Hantu Raya Umno Kuala Selangor Panik

Hantu raya kena serang

Ketua Penaja Umno Bahagian yang paling bermasalah di Selangor, Encik Mohd. Daud Tarihep semakin tertekan apabila puak-puak penentang beliau di dalam Umno Bahagian Kuala Selangor sudah mula mengatur langkah untuk menyerang balas.

Difahamkan selama ini, seteru-seteru dalaman Daud lebih banyak mengambil sikap berdiam diri terhadap pelbagai serangan yang ditujukan kepada mereka.

Serangan yang berbentuk propaganda memburuk-burukkan tokoh-tokoh tertentu di bahagian Kuala Selangor, diatur oleh Daud sendiri sama ada melalui penulisan atau cakap-cakap kaki-kaki busuk yang terlatih.

Daud telah mempraktikkan pengalamannya bertugas sebagai orang kanan bekas Menteri Penerangan TS Mohamamad Rahmat untuk tujuan kerja-kerja merosakkan imej seteru-seterunya.

Dr. Khir Toyo sendiri diberitakan turut menjadi sasaran propaganda jahat Daud untuk beberapa lama. Akibatnya hubungan kedua-dua anak Jawa itu renggang sehingga sekarang.

Ustaz Sayuti Said, MP Kuala Selangor merangkap Timbalan Ketua Penaja Umno Bahagian merupakan mangsa serangan Daud yang paling teruk tercedera. Jentera propaganda Daud sering memperbodoh-bodohkan Sayuti di kacata mata ahli-ahli Umno.

Tak cukup dengan itu, kini Daud dikatakan menjadikan `skandal silam` Sayuti sebagai `senjata ugutan` agar MP itu memberi laluan kepada Daud untuk bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Datin Paduka Mesrah Selamat, selaku Ketua Penaja Pergerakan Wanita Bahagian merangkap ADUN Jeram juga tak sunyi daripada menjadi mangsa propaganda tersebut. Kaki-kaki busuk Daud menyebarkan dakyah bahawa Mesrah kaki rasuah, tak buat kerja dan tak taat kepada ketua.

Motif propaganda amat jelas. Daud mahu menyingkirkan semua fraksi di dalam Umno Bahagian Kuala Selangor yang berpotensi untuk menggugat kedudukannya sebagai ketua.

Meski pun beberapa dakwaan yang dipropagandakan oleh Daud terhadap seteru-seterunya itu ada juga kebenarannya, tetapi selaku orang politik mereka juga ada pengikut dan penyokong tersendiri.

Ekoran daripada itu mangsa-mangsa Daud mula bertindak balas. Risalah anti-Daud mula disebarkan melalui internet atau terus kepada cawangan-cawangan Umno. Di antaranya paling popular: 10 Dalil Mengapa Daud Tak Layak Menjadi Wakil Rakyat.

Laporan Polis `Politik Wang ` Daud dibuat

Paling menggemparkan seorang bekas orang kuat Daud yang didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana kes politik wang pada pemilihan Umno Bahagian sesi 1998, telah membuat laporan polis untuk mengakui keterlibatannya menjadi `runner` Daud bagi tujuan membeli undi.

Pengakuan yang dibuat dalam laporan polis itu jelas bercanggah dengan pengakuan yang dibuat di dalam mahkamah yang mana bekas runner Daud itu menafikan bahawa dia terlibat sebagai orang perantara Daud di dalam kes politik wang tadi.

Ertinya bekas runner Daud sudah berbohong di dalam mahkamah. Dia mengakui pembohongannya itu dengan membuat laporan polis. Sudah tentu risikonya amat tinggi. Apa yang mendorong dia melakukan kerja `bunuh diri` itu?

Di dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian pada sesi 1998 itu Daud tewas kepada Dato Miskon Sutero, bekas Exco Kerajaan Selangor.

Apabila kes politik wang itu meletup, pada mulanya Daud telah meyakinkan runnernya itu agar berkorban demi setiakawan dan perjuangan.

Daud Membohongi Valacheenya Hidup-hidup

Daud juga berjanji akan menanggung segala kos guaman dan lain-lain termasuk jaminan sara hidup anak isteri ditakdirkan runnernya itu didapati bersalah.

Namun setelah tengkuknya terlepas, Daud tidak mempedulikan langsung nasib runner yang malang itu. Mujurlah Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan bekas valachee Daud itu daripada tuduhan `politik wang` November tahun lepas.

Khabarnya Daud telah mengekploitasi isu pembebasan bekas runner itu untuk menunjuk-nunjukkan kehebatannya pada ahli-ahli Umno Kuala Selangor. Konon dia telah meminta jasa baik Pak Lah untuk `dismissed` kes tersebut.

Sebenarnya Daud hanya berbohong, dia sudah lama tidak mengendahkan nasib bekas runnernya itu.

Salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Batang Berjuntai Julai tahun lalu telah pun dihantar sendiri kepada Pak Lah oleh bekas orang kuat Daud itu.

Semua ahli MT Umno dan AJK Badan Perhubungan Umno Selangor juga mendapat salinannya setiap seorang.

Respons daripada Lembaga Disiplin Umno Malaysia ,mengarahkan agar sipengadu (bekas runner Daud) menyediakan butiran terperinci.

Difahamkan hampir kesemua 30 orang pemimpin cawangan dan ahli Umno yang dikaitkan dengan politik wang tahun 98 itu, menyatakan kesediaan untuk membuat `akuan bersumpah` bahawa mereka pernah dirasuah oleh Daud.

Daud kini benar-benar panik. Jika bekas runnernya itu berpakat dengan seteru-seterunya, nescaya terlalu sulit untuk Daud berdepan dengan mereka. Silap-silap peluang untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat pun akan gelap.

Hantu Raya Cari Risalah di Pasar Malam

Terbaru, Sabtu lepas 17 Januari Daud yang panik sakan terus melatah. Kali ini pihak pembangkang pula yang ingin dijadikan sasarannya.

Pada sebelah tengah hari 17 Januari, BA Kuala Selangor telah mengadakan program turun ke padang.

Pengedaran risalah Gerakan Anwar Bebas dan BA dibuat di Pekan Lama Kuala Selangor. Sambutan penduduk tempatan dikatakan cukup memberangsangkan. Kebetulan Ezam Mohd. Noor Ketua Pemuda Keadilan turut menyertai program tersebut.

Daud diberitakan menerima maklumat yang salah daripada kaki-kaki busuknya. Menurut mereka Ezam sekali lagi akan turun ke padang pada sebelah petang dan lokasinya di Pasar Malam Bandar Baru Kuala Selangor.

Terpukau dengan laporan palsu kaki-kaki busuknya Daud bersama orang kuatnya bergegas ke Pasar Malam Bandar Baru seawal jam 5.30 petang. Dia bercadang untuk menjadi hero bagi menghalang sebarang edaran risalah anti –Umno.

Akhirnya setelah berpenat lelah menayang-nayangkan muka di Pasar Malam, tidak ada sehelai risalah pun disebarkan kerana dikatakan BA tidak pernah pun mengatur program tersebut di lokasi itu pada hari berkenaan.

Di kalangan ahli-ahli Umno sendiri pun turut mempertikaikan tindakan Daud itu. Kata mereka: “Siapa Daud untuk menghalang edaran risalah parti pembangkang, dia bukan Polis, bukan SB, bukan Penguatkuasa. Dia hanya Ketua Umno Bahagian saja. Polis pun tak ambil hal kalau pembangkang edarkan risalah. Apa fasal pula Daud yang menyibuk. Buat malu Umno saja.”

Sebenarnya Daud bukanlah mempedulikan sangat risalah Gerakan Anwar Bebas dan BA, kerana yang paling ditakutinya ialah penyebaran 10 Dalil, salinan laporan Polis dan beberapa lagi risalah yang menyentuh kerakusan kepimpinannya.

Daud harus ingat BA Kuala Selangor tidak mahu mencampuri `pergocohan` sesama Umno. Kalau mahu mencari risalah anti- Daud yang kini melambak di Kuala Selangor tanyakan sahaja kepada Umno, bukan kepada BA.

Oh ya! sebelum terlupa ramai ahli-ahli Umno Kuala Selangor tertanya-tanya apakah hubungan Daud dengan seorang wanita (Puteri Umno) yang bernama Azifah Jins Jaafar? Nak kata `girlfriend` Daud, Azifah sudah bersuami……jangan main-main Daud!

Cikgu Pencen - 23.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN