BA Kuala Selangor Calonkan Kerabat DiRaja

Keributan yang melanda Umno Bahagian Kuala Selangor kerana rasukan ala-hanturaya Ketua Penaja Bahagian itu, belum reda sedikit pun malah bertambah hangat.

Terbaru bekas SU Bahagian Encik Jakiran Jacomah dijadikan sasaran oleh kaki-kaki busuk Encik Mohd. Daud Tarihep apabila rumah kediamannya yang sedang dibina di Kampong Pasir Tuntong mula `diquery.`

Kaki-kaki busuk Ketua Penaja Umno Bahagian membawa mulut ke hulu hilir, mempertikaikan dari mana Jakiran memperolehi wang sebegitu banyak untuk membina rumah berkenaan. Menurut mereka kosnya melebehi RM500,000.

Jakiran merupakan salah-seorang AJK yang mendapat undi terbanyak pada pemilihan Umno Bahagian sesi 2000. Beliau juga adalah bekas SU Sulit MB ketika DS Abu Hassan menjadi MB Selangor.

Kini beliau masih lagi berkhidmat sebagai Setiausaha Adun Kawasan Permatang yang juga disandang oleh DS Abu Hassan Omar.

Difahamkan pegawai daripada Jabatan Hasil Dalam Negeri (JHDN) telah menemui Jakiran baru-baru ini.

Begitulah hodohnya perangai Daud dan kaki-kaki busuknya kerana dikatakan cemburu dengan pengaruh Jakiran yang begitu meluas di dalam Umno Kuala Selangor. Beliau juga disebut-sebut sebagai salah seorang candidate Umno untuk Dun Malawati.

Sementara itu BA Kuala Selangor difahamkan akan meletakkan seorang Kerabat DiRaja Selangor sebagai salah seorang calon mereka di dalam pilihan raya umum nanti.

Kalangan pemerhati dan peminat politik tempatan ada yang berani meramalkan BA boleh menyaingi BN jika benar Kerabat DiRaja itu turun. Menurut mereka Parlimen Kuala Selangor pernah diwakili oleh tiga orang berdarah raja.

Mereka ialah Almarhum Raja Rom Raja Makmur, Almarhum Raja Nong Chik Raja Ishak dan Raja Nasron Raja Ishak. Mana tau kali ini seorang lagi raja akan membawa tuah tetapi bukan kepada BN sebaliknya BA.

Daud Tarihep diberitakan sudah mula kecut perut, kerana kemungkinan Kerabat DiRaja itu akan diletakkan BA untuk menentangnya.

Indentiti Kerabat DiRaja itu belum dapat didedahkan, tetapi menurut jurucakap BA Kuala Selangor sebagai `clue` beliau adalah bekas orang kuat Umno dan `hard core` DS Anwar Ibrahim.

Difahamkan MB Selangor DS Mohd. Khir Toyo pernah memujuk Kerabat DiRaja tersebut supaya menyertai Umno, tetapi pelawaan itu ditolak.

Bagaimana pun anak raja yang bermulut celupar itu dirayu oleh DS Dr. Khir supaya tidak bercermah di kawasan beliau Dun Sungai Panjang.

Cikgu Pencen - 15.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN