Salahuddin Ayub: Khir Toyo Pondan dan Bacul!

Sabak Bernam 16 Januari – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Sdr. Salahuddin Ayub menyifatkan Dr Mohd. Khir Toyo sebagai `pondan`.

Beliau berkata demikian ketika berpidato di hadapan ribuan penyokong BA dan rakyat dikawasan parlimen Sabak Bernam yang memenuhi perkarangan rumah Sdr Busran di Tebuk Pulai dekat sini malam tadi, sempena Program Jelajah Negara anjuran Pemuda BA.

Salahuddin telah mencabar Khir Toyo supaya berpolitik secara anak jantan untuk berdepan dengan BA, bukan dengan memperalatkan pasukan polis. Ini berikutan dengan perubahan lokasi program yang sepatutnya berlangsung di Tapak keADILan Batu 39 Sabak Bernam akibat gangguan polis.

Sementara itu Dr.Badrul Amin selaku Ketua keADILan Bahagian Sabak Bernam merangkap Ahli MP Pusat yang bertindak selaku pengacara menjelaskan bahawa pasukan polis telah diarahkan oleh Khir Toyo menutup semua jalan dan lorong menuju ke lokasi asal seawal jam 6.00 petang lagi.

“Sehingga lorong babi hutan pun diblocking” gurau Badrul. Situasi tersebut bukan sahaja menyulitkan pengunjung yang ingin menyertai program tersebut, malah menggangu penduduk setempat keluar masuk. Menurut Badrul lagi: “Ramai ahli-ahli Umno setempat yang menyesali sikap `tak gentleman` Khir Toyo.

Manakala Sdr.Ezam Mohd.Noor ,Ketua Pergerakan Pemuda keADILan menegaskan bahawa PM Dolah Badawi tidak akan berjaya membawa sebarang perubahan kerana tidak memiliki kekuatan diri dan prinsip. Bekas PM Mahathir tetap menguasai Dolah dan Umno BN keseluruhannya.

Ujarnya “Gangguan polis terhadap program kita pada malam ini, jelas menunjukkan Suruhanjaya Di Raja yang bakal ditubuhkan untuk memperbaiki prestasi pasukan polis, tidak akan sampai ke mana. Semuanya sandiwara menjelang pilihan raya.”

Ezam juga menjelaskan kemungkinan `bail` kes OSAnya akan ditarik balik apabila kes rayuannya disambung Februari ini. Namun tegas Ezam “Sama ada di luar atau di dalam penjara saya akan terus berjuang menentang rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kezaliman dan pembebasan DSAI.”

Beliau juga memuji sikap Sdr. Ahmad Lutfi Othman yang konsisten memerangi rasuah Khir Toyo. Jelasnya lagi berdasarkan kertas siasatan BPR yang pernah dilihatnya tidak ada pun seorang pemimpin BN Selangor yang akan lepas daripada hukuman apabila BA menang kelak.

Turut berucap Ust. Idris Ahmad Timb.DPP Pusat, Muhaimin Sulam Ketua DPP Perak dan Sdr. Abd. Ghani Harun Exco Pemuda keADILan Pusat.

Akibat daripada `main lenget-lenget` dengan polis program hanya dimulakan pada jam 10.45 malam. Meskipun polis suruhan Umno, mengarahkan agar program yang dipindahkan ke lokasi alternatif itu dibatalkan,namun arahan itu tidak diendahkan.

Cikgu Pencen - 17.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN