita menantikan perubahan demi perubahan, bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim ...kita perlu melakukan "REFORMASI" baik dalam apa jua keadaan. Dalam hal perundangan, kita harus sedar bahawa selagi parti pemerintah yang "ZALIM” seperti UMNO dibiarkan terus berkuasa, Cucu percaya selagi itu juga keadilan tidak akan tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Maka, apa yang harus kita lakukan sekarang !!! Anwar akan terus terpenjara, sedangkan kita harus berhadapan dengan Pilihan raya Umum tidak lama lagi. Jalan terbaik untuk memberi keadilan dan pembebasan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kini hanyalah menerusi undi dalam pilihan raya. Justeru itu, apalah guna lagi untuk kita berharap kepada badan kehakiman yang dikuasai oleh parti pemerintah. Harapan kini tinggal harapan. Keputusan kes rayuan Anwar juga, haruslah kita jadikan sebagai bahan untuk meyakinkan sekelian rakyat, bahawa sistem kehakiman negara sudah musnah dan rosak binasa.

Di Malaysia, mereka-mereka yang melakukan jenayah akan selamat jika pandai memberi rasuah kepada hakim. Di Kuantan misalnya, dalam kes membawa masuk pelacur asing tanpa permit, seorang Tauke Kelab Malam dikatakan memberi rasuah kepada hakim yang mana akhirnya bukan sahaja beliau tidak didakwa malahan semua pelacur terbabit dihantar pulang ke negara asal tanpa syarat. Ini semua berlaku apabila para hakim dikatakan diberi rasuah sejak daripada awal lagi. Inilah Undang-undang Malaysia.

Begitu juga sekiranya jenayah melibatkan pemimpin yang rapat dengan kerajaan, mereka bukan sahaja tidak didakwa bahkan akan terus dilindungi. Yang paling menyedihkan kita yang bertujuan memberikan maklumat jenayah pula akan didakwa melakukan kesalahan, lihat saja apa yang berlaku kepada Saudara Ezam selama ini. Laporan demi laporan dibuat terhadap Rafidah dan Rahim Tamby Chik..tetapi apa yang berlaku hingga hari ini. Siasatan langsung tidak dilakukan oleh pihak polis, malahan Ezam pula dituduh memiliki dokumen rahsia rasmi kerajaan dan boleh dikenakan tindakan di bawah akta Rahsia Rasmi. Sedangkan rahsia yang dimiliki ialah rahsia yang melibatkan jenayah pemimpin terbabit, bukannya rahsia pentadbiran kerajaan misalnya.

Inilah dia yang berlaku di Malaysia hari ini. Apakah kita mahu melihat badan kehakiman dan Undang-undang di negara ini terus dicemari? Walaupun kita ada Bar Council (Majlis Peguam), tetapi apa yang boleh mereka lakukan. Bahkan pada satu ketika kerajaan berhasrat untuk membubarkan Majlis Peguam kononnya telah dipengaruhi oleh Pihak Pembangkang, memainkan isu keadilan terutamanya dalam kes pelantikan Ketua Hakim Negara dan sebagainya. Inilah yang berlaku.

Susulan daripada penolakan rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim juga, Cucu melihat ianya bagai ada satu HIKMAH untuk kita mempopularkan kembali "Isu Anwar" dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Sekian lama kita tahu ramai di kalangan UMNO menyangkakan isu Anwar sudah basi dan tidak boleh digunakan oleh pihak pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum nanti. Namun kini, marilah kita sama-sama menyebarkan segala maklumat ini kepada seluruh rakyat baik di desa mahupun di kota, agar mereka tidak terus terpengaruh dengan laporan sempit media massa yang dimiliki oleh kerajaan selama ini.

Buat kaum keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim. terutamanya Kak Wan..Cucu berharap mereka akan terus tabah dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan ini. Cucu juga akan terus pastikan segala maklumat dapat disebarkan seluas-luasnya, yang pastinya Pahang bakal jatuh ke tangan BA sekiranya tidak ada aral melintang. Salam Takzim daripada Cucu buat Kak Wan sekeluarga..

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim!!! Takbirrrrrr!!!!! Allahhuakhbar!!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara.

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU
Pahang Darul Makmur
cmk_pahang@yahoo.co.uk - 22.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN