SIAPA YANG GUNAKAN MASJID DAN SURAU?
Oleh CL Wong
Klang, 18hb Feb 2004, Surah Yassin (Lihat Lampiran) ini dijumpai di dalam masjid dan surau sekitar Parlimen Kapar, membuktikan bahawa UMNOlah yang menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik mereka, jika inilah yang dibuat oleh UMNO satu hari nanti AL-Quran juga akan dicetak dengan berlambangkan UMNO di muka depannya.

 
Kami menyeru JAIS memantau kegiatan ini dan menarik edisi Surah Yassin UMNO ini bagi tidak mengelirukan pengunjung masjid dan Umat Islam amnya. Sebagai seorang yang baru belajar memahami Islam, rasa terpanggil untuk menanyakan adakah ini yang dikatakan lebih Islam? Jika ya, perlukah saya mengikuti ajaran ini? Perlukah nanti saya membaca hanya Al-Quran UMNO dan Surah Yassin UMNO, Khutbah UMNO, Masjid UMNO untuk meningkatkan iman saya? Ia amat mengelirukan saya.
 
Pada pendapat kami ini kerana UMNO cuba menunjukkan mereka lebih Islam daripada PAS dan Islam mereka lebih tulen daripada PAS, persaingan ini akan memburukkan Imej ISLAM itu sendiri, salah guna ayat Al-Quran juga perlu dipertimbangkan, Contoh:- Setelah MB Selangor yang baru ditabalkan dinaikkan seluruh Selangor papan tanda (billboard) dengan menggunakan Ayat-ayat Al-Quran, memang elok mengingati orang yang lupa, tetapi menggunakan Ayat-ayat Al-Quran bukan pada tempatnya, termasuk juga menjaga kesucian Al-Quran itu sendiri. Hinggakan hendak mengutip cukai Tanah pun guna Hadis dan ayat Al-Quran.
 
Terbaru bila BN mengadakan Konsert yang antaranya Kumpulan Senario, mengajukkan (meniru) bacaan Qari yang sedang membaca Al-Quran. Ini termasuk juga penggunaan Ayat-ayat Al-Quran di premis perniagaan bukan-Islam yang kononnya boleh menarik pelanggan Islam datang ke kedai mereka, niat peniaga ini seolah-olah mereka lebih menyeluruh daripada komposisi pelanggan dengan menggantung semua jenis tanda-tanda atau lambang keagamaan, maka digantunglah gambar Hindunya, Cinanya, dan Bismillah sebaris dengan yang lain. Tindakan sewajarnya perlu diambil bukan JAIS hanya tahu memantau masjid. JAIS kena lebih inovatif dalam mentafsirkan kesalahan agama mengikut acuan baru.
 
Bagaimana pula dengan makanan Halal dan tidak Halal di pasaraya, kami ambil contoh: - Econsave Klang Utama, meletakkan makanan dalam tin di sebelah makanan-makanan yang lain dengan jaraknya tidak lebih satu meter, saya hampir terambil tin tersebut ketika membeli belah di situ. (jika anda perhatikan di bahagian ayam potong) ini belum yang lain lagi. Umat Islam di negara ini sebenarnya hilang hak ke Islamannya di zaman UMNO memerintah, kebajikan umat Islam diabaikan, umat Islam ditekan oleh orang Islam sendiri, ini yang mengelirukan orang Bukan Islam. Hak untuk menuntut ilmu Islam secara informal disekat, guru agama dibendung, masjid dikawal fungsinya, surau disekat aktivitinya, ini Islam dalam corakkan UMNO dalam negara ISLAM UMNO.
 
Yang keliru,
CL Wong - Klang.  18.02.2004
Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN