Respons Tulisan Anti Hipokrit: Pas Tawan Pahang 2004 !!! 
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Saya terpanggil untuk menjawap tulisan "Anti Hipokrit" dalam sebuah laman web pro-pembangkang baru-baru ini atas tulisan beliau yang bertajuk "PAS tawan Pahang 2004 - Realiti kepada angan-angan".

Walaupun saya tidak  menjalankan perniagaan SHAKLEE seperti yang dinyatakan, tetapi saya ingin memberikan sedikit teguran kepada beliau agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan . Saya bukanlah ahli PAS, namun saya juga seperti Anti Hipokrit ..menyokong dan terus mengharapkan kezaliman dihapuskan dan keadilan tertegak di bumi Malaysia ini , khasnya di Pahang negeri kelahiran saya.

Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau iaitu fenomena ramai pemimpin, serta ahli-ahli PAS yang terlibat dengan sebuah perniagaan MLM iaitu SHAKLEE. Kononnya mereka yang terbabit dengan perniagaan tersebut adalah "Agen Yahudi" kerana produk SHAKLEE dikeluarkan dari sebuah negara Yahudi iaitu Amerika Syarikat.

Senario penglibatan para pemimpin dan ahli PAS bahkan pemimpin dan ahli parti permbangkang yang lain (Keadilan/PRM) bukanlah satu fenomena luar biasa sebenarnya. Bahkan saya amat mengenali beberapa orang pemimpin kanan PAS dan Keadilan yang terlibat dalam perniagaan MLM ini. Apa yang difahamkan, ramai juga antara mereka yang menikmati ganjaran serta pendapatan lumayan hingga mencecah empat atau lima angka sebulan. Bahkan ramai juga yang menikmati pakej umrah dan haji secara percuma, pelancongan, kenderaan mewah dan macam-macam lagi.

Mengapa MLM menjadi pilihan? Perniagan MLM bukan sahaja disertai oleh para pemimpin PAS atau pembangkang semata-mata, malahan hampir 80% rakyat Malaysia kabarnya terlibat dalam MLM ini. Saya berpendapatan pernglibatan pemimpin dan ahli PAS dalam SHAKLEE adalah satu petanda baik ke arah menjadikan mereka usahawan yang berjaya dan sekali gus memudahkan mereka untuk sama-sama membantu pernjuangan parti di masa-masa yang akan datang. Bagaimanakah parti dapat bergerak dan mengatur program terutamanya menjelang pilihanraya jika tabung ekonomi ridak mencukupi atau kronik?

Dengan adanya usahawan MLM inilah, secara tidak langsung ianya dapat menjana ekonomi individu terbabit dan seterusnya parti itu sendiri. Bukankah perniagaan itu adalah 9/10 daripada pintu rezeki. Adalah lebih baik mereka terlibat dalam perniagaan seperti itu, demi meneruskan perjuangan bagi memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Anti Hipokrit harus sedar, mutakhir ini banyak program-program yang dianjurkan oleh pembangkang sering kali dikacau-ganggu oleh pihak berkuasa, atas alasan tiada permit berhimpun. Dipihak lawan pula perhimpunan yang bercorak hiburan yang melalaikan dibiarkan berleluasa tanpa ada sebarang gangguan. Sikap "Double-Standard" inilah akhirnya menyebabkan sumber ekonomi parti pembangkang sedikit terjejas. Maka langkah bijak menyelesaikan masalah ekonomi ini ialah melibatkan para ahli dan jemaah menyertai perniagaan bercorak Multi Level Marketing kerana iainya tidak memerlukan modal yang besar, tidak memerlukan lesen perniagaan, sewa premis, bayar gaji pekerja, bil-bil berkaitan serta overhead kos yang rendah dan banyak lagi kemudahan lain yang diperolehi. Apa yang lebih penting dengan menyertai perniagaan bercorak MLM ini, pihak berkuasa tidak dapat mengambil sebarang tindakan untuk memantau mereka.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Anti Hipokrit ialah, tindakan pihak-pihak terbabit yang menjadikan SHAKLEE sebagai landasan utama perjuangan dan mengenepikan perjuangan asal parti. Adakah Anti Hipokrit mempunyai BUKTI. Seantero dunia sudah tau bahawa SHAKLEE adalah produk permakanan tambahan yang amat baik untuk kesihatan manusia sejak turun-temurun.

Memang umum tahu SHAKLEE dari Amerika iaitu proksi YAHUDI yang menjahanamkan umat Islam selama ini. Tetapi Anti Hipokrit tidak boleh menggunakan alasan tersebut untuk menghentam para pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan SHAKLEE. Komen Anti Hipokrit tentang hal ini sebenarnya adalah satu komen yang bertujuan untuk menjatuhkan imej PAS Pahang. Kononnya pemimpin PAS Pahang mengajar ahli-ahlinya menjual dan membantu ekonomi YAHUDI "agen-agen YAHUDI". Atas alasan kilang SHAKLEE terletak di Amerika dan mereka membayar cukai kepada kerajaan Amerika. Hinggakan kata beliau SHAKLEE dijual di markas-markas, kuliah  dan ketika ceramah diadakan untuk mencari ahli baru.

Tergamak Anti Hipokrit mengatakan ahli dan pemimpin pas mengamalkan wirid SHAKLEE dalam kehidupan dan perjuangan mereka !! Kononnya mereka lupa bercerita tentang perjuangan untuk memartabatkan Islam. Kenapa ? Anti Hipokrit hebat sangat ke ??

Sebelum menuduh yang bukan-bukan adalah lebih baik Anti Hipokrit menilai dulu apa yang ingin diperkatakan. Dalam hal YAHUDI ini, memang kita tahu ISLAM dan YAHUDI telah dijanjikan tidak akan dapat bersatu hingga ke hari Kiamat. Umat Islam perlu mengikut peraturan Al-Qur'an . Saya bukanlah Ustaz atau Ulamak untuk berbicara hal ini, Tapi  pada pandangan saya.. Sesuatu yang menrosakkan dibawa oleh YAHUDI memang harus kita tentang..contohnya ideologi mereka, cara kehidupan mereka, cara percakapan mereka, cara pergaulan mereka serta apa jua unsur yang boleh merosakkan maruah Islam itu sendiri.

Dalam hal SHAKLEE ... ia berbeza.. ianya adalah TEKNOLOGI dan bukannya IDEALOGI !!. Umat Islam dilarang mengikut dan mengambil idealogi YAHUDI bukannya TEKNOLOGI. SHAKLEE adalah satu bentuk TEKNOLOGI PERMAKANAN yang dihasilkan oleh saintis Islam ( Pakistan ) untuk tujuan KESIHATAN.. Apabila umat Islam sihat maka mudahlah merangka agenda dan strategi untuk menghadapi golongan-golongan YAHUDI itu semula..seperti proksi Yahudi di negara kita ini.

Anti Hipokrit jangan HIPOKRIT !! Contoh yang paling nyata didepan mata ialah TEKNOLOGI KOMPUTER. Semua orang tau , termasuk Anti Hipokrit sendiri bahawa BILL GATES yang menguasai empayar MICROSOFT dan  merupakan MULTI -BILLIONAIRE orang terkaya di dunia adalah rakyat Amerika yang berbangsa YAHUDI !! Sedarkan Anti Hipokrit yang beliau juga menggunakan teknologi Komputer dalam kehidupan seharian. Malahan mungkin menggunkannya untuk membuat kertas kerja, laporan, kajian dan sebagainya dengan menggunakan teknologi komputer dan MICROSOFT kan.

Adakah Anti Hipokrit sedar, berapa banyak untung yang mengalir kepada Microsoft dan Bill Gates bila kita menggunakan program ini, bahkan berpa billion manusia di dunia termasuk umat Islam yang menggunakan komputer termasuk Anti Hipokrit sendiri ? . Adakah Anti Hipokrit sedar perkara ini.

Bukankah apa yang kita gunakan sekarang adalah TEKNOLOGI dan BUKAN IDEOLOGI? Dengan teknologi ini juga kita ada wadah perjuangan untuk menghancurkan manusia yang menerapkan IDEOLOGI YAHUDI dalam pentadbiran dan kehidupan mereka !! Bukankah ini sesuatu yang baik untuk masa depan perjuangan Islam sebenarnya? Justeru itu salahkan pernggunaan TEKNOLOGI PERMAKANAN seperti SHAKLEE itu diusahakan oleh para pejuang Islam, ahli dan pemimpin PAS selama ini ?

Mungkin dengan cara ini , mereka dapat menggunakan kaedah perniagaan tersebut untuk mengumpul DANA yang boleh digunakan dalam pilihanraya umum akan datang bagi menggempur kekuatan pihak lawan iaitu Barisan Nasional. Inilah saja cara terbaik yang boleh dilakukan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Jika benar , SHAKLEE menjadi alasan yang menghalang perjuangan Islam seperti yang diperkatakan oleh Anti Hipokrit itu , saya dengan ini menyeru supaya semua pemimpin PAS dan Keadilan yang terlibat dalam perniagaan MLM seperti SHAKLEE, LUXOR, PROPOLIS GOLD, CNI, GANNO, SURECO dan banyak lagi syarikat MLM terkenal agar lebih berhati-hati dalam menjalankan urusan mereka. Jangan sampai melupakan tugas yang hakiki iaitu menyebarkan serta mencari seberapa ramai ahli baru untuk berjuang dalam menegangkan keadilan dan Islam di Bumi Malaysia ini. Jangan hanya sibuk mengadakan promosi ke sana-sini dengan tujuan untuk mendapatkan ahli baru menyertai perniagaan MLM yang mereka sertai semata-mata.

Kalau takutkan risiko usah bicara soal perjuangan !! Kalau takutkan perjuangan usah bicara soal keadilan !!! Kalau takutkan keadilan usah bicara soal pembangunan... Lawan tetap lawan..Takbirrrr

CUCU MAT KILAU
Pahang Darul Makmur
cucumatkilau@yahoo.co.uk - 13.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!

Sertailah Kumpulan M@RHAEN